Tuesday, August 18, 2009

Kalau dah nasib...

Assalamualaikum...



Pagi ini berasa tak sedap laa...Sejak dari petang kelmarin memang dah agak..kami akan berpisah jugak. Lama maklang cuba betulkan keadaan tapi tak jugak dapat dibaiki. Hmmm...apa nak buat. Asal hampir tiba bulan puasa dan Raya, mesti ada yang tak kena! Geram betul. Tapi apa nak buat, dugaan Allah...moga2 dapat dilalui dengan penuh kesabaran... InsyaAllah tak ada apa2 hal, dalam seminggu dua baliklah dia....Mesin tu memang gitu, time kita sibuk, time tu lah jahitan dia tak cantek...biji2 pulak! Nasib baik ada mesin spare...kalau tak mau I nangis!


Nasib maklang ni macam serupa aje dengan Ina. Aaah...Ina, kalau dah kegemaran kita sama, mungkin nasib pun sama. Macamana agaknya keadaan Ina kan. Harap bersabar menghadapi kerenah itu...Ke dah kena cari yang baru pulak!


Alhamdulillah...petang semalam, Atok dan Wan telah tiba dengan selamatnya ke teratak kami. Penuhlah kesemua bilik kat rumah tu, sebab Datok pun ada kat rumah kami. Abang pergi ambil Datok dari rumah Kuantan last Friday. Kira tukar angin lah sebelum puasa ni. Nanti Atok dan Wan balik hari Khamis ni, Atok akan hantar Datok balik.


Hari2 yang berlalu sarat dengan acara. Sebab terlalu sibuk, akhirnya last wiken maklang surrender! Hari Jumaat kami ada menjemput teman seperjuangan di alam maya ni makan kat rumah. Sebab anak2 dia tak puas makan ayam bakar last year, maka tahun ini kami buat lagi. Alhamdulillah, nampak mereka makan berselera. Sempat jugak buat kan sedikit oreo cheese. Tapi kali ini terlembut sangat pulak cream cheese tu. Adalah yang tak kena tu. Mungkin sebab belum lama dalam fridge.

Hari Sabtu, maklang penuhi dengan mengemas beg riben maklang yang bersepah tu. Puaslah menggulung riben2 tu... Biasalah kalau dah buat2 kerja ni, beg tu mesti serabut sikit. Dan bila dah serabut, sakit mata, langsung tak boleh nak menjahit. So, habis hari sabtu!


He..he...minggu ni, target baru ialah nak siapkan 2 lagi kusyen cover untuk sepupu maklang. Kalau boleh nak kirim dengan Atok dan Wan yang nak balik ke JB tu. hmmm...harap2 sempat!



Selamat berpuasa untuk semua...Dan sempena Ramadhan maklang mohon maaf sekiranya ada kesilapan. Marilah sama2 kita memeriahkan bulan yang mulia ini dengan ibadah ...Moga kita semua diberkati Allah sentiasa...Amin...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

2 comments:

  1. saya di antara yg tak pernah cukup makan ayam bakar tu tau.. kasi sekor pon tak cukup.. he he.. hu hu..

    mesin tu nak mintak pencen dah.. overhaul tak jalan.. vss ke..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...