Sunday, June 28, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 5 - Makkah

Assalamualaikum...


Shukur Alhamdulillah...dah selesai hari Ahad! Last wiken maklang tak sibuk mana pun. Banyak berehat aje. Seronok pulak! Lama dah tak enjoy wiken2 ni. Kelas pun belum mula lagi, so memang berehat ajelaa...Kalau dah mula kelas memang lah tak ada masa lagi nak berehat. Kena banyak buat preparation. Tapi sebenarnya sibuk jugak laa...Alhamdulillah siap dah Yasin dan pouches yang ditempah oleh kawan. Dia datang ambik petang semalam tapi tak sempat dah nak masuk makan korma dan minum air sebab datang singgah dalam perjalanan nak ke KT. Ada urusan sekolah katanya...Alhamdulillah selang beberapa minit dia pergi, maklang terima message dari dia kata dia berpuas hati dengan barangan yang ditempah. Shukur lagi pada Allah. Next month ada lagi tempahan yang dia mahu dan mahu tambah lagi, mungkin. Alhamdulillah..rezeki semua dari Allah kan...

Hari Jumaat kami semua duduk rumah aje, cuma petang Jumaat kami ke kedai nak cari tudung sekolah Along. Masih tersadai dalam bilik jahit tak berjahit lagi. Semuanya kerana kemalasan nak menggunting kain datang lagi...he..he...Tapi InsyaAllah akan maklang usahakan jugak untuk disiapkan by this week.

++++++++++


Kita sambung semula cerita kat Mekah, kalau masih ada yang berminat..( lamanya nak abis...)

Kami tiba kat Mekah waktu malam. Hampir jam 10 tak silap. Seronok nya rasa bila ternampak menara2 Masjidil Haram...Akhirnya...akhirnya kami tiba jua di bumi suci ini. Seronok dan melompat2 rasanya hati ini. Tak sabar nak melihat Kaabah. Tak sabar nak menjejakkan kaki kat Masjid. Oh..rindu itu hampir terubat...Amin...Amin...Kami datang menyambut seruan Mu, Ya Allah...Terimakaseh kerana mengundangi kami hamba Mu yang serba kekurangan ini...Amin..Amin...Tak habis kami mengucapkan kesyukuran. Anak2 sungguh teruja apabila tiba kat tahah suci Makkah.

Bila bas tiba kat perkarangan hotel yang terletak cuma 50m dari kawasan masjid, kami pun naik ke atas untuk makan malam. Ustadz dah beritahu bahawa lebihkurang kam 11:30 kami akan dibawak mutawwif untuk mengerjakan umrah. Selesai makan, kami ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib/ isyak. Alhamdulillah setelah selesai, kami turun dan kami ramai2 bersama dengan para Jemaah lain terus aje ke masjid untuk mengerjakan tawaf umrah.

Maklang bersyukur tatkala dapat masuk Masjidilharam. Memang setiap kali masuk, pasti menusuk kejiwa tatkala melihat kelibat Kaabah. Alhamdulillah doa maklang untuk menunaikan umrah terkabul. Amin...

Malam tu, maklang menunaikan umrah dengan berpimpin dengan Maya. Along pulak ikut belakang Maya dan Angah mengikut Wan Pari. Kami bergerak berasingan. Wan, atok sendiri2. Abang bertawaf dengan Hakim. Ustadzah dah pesan, kalau buat tawaf jangan ada niat nak kejar. Ikut pace sendiri aje. Kalau niat nak kejar orang , misalnya nampak mak ke abah ke, jangna kata..oh abah, jom kita kejar dia..maka tak sah tawaf kita. So, kami tawaf aje keliling tanpa memperdulikan kat mana masing2 ada. Orang tak berapa ramai memandang dah agak lewat. Alhamdulillah lebihkurang 45mins selesailah tawaf kami. Selesai tawaf kami melakukan solat sunat tawaf.

