Friday, August 28, 2009

Buat biskut Raya

Assalamualaikum...


Hari ini sibuk. Sejak lepas Subuh, maklang dah pegang mesin jahit. Alhamdulillah dah siap dah semua kain baju kurung maklang dan anak2 yang 2 tu. Tinggal nak gosok dan pasangkan cangkuk aje. Lepas tu barulah boleh cuci. Maya punya masih ada 2 lagi. InsyaAllah minggu depan punya kerja pulak.


Jam 11:30pg, lepas kawan maklang balik dari rumah, maklang mula buat biskut. Alhamdulillah siap dah 2 jenis biskut. 400 keping untuk yang kawan maklang tempah dan ada dekat 200 keping untuk rumah. Tu sarang semut dan yang satu lagi cornflakes. Mungkin akan buat sikit lagi cornflakes untuk kawan yang pesan. Masa buat tadi rasa macam malas aje...tapi paksa2 jugak. Along as usual penolong setia. Yang Angah dan Maya kejap ada kejap tak ada. Break kejap untuk solat dan lebih kurang jam 4:oo ptg, bila dah siap2 bentukkan cornflakes, maklang lari masuk dapur luar untuk nak masak untuk berbuka. Along dan Angah lah yang jaga biskut2 dan kemas2 kat atas.

Hujan lebat betul tadi. Habis tempias masuk dalam dapur kat luar tu. Nasib baik masa tu hampir nak siap dah masak. Hari ini turn Abang pualk. Dia request maklang masakkan ikan kerapu sweet sour dan sambal kupang. Lain2 maklang tambah sendiri. Alhamduliillah semuanya selesai, except for kupang yang masih ada semangkuk. Kata Abang banyak sangat lauk tu...tak reti nak makan campur2. So, kupang tu akan jadi lauk untuk sahur lah pulak. Untuk anak2 akan digorengkan telur dadar sebab ikan sweet sour tinggal tulang aje..he..he.. Syukur, jualan berbuka tadi laku...he..he..

Sempat jugak kacau sagu mata ikan. Makan dengan susu cair dan air gula melaka/ kerek. Sedap betul! Ni Along yang nak..


Ini sambal kupang. Tak pernah2 Abang beli kupang. Hari ini dia beli pulak. Tak tau nak masak apa. Dia request sambal. maka jadik sambal lah ianya...

Ini kailan goreng dengan tauhu jepun bersos tiram. Tak sangka habis...


Masa buat tadi, terliur nya nak rasa..


So, berbuka tadi, sempat lah maklang makan 2-3 keping buat rasa...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

12 comments:

  1. hmmmm.......sedapnye........

    ReplyDelete
  2. maklang dah buat kuih raya... adusssshh, cepatnya.. saya ni plan nak buat kerepek goreng2 dr sehari ke sehari tp masih tak dpt nak buat... huhhuuuuhh

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak biskut raya tu... saya dah siap sedia beli kuih raya borong masa gi jalan2 baru ni .

    Sweet sour kerapu , nak masak hari nilah , sedapnya , thanks sebab bagi idea.

    ReplyDelete
  4. dah start buat kueh raya?.. wah nak pegi raya ganu lah tahun ni hehe

    ReplyDelete
  5. Respectlah you, baju kurung siap, kuuih raya siap, iftar siap..Anak anak dara pun rajin. Wished I can be as efficient and ortganised as you are...

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Saya ternampak dalam entry sebelum ni, maklang ada buat kerabu...nampak ada sotong, taugeh etc...Nak mintak resepi boleh? :)

    Terliur je tengok food kat atas tu..ish ish ish

    ReplyDelete
  7. salam maklang..

    hmmm sedapnyer sambal kupang tuh....maklang kuih raya saya cuma makan jem tat jer..rugi sya masa nak balik arituh order 200 biji rm80 semua batat" kuih tuh terus simpan di kl...hampa sya maklang..


    waslam

    ReplyDelete
  8. anon:

    Mana tau sedap...tak rasa lagi..he..he..

    kak yong:

    memang kena cepat buat sementara bibik tak balik cuti lagi. Kalau bibik dah balik, maklang mesti tak dan nak buat sebab kerja2 lain banyak tunggu. Nak kena bersih rumah, basuh and gosok...:(

    ReplyDelete
  9. Rina:

    Welkam..berapa ekor kerapu masuk kuali semalam?

    Zino:

    Insya Allah tiap tahun buat. Kita tunggu Zino sampai ye...

    ReplyDelete
  10. Shaz:

    Efficient sangat tu taklaa...tapi Alhamdulillah Allah bagi tenaga...Anak2 pun rajin nak tolong. Abang pun tolong pi kedai...dia kata tu aje dia can tolong, belikan barang2..he..he..

    Aint-super-woman:

    he..he...erliur tu boleh lah buat kan...

    Alhamdulillah memang dah rezeki ASW gaknya...nampak pulak kat link within tu gambar kerabu sotong..langsung tau simpan kat mana...maklang pun dah letak resepi untuk ASW. Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  11. Cik Lie:

    Terimakaseh tinggal komen. First time kot tinggal komen. Seronok saya..he..he...

    Kalau Cik Lie dekat, boleh maklang tolong buatkan. Kat sini ada towkey tart memang sedap2 dia buat. Tapi kalau nak pos ke sana...agaknya hancur berderai bila tiba...he..he..

    Kalau beli, kueh tu kadang tak menepati citarasa, sebab tu maklang suka buat, and kalau kawan2 tempah, sukatan seme sama dngan untuk sendiri!:)

    ReplyDelete
  12. Salam Mak Lang,

    Nampak sedap2 le biskut raya maklang tu. Saya teringin nak cuba . Harap maklang boleh share resepi tu ngan saya.

    Salam ukwah dan salam ramadhan

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...