Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Suri rumahtangga sepenuh masa..

Assalamualaikum...



Hari ni satu hari mata rasa macam nak lelap aje. Lepas dah solat subuh, bila abang dan anak2 dah siap2 nak ke sekolah, maklang baring aje atas katil. Cuaca pulak sejuk bukan main. Apalagi, tarik semula selimut. Sebelum abang ke pejabat, dia siapkan ubat dan kasi makan. Memang kalau tak sakit pun, ubat2 dia siapkan. Apalagi kalau tengok maklang terbaring, siap bawakkan air and suruh makan ubat. Thank you laa cik abang kerana sangat perihatin....:) . Bertuah badan..Alhamdulillah...


Maklang dapat MC 2 hari. Petang semalam ke Dr. Entah berapa macam ubat yang dia kasi. Antibiotik pun ada. Pulang dari clinic, telan ubat batuk. Alhamdulillah legalah sikit. Hari ini pun batuk dah berkurangan. Tapi mata ni, macam tak boleh nak bukak. Paksa jugak bukak sebab tak nak nanti tengah2 malam terjaga sorang2...puas golek2 sorang nanti!

Alhamdulillah maklang dapat lawatan dari seorang anak raja yang tinggal kat Kemaman. Terimakaseh lah melawat maklang. Lama jugak kami berbual. Biasalah kalau dah jumpa, pasti ada aje nak bual. Ialah..bual2 macamana nak menjana ekonomi...he..he..

Bila anak raja dah balik, maklang naik atas. Lepak2 tengok Tv dan main2 riben sampai abang balik makan tengahari. Seronok betul rasa kalau tiap2 hari macam ni. Bila suami balik, kita tunggu dia kat rumah. Tak pernah lagi rasa betul2 macam tu cuma bila masa tak sihat, ataupun masa confinement...Bila lah agaknya nak dapat approval untuk nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa....

Terimakaseh kerana mendoakan maklang...Dah rasa sihat sikit dah ni....:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, August 18, 2009

Kalau dah nasib...

Assalamualaikum...



Pagi ini berasa tak sedap laa...Sejak dari petang kelmarin memang dah agak..kami akan berpisah jugak. Lama maklang cuba betulkan keadaan tapi tak jugak dapat dibaiki. Hmmm...apa nak buat. Asal hampir tiba bulan puasa dan Raya, mesti ada yang tak kena! Geram betul. Tapi apa nak buat, dugaan Allah...moga2 dapat dilalui dengan penuh kesabaran... InsyaAllah tak ada apa2 hal, dalam seminggu dua baliklah dia....Mesin tu memang gitu, time kita sibuk, time tu lah jahitan dia tak cantek...biji2 pulak! Nasib baik ada mesin spare...kalau tak mau I nangis!


Nasib maklang ni macam serupa aje dengan Ina. Aaah...Ina, kalau dah kegemaran kita sama, mungkin nasib pun sama. Macamana agaknya keadaan Ina kan. Harap bersabar menghadapi kerenah itu...Ke dah kena cari yang baru pulak!


Alhamdulillah...petang semalam, Atok dan Wan telah tiba dengan selamatnya ke teratak kami. Penuhlah kesemua bilik kat rumah tu, sebab Datok pun ada kat rumah kami. Abang pergi ambil Datok dari rumah Kuantan last Friday. Kira tukar angin lah sebelum puasa ni. Nanti Atok dan Wan balik hari Khamis ni, Atok akan hantar Datok balik.


Hari2 yang berlalu sarat dengan acara. Sebab terlalu sibuk, akhirnya last wiken maklang surrender! Hari Jumaat kami ada menjemput teman seperjuangan di alam maya ni makan kat rumah. Sebab anak2 dia tak puas makan ayam bakar last year, maka tahun ini kami buat lagi. Alhamdulillah, nampak mereka makan berselera. Sempat jugak buat kan sedikit oreo cheese. Tapi kali ini terlembut sangat pulak cream cheese tu. Adalah yang tak kena tu. Mungkin sebab belum lama dalam fridge.

Hari Sabtu, maklang penuhi dengan mengemas beg riben maklang yang bersepah tu. Puaslah menggulung riben2 tu... Biasalah kalau dah buat2 kerja ni, beg tu mesti serabut sikit. Dan bila dah serabut, sakit mata, langsung tak boleh nak menjahit. So, habis hari sabtu!


He..he...minggu ni, target baru ialah nak siapkan 2 lagi kusyen cover untuk sepupu maklang. Kalau boleh nak kirim dengan Atok dan Wan yang nak balik ke JB tu. hmmm...harap2 sempat!



Selamat berpuasa untuk semua...Dan sempena Ramadhan maklang mohon maaf sekiranya ada kesilapan. Marilah sama2 kita memeriahkan bulan yang mulia ini dengan ibadah ...Moga kita semua diberkati Allah sentiasa...Amin...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, May 15, 2009

Macam2

Assalamualaikum...

Stress, sakit dada, nak muntah, muak, penat.....I am pressing for time!



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, March 26, 2009

Berdebar-debar

Assalamualaikum...








Entah tak tahu kenapa jantung maklang ni asyik berdebar2 aje... Waktu sedar tu kenkadang degupan nya kuat sekali. Dada tak sakit pulak. Takut aje ada kawan yang tak di undang nak datng...Ya Allah jauhkan hamba mu dari segala penyakit...Amin...







Beberapa bulan dulu, memang ada kena macam ni. Maklang pi buat ecg and blood test. Dr. kata, Alhamdulillah the ecg was perfect, tapi darah ada itu colestrol yang tak baik tinggi jugak! Hmmm....kena control wei!







Ni kalau berterusan nak kena repeat ecg kata Alang..moga2 tak ada apa2.







Excited besok tak kerja....rasa nya penat berjalan tak habis lagi sebab semalam pun ber'jalan' ke Kuantan atas urusan kerja....


Pemandangan di Tanah Lot, Bali... syahdu...








































Harap2nya fikiran maklang setenang air di tengah lautan bukannya segelora ombak menghempas pantai...boleh gitu?

( Sampai termimpi2 Cik Abang kata tak OK beli Impian kalbu...Ohhhh...TIDAAKKKKKKKKK!:( ) ...Tapi maklang masih menaruh harapan...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, March 12, 2009

Letih Lesu

Assalamualaikum...


Hari ini maklang MC...Pepagi dah ngadap Dr. Badan sakit, kepala pening. Masuk ofis sekejap sebab nak selesaikan pasal meeting besok. Kompeni letrik tak hantar surat untuk sahkan meeting. Tau2 pagi2 dah call kata boleh tak nak postpone meeting ke lain hari. Boss dia tak ada katanya...Oklah..apa2lah...Tarikh meeting dah set, buat time sheet, submit MC, kemas beg, offkan aircond, tutup lampu, kunci bilik, naik lif ke tingkat 1, pos barang , punch out, naik kereta terus pulang ke rumah...

Rehat jap. Salam atok dan Wan dan datok...Bye-bye mereka...duduk sekejap, telan ubat and now tengah baring...jap lagi kalau ada rezeki...tido la apalagi....

sehingga berjumpa lagi...selamat bercuti sekolah....:0)


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...( I am going on leave starting tomorrow...yey!)

Tuesday, March 10, 2009

Puas hati..

Assalamualaikum...

Semalam maklang memang rasa puas hati. Sebab apa tau? Sebab maklang dapat melakukan kerja2 yang memang maklang rancang nak buat semalam. Alhamdulillah semuanya siap..Rasa lega yang teramat...lega selega2nya...

Bukan itu saja, maklang sempat jugak masak lauk kesukaan Cik Abang tercinta. Apa lagi kalau bukan kerabu. Sebenarnya tak ada intention pun nak buat kerabu, tapi bila korek2 peti ais jumpa pulak kacang botol yang macam dah kena frost bite. Tak ingat bila membeli nya, rupa2nya Wan yang bawak dari JB. Apalagi, semua bahan ada, maklang pun campur2 buat kerabu...Eh laku lah pulak. Bukan Cik Abang aje suka, Datok pun berselera makan...Alhamdulillah...


Memang seronok makan ramai2 ni. Berebut2 lauk2. Tengahari tak semeriah malam, sebab entah kenapa malam semalam semua berebut nak makan roti canai lagi.

++++++++++

Pagi semalam, pagi2 lagi maklang dah masak. Senang, sebab dah plan nak menjahit. Nak jugak siapkan apa yang ada sebab dah lewat dari schedule. Bila dah menjahit, sampai tak sempat nak makan roti canai sebab terus aje naik ke atas and tak breakfast lagi. Bibik yang goreng roti canai dari freezer untuk makan pagi. Roti itu Atok bawak dari JB entah beberapa bulan yang lepas. Bila maklang turun about 12 something nak makan, semuanya dah licin. Itulah menjahit sampai tak sedar dah lewat. Itupun Wan suruh turun sebab apa yang maklang jahit asyik salah aje.

Bila dah selesai makan, makan tengahari sekalilah tu, and since dah duduk dapur, maklang pun mulalah menguli tepung untuk nak buat tart. Uli tepung aje, sebab yang nak menjadikan nya biskut, ialah Along dan bibik. Maklang duduk kejap aje kat dapur, tapi adalah dalam 2 jam kot sebab nak membuat kan tart punya pastry pakai acuan tu, bibik tak pandai. Sekerat jalan jugaklah maklang terap doh tu. Hmmm...then untuk sarang semut, Along dan bibik lah punya kerja sementara maklang menjahit kat atas. Rasa macam nak raya pulak sebab ada bau biskut, ada jugak bau dendeng yang bibik tengah goreng serta maklang pulak sibuk kat atas menjahit. Untung Wan tolong2 maklang masa maklang nak menjahit pouches. Kalau tak , mau tak siap lagi agaknya. Memang lah meletihkan dan rasa muka berkilat berminyak aje semalam sebab asyik mengadap mesin aje. Alhamdulillah kaki and belakang ok sebab maklang banyak bergerak dan taklah duduk kat mesin sampai berjam2 tak bergerak.

Cuaca pulak punyalah cantek semalam, Along kata macam duduk kat London...berkabus aje bukit kat depan rumah tu..cantek... Sebab Maulidurrasul pun ye agaknya...tenang se tenangnya...Alhamdulillah...




Ini urap or kerabu yang licin semalam...Alhamdulillah...

Inilah gambar kabus kat depan rumah semalam...
+++++++++
Ni hadiah untuk maklong dari anak2 sedara maklang@ maklong kat JB.


Maklang terima hadiah hari jadi rupa2nya. Busu kata since dah beli, kasi terus aje walau pun dekat 3 bulan lagi harijadi akan tiba...Dan bila dah dapat, maklang bukak ajelaa...Along pulak yang sibuk kata nak guna bekas ni untuk buat lasagna dia...Lupa nak pesan Atok bawakkan lasagna sheets dari JB. Kat Kerteh ni tak ada pulak kedai jual lasagna sheets...


Dan ini pulak kerja Along dan Angah. Mereka buat this blueberry cheesecake all by themselves. Sedap...tapi Akim complain...dia punya biskut tu tak sedap cam mak buat...Along hot ler and terus kata...awak jangan makan eh...ha..ha...First try Long, takkan terus nak perfect...Anyway, thanks buatkan the cheesecake. Kesian kat cheese yang keluar masuk fridge 2-3 kali, tapi tak sempat2 nak dibuat kan jadik cheesecake...ha..ha...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, February 23, 2009

Jahitan Maklang in NSTP

Assalamualaikum...


He..he…


Hari ni senyum kambing aje maklang…Pepagi lagi dah godeh PC nak baca sokkabar. Tapi malangnya apa yang dicari tak jumpa. Terpaksa tunggu sampai tengahari baru dapat tengok.. Cik Abang dah tengok dulu and call maklang kat office kata apa yang dicari ada kat NSTP tu..Memang jarang beli paper, tapi ari ni terpaksa beli…sebab nak tengok ni ha…














Bila Boss nampak paper ni dia terus tepek kat dinding kat Department kami..ha..ha..












Sebenarnya 1-2 minggu lepas ada terima email dari NSTP. Ingatkan mail sampah. Hampir aje maklang campakkan dalam tong. Tapi entah apa yang memanggil, sambil cakap kat fon, maklang bacalah apa yang ditulis. Oh..rupanya NSTP ada email interview untuk maklang. Alhamdulillah…ada orang nak cerita pasal Blog Jahit Maklang. Tapi at first takut jugak ada fraud. Almaklum mail2 ni bukan boleh percaya sangat kan, kadang2 lebih kuah dari sudu. Tertanya jugak kat Alang…Happylah jugak masa tu. Balik dari opis baru maklang balas mail tu. Hmmm…Hentam ajelah jawapan yang ditanya. And dok bermail dengan penghantar. Terimakaseh pada penulis laman tersebut kerana tulis pasal blog maklang. Alhamdulillah..moga ada banyak lagi tempahan RE maklang dan jugak Kak Ina..Amin…Betul tak Kak Ina? Kak Ina pun excited jugakkan...he..he..


Atok, Wan, Alang, Busu dan terutamanya Cik Abang tercinta teruja sangat sebab gambar isteri tercinta dia ni masuk papers..ha..ha..anak2 kata…Oh..My beloved Mom..My beloved Mom masuk sokkabar. Si Maya ler..berlari2 carik maklang sebab maklang tak tengok lagi sokkabar tu..Senyum simpul ajelaa..he..he..Bibik2 pun excited..Ha..ha…Ialah…orang tak biasa masuk sokkabar ginilah jakunnya…Anyway…Seronok jugaklaa…he..he..

kalau ada yang nak baca boleh masuk kat sini


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, February 19, 2009

Jaja Kraf

Assalamualaikum...


Ni maklang tengah nak cuba masuk kontes ni kat JAJA KRAF. Lama dah skodeng kat sini tengok kraf menarik dari Jaja...Kali ini sebab dah n3 ke 50, jaja ada buat giveawaylaa...Cuba lihat kat sini



+++++++++++++++++




Minggu ni macam biasa sibuk. Kat opis dah relax habis start ahad lepas, tapi kembali sibuk hari Selasa. In fact besok pagi pun kena pergi ke Gebeng nak meeting lagi. Keadaan projek macam dah tak leh nak cakap dah sebab sesuatu telah berlaku last week. Tak payah cerita sebab ianya sangat menikam kalbu. Tapi tak adalah sampai nak menangis menggugu...kita sabar ajelah..Ini ketentuan Allah...ajal maut dan rezeki semuanya di tangan Yang Maha Esa...Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan menerima segalanya dengan hati yang tenang dan bersabar, Insyaallah ada yang lebih baik menanti di hadapan. Moga2 apa yang berlaku ini ada hikmahnya...Amin.



Doa2 moga ada projek baru untuk minggu mendatang, InsyaAllah..Sekarang ni masa Boss2 pulak sibuk untuk mencarikan kami kerja...




++++++++++++++


Maklang paling sibuk kat rumahlaa. Pening kepala nak pikir kerja2 yang banyak menimbun. Bila dah sibuk bebenor ni mulalah dalam kepala otak ni nak buat macam2 untuk sendiri. Bukannya nak abiskan kerja yang ada...he..he...Mintak maaf bebanyak pada yang masih menunggu. InsyaAllah dapat lah tak lama lagi...Yang penting buat benda menjahit ni tak boleh stress nanti tak menjadi...




So, dalam pada pening and penat sempat maklang buatkan lontong pagi tadi untuk sarapan -untuk menghilangkan stress. Lagipun dah 2 hari berturut2 tengok kawan kat opis tu makan lontong. Dapat jugak bawak ke opis sedikit untuk adek kakak kat sini makan...Sampai ada yang komen...akak ni kalau tak ada kerja, banyaklah makanan kat opis..he..he..Berangan pulak, kalau lah boleh bawak piuk, waktu tak ade kerja ni jom kita masak pulak kat pantry..ha..ha..ha...Minggu depan kutip duit kita makan mee Bandung Muar pulak...berangan lagi lah tu...he..he..












Hmmm...Lontong Johor dengan sambal udang manis2 kesukaan buah hati maklang...siapa lagi kalau bukan Cik Abang tercinta...

P/S: Nek rock, Lieen, Cheq jemput makan ye...












Shah datang lewat. Nasib baik sempat jugak makan semangkuk..












Ni tangan Kak Bonda, tengah nak sendok lauk...













Hmmm...makan jangan tak makan...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, February 7, 2009

Sakit belakang..

Assalamualaikum...






Salam. Malasnya lah nak updet. Tak pe kot kalau tak updet lelama...ambik cuti jap he..he.. Lagi pun tandus idea sekarang ni. Buat 2 kali seminggu pun dah baik sekarang ni kan. Lagipun kerja kat rumah banyak. Nak buat kat opis tak bestlah pulak. Kerja kat opis dah mulai kurang. Biasalah awal tahun.




Sejak 2-3 hari ni memang tumpukan pada jahitan aje kat rumah. Risau banyak tak berjahit lagi. Itulah siapa suruh buat sendiri punya dulu. Tapi sejak 4-5 malam lepas maklang dah mula menjahit table runner untuk kawan. Masih tak siap lagi tu. Hmmm..entah bila nak siap. Malam ni kena sambung lagi. Mau makan seminggu lagi agaknya...






Semalam siang pun maklang menjahit benda lain. Menjahit manik pulak kat beg. Seharian lah menjahit sampai sakit pinggang. Alhamdulillah dah siap semuanya. Tinggal nak bungkus dan pos aje pada bakal tuan dia. Harap2 dia sukalah pemberian maklang buat dia. Bila Angah tengok terus dia mahu. Biasalah tu...






Sakit belakang ni bila duduk kat mesin. Beg tempahan satu lagi yang kawan lain tempah tak sempat nak disiapkan. Hmmm...kena tunggu sikit lagi. Bila dah sakit ni, menjahit tu salah ajelah. Malam tadi, kena tetas tali beg tu dan nanti bila senang sikit hari ni InsyaAllah, akan maklang jahitkan beg tu.







Maghrib semalam, 2 orang yang kami kasihi tiba. As usual kereta penuh dengan barangan dari bandar JB. Terubat jugak rindu kami. Kami hidangkan dengan mee kari. ( semalam masak mee kari 2 kali ~ selesai makan tengahari, habis seperiuk 5 liter kuah mee...masak lagi selepas itu!).


Hakim masa tengah makan, tanya Wan bila Wan nak balik. Wan kata besok ( hari nilah tu...). Belum panas kerusi Wan Akim dah tanya bila Wan nak balik...Dia kata Akim takut Wan nak balik cepat2. Rindu benarlah agaknya tu. Memang lama tak bertemu. Seminggu aje kat sini sebab minggu depan Wan dan Atok akan ke KL lagi...






Pagi ini akan ada kelas lagi. Ada seorang lagi pelajar baru. Alhamdulillah...






Dan terimakaseh buat kakak kat singapore kerana mengirimkan fridge magnet di bawah...:). Maklang kasi satu kat Wan sebab dia pun memang suka fridge magnet ni...









Terimakaseh kak ingat kat saya...Hanya Allah dapat membalas jasa akak...TQ again...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, January 18, 2009

Banyak urusan...

Assalamualaikum...

I have been very busy last weekend. Lepas satu- satu yang perlukan attention...Tak sempat nak duduk depan PC lelama. Kena concentrate apa yang dibuat. Maklang buat material untuk handout kelas menjahit. Lama jugaklah nak membuantnya...dari kosong ke menjadik benda tu. In between kena ambik gambar langkah demi langkah. Start tengahari Jumaat, lewat malam baru siap. Biasalah pagi Jumaat sebuk kat dapur. Paklang pulak mintak masak itu ini, dekat 5 hari tak ada kat rumah, rindu masakan kat rumah kot...Apa2 pun tunaikan ajelaa...he..he..




Semalam pulak, pagi2 dah masak. Paklang, Along dan Maya ke Kuantan. Biasalah kak long sakit mata lagi. Pressure tinggi lagi...Kesian.. dia. Entah apasalaa selalu kena macam itu. Harap masalah tak berpanjangan. Pohon pada Allah moga dijauhkan segala penyakit...Amin.



Ni kat kawasan main games tu...Tu baju merah tu boss saya tu...main tennis tu...







Tengah breakfast..ada makan2 dulu..

Lepas mereka dah bertolak, maklang ke pejabat jap. Pergi tengok ada karnival sukan. Tunjuk muka aje sebab dah ada appointment lain kat rumah. Kan ada kelas RE ari Sabtu. Meriah semalam sebab kesemua 4 pelajar kami ada. Mula ajar tu ingat mesti banyak masa nak buat benda lain. Kali ini kami ajar buat spider web. Cepat betul 2 jam. Dok ajar2 eh..tengok dah dekat pukul 1:00 . Menggelabah semua orang.
Hasil kerja student..cantek dan menarik warna2 pilihan mereka..




Ini cikgu punya...Masa mengajar tu...

Tu SIFU RE tu..tudung itam tu...





Concentrate betuk ha...
Sempat jugak maklang ambik gambar pelajar dan hasil kerja yang mereka buat since last wiken. Alhamdulillah...nampaknya berjaya...


Minggu ni, homework banyak sebab pattern yang kami beri tu, banyak bungalaa..Lagipun kali ni 2 minggu tak jumpakan. Cuti raya Cina, kelas pun cutilaa..he..he.. Harap2 lepas ni lebih cantek jahitan mereka, InsyaAllah..
Lepas mereka pulang, dan lepas Paklang sampai dari Kuantan ( sempat singgah rumah biras sebab ada adek kawin), kami ke Kerteh 5. Ada kawan melangsungkan majlis menerima menantu. Jauhnya...40km baru tiba. Kami ber 2 aje yang pegi. Anak2 biasalah tak mau ikut. On the way balik, sampai terlelap.


Selesai solat asar, maklang duduk kat mesin jahit pulak sebab ada yang nak datang ambil telekong hari ini. Then bongkar my ribbons sebab susunan tak teratur, bila orang nak beli the ribbons, payahnya nak carik. Nak kena tambah collection lagi sebab nampaknya kaler dah berkurangan...Tengok macamana nanti. Kaler pink dan hijau, yang paling banyak orang beli...
Malam dok sibuk susun riben lagi. Bilik jahit tengah tonggang terbalik...terok rupanya...he..he..malam ni berkemas lagilaa nampaknya...
Ni pun curi masa jap, sebelum ke ofis. Kat ofis pun pasti sebuk sebab besok nak submit kat Client for signature pulak. Travel lagi nampaknya...hmmmm.....

Dan untuk yang ingin nak join klas sulam riben yang akan diadakan di KL pada 24hb January @9.00 am kat Jalan Kucing sila hantar email untuk keterangan lanjut. Email maklang is nazdin_2000@yahoo.com.


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, January 14, 2009

Suram...

Assalamualaikum...

Assalamualaikum….


Entah kenapa yer..sejak 2-3 minggu ni tak rasa macam selalu. Rasa macam sedih dan suram aje. Cuaca diluar pun sama...Rasanya masalah keluarga tak ada, masalah kerja pun setakat ni boleh handle lagi…entah kenapa rasa tak tenteram. Mungkin disebabkan oleh isu semasa dunia kot. Tiap hari melihat kekejaman manusia terhadap orang yang tidak bersalah. Sesak nafas bila melihat gambar2 kekejaraman Zionis. Menitis air mata melihat seorang kanak2 lelaki dipegang oleh askar rejim tersebut dan kelihatan seluar anak tersebut basah sebab ketakutan. Gambar tu dah lama dalam mail, tapi dihantar berkali2 oleh kawan2 disebabkan oleh peperangan yang sedang berlaku…Kesian tengok mereka. Kalau dibandingkan dengan keadaan kita kat sini, memang jauhlah bezanya…Itupun kita masih komplen lagi kan…Mesti nak selalu muhasabah diri dan kena selalu bersyukur dengan apa yang ada kan…maklang ni ingatkan diri sendirilah ni…


Semalam dapat berita yang tak berapa baik. Ada pulak yang hilang wang kat ofis ni. Bukan sedikit, banyak. Wang kutipan untuk nak beli baju sukan. Kesian dia. Duit tu letak dalam laci berkunci kat tempat dia. Kami rasa orang dalam yang punya kerja. Sebab tak ada pun kesan kopakan kat mana2. Si pencuri tu tahu pulak kat mana wang disimpan. Kunci yang dah di sembunyikan pun dia boleh jumpa. Entahlah kan…Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sekarang pihak pejabat sedang berusaha untuk buat solat hajat. Biar dia pulangkan wang tu. Tak tau siapa pun tak apalah, asal pulang kan duit tu…Hmmm…


Maklang kenalah lebih berhati2. Selama ini kalau balik makan tengahari, dompet maklang tinggal begitu sahaja dalam bilik ni. Tak berkunci pun. Terletak aje atas meja. Memang biasanya tak ada apa pun. Tapi bila dah jadi gini, kenalah lebih berhati2. Ada jugak duit dalam diary tu maklang simpan, in case terdesak. Sekarang ni semua kena jagalah…susah pulak jadiknya. Kami doakan semuga yang mengambil tu memulangkan semulalah duit tu…


Petang semalam seronok sebab sekali sekala bertandang rumah teman seperjuangan. Suami masing2 tak ada, jadik dapatlah berbual dengan santai. Bual pasal apalagi kalau tak pasal riben. Teruja tengok design baru dia. Rupanya design tu ada dalam buku yang dipinjam dari maklang. Kalau ikutkan nak aje maklang potong kain malam tadi jugak nak buat pattern yang sama. Tapi hajat tak kesampaian..Biasalah…kerja2 lain menunggulaa…nanti2lah, kalau ada masa, maklang nak buat jugak…entah bila nak siap pun tak tahu. Rasa macam masa waktu malam tu pendek sangatlaa…Kadang2 timbul rasa nak ambik cuti nak buat kerja2 tangan maklang ni…tapi tak sampai hati sebab kerja2 kat pejabat ada yang perlukan perhatian.


Hari ini rasa seronok sebab dapat membahagiakan hati seseorang…Alhamdulillah…

Dan untuk yang ingin nak join klas sulam riben yang akan diadakan di KL pada 24hb January @9.00 am kat Jalan Kucing sila hantar email untuk keterangan lanjut. Email maklang is nazdin_2000@yahoo.com.

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, January 9, 2009

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...


Salam pagi Jumaat...

Macam seme dah tahu...maklang dan paklang dah boleh senyum dah...rasanya satu batu besar dah diangkat dari bahu kami... Amin atas berkat doa seme teman2, Allah dah pun kabulkan apa jua permintaan kami... Especially to those who called maklang like Mak Teh Izzah, Mulan, Rina, Ummi, OO, and those who texted me like Cik Milah...thanks for the words of comfort. To PP...your comment was the first one that made me smile yesterday..betul tau...he..he...but the to the rest special thanks for being there...A friend in need is a friend indeed....thanks......And to Atok and Wan....our very2 special thanks for the solat hajat and Busu and Alang for your support all the way...(- Busu apa2 yang dah kena stop tu dah boleh proceed...he..he..buat ari ni eh...)May Allah bless all of you with good things in life and hereafter...Amin...
( Buat masa ni tak sempat nak komen seme...nak pi pasar jap..balik kang sambung komen...he..he..)
++++++++++++++++

Banyak sebab mengapa maklang bersedih sangat. Antaranya ialah nanti bila jauh, kesian kat suami tercinta tu sorang2 kat sana. Paklang memang tersangat rapat dengan anak2 ( and of cozlah isteri dia ni..he..he..), akan kesunyian. Memang dia akan mati kutu kalau budak2 ni tak ada. Memang kalau ada masa lapang kerja dia mengusik aje budak2 ni. Nak2 no.4 tu... Semalam dia dok takut2kan bujang sorang tu sampai melalak budak tu...Tapi kalau kita yang usik, dia tak kasi pulak...Lagi satu sebab...manalah nak makan...memanglah nanti banyak tempat nak makan, tapi of coz tak sama dengan makan kat rumah. Sebab tu maklang selalu masak, dia kata dah muak makan kat luar masa bujang..nasib baik tak muak masakan isteri!:)Nanti pulak setiap hujung minggu kena travel pergi balik. Pada maklang biarlah pendapatan tak banyak mana, asalkan kami berkumpul setempat...


Itu hal paklang, kalau maklang pulak, dengan pinggang yang dah tak berapa kuat ni nanti, agak payah nak melakukan kerja2 dengan cepat or driving in and out antar anak2 sekolah and also nak pergi ke KL driving on my own. Kalau 8 tahun dulu, masa kami duduk berjauhan tu, memanglah rasa pedih, tapi at least masa tu taklah kena sakit macam ni. Sekarang ni pun kalau malam selalu kena cramp. Tak tahu kenapa. Kejang aje, dan Paklang lah yang tolong urut2kan kaki ni sampai OK. Kalau tak, kenalah bujang yang buatkan nanti. Tapi masalahnya, bujang kalau dah tidur, nak kejut dia...Allahuakbar...payah betul...Mau maklang meraung sensorang, tengah2 malam tu... ( Maklang ni harap aje badan besar, tapi tak se tough ummi yang comel lote and Rina yang sentiasa bersemangat tu..)


Tapi yang benarnya...rindu wei...lebihkurang macam Neeza komen tulaa...tau2 sob sob aje tengah malam.... tu on my side...

Paklang pulak kata dia, tak ada kawan nak gaduh...baru sat ni bising dah...cepat ler...kata nak pi pasar 7:30..ni dah kol 8! saje je nak buat bising. Dia kata kalau tak otak tak kembang...sensorang lah katakan...


Oklah so much about that, kang ada yang menyampah pulak baca...

++++++++++

The pass two days, dalam pada maklang bersedih, sempat jugak maklang buat benda2 ni. Memang kena buat benda untuk nak menghilang kan rasa gundah gulana itu. Menjahit lah apalagi. Sempatlah siap 1-2 jahitan. Memang concentrate abis...











Ni Yana punya..InsyaAllah by this wiken ni maklang akan jahitkan jadik beg












Blur pulak gambar ni. Ini mak enon kat Singapore punya. Dia order sejak dari sebelum Raya puasa ari tu. Start nya dah lama, tapi tak siap2..Ni pun still in progress. Memang mak enon tak baca blog ni. Tapi mungkin anak sedara dia kat Kemaman baca kot. Nanti dah siap, maklang akan kirimkan ke Zarina kat Kemaman, InsyaAllah...











Yang ini Aishah punya. Itulah kalau tengah susah hati, banyak jugak dapat siap...tak mo pikir problem, so buat kerja lain betul2..nilah hikmahnya. Aishah nak balik 17.1 ni ke France. Ingat nak buatkan sambal kacang bilis jugak untuk dia...InsyaAllah..












Yang ini pulak nak dijadikan contoh untuk kelas maklang nak ajar petang ni. Patutnya pagi besok baru start, tapi sorang student ni tak boleh make it tomoro sebab ada kursus, so maklang buatkan khas untuk dia petang ni. Tak apalah sacrifice masa sikit untuk student...moga2 diberkati Allah..Lagipun