Dari situ kami bergerak ke tempat Saie. Sekarang tempat Saie dah berubah betul. Kalau dulu, jalan Safa ke Marwah tu ada 2 laluan pergi balik, sekarang ni kawasan pergi balik tu dah jadi satu arah aje. Ada satu lagi penambahan lorong sebesar laluan pergi balik untuk jalan dari Safa ke Marwah. Penatnya rasa malam tu, tapi Alhamdulilah dapat jugak diselesaikan. Maklang dan Maya ambik masa jugak berehat ketika Saei yang ke4, 5, 6 dan7. Alhamdulillah ada juga kerusi kat bukit Safa tu. So, tiap kali sampai situ, maklang duduklah lebihkurang 5 min untuk nak melepaskan penat lelah. Sambil2 tu sempat juga menogok air zam2 yang kami bawa. At last, semua nya selesai hampir jam 3. Wan menggunting rambut kami kat situ dan Alhamdulillah selesai lah umrah kami dan terlepaslah kami dari pantang larang yang 13 tersebut. Pulang dari Masjid hampir jam 3, mandi kejap dan dapatlah rehat sebelum ke masjid semula lebihkurang sejam selepas tu untuk solat Subuh pulak...


Nanti sambung lagi ye...gambar tak sempat nak upload lagi...




Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. Salam....teruskan bercerita Mak Lang. Insyaallah, saya pasti baca. Cerita Mak Lang buat tawaf dan sai tgh mlm ni serupa dgn pengalaman saya masa buat umrah 2 thn lepas tapi bersama suami aje dalam bulan Ramadhan....teringat-ingatnya!

    ReplyDelete
  2. N3 ni menggamit rasa rindu kami untuk kesana lagi InsyaAllah. Doakan ye .

    ReplyDelete
  3. salam Ummu Adam:

    Terimakaseh kerana sudi mengikuti kisah ini..Alhamdulillah,,,

    Masa tu memang kami berhajat nak buat malam. Senang kalau urusan umrah dah selesai...terlepas 13 larangan tu...Alhamdulillah..Harap2 diterima Allah...

    Rina:

    InsyaAllah didoakan jugak ye..kita sama2 pergi nanti..Doakan saya juga ye...

    ReplyDelete
  4. Salam..
    kakliza tetap akan baca cerita maklang..
    janganlah merajuk takmo tulis lagi..
    apa cerita yang maklang tulis kakliza tetap akan baca setiap hari [jika ada..]
    aceli bila baca citer maklang ni dan juga blog bab haji/umrah..kakliza pun rasa seolah-olah berada disana ..
    terubat rasa rindu yang amat menebal untuk kesana..
    InsyaAllah kakliza akan kesana jika berkesempatan..
    aceli kakliza teringin nak g umah maklang..ada citer nak bincang..[pasal nak buku RE tu..]..nanti kita buat date..dan kakliza pun nak g rasa kurma dan air zam-zam tu..

    ReplyDelete
  5. Salam hormat wahai Maklang.

    Yang pasti, setiap orang Islam TERLALU RINDU untuk mendakap Kaabah.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. baca kisah maklang rindunya zar ke tanah suci.. segala galanya zar rindu.. terbayang bayang..

    tunjuk gambar sikit mak lang...

    ReplyDelete
  7. kak lizaku sayang:

    thank you call tadi..nak call akak takut pulak celeb ni bz memanjang...nanti kita buat date jumpa eh..bila akak free? maklang kalau lepas 5:30-6 ptg tu, InsyaAllah ada rumah...jemputlah datang..wiken pun if nak datang calllah...

    Insyaallah kak..ada rezeki, ada jemputan, tiba tu lagi kat sana tu...Allah tahu isi hati kita kak...:)

    Abang Long:

    Memang kan...rindu serindu rindu nya...

    Abang Long sihat?

    ReplyDelete
  8. Zar:

    TQ kerana sudi baca...InsyaAllah ada rezeki Zar tak lama lagi..maklang doakan Zar , InsyaAllah..

    Gambar tu nanti posting lain ye...malasnya nak kecikkan gambar tu...satu lagi, kalau nak masuk gambar ni lama sangat..N3 tu pun maklang type dalam keadaan separuh nak lelap...he..he..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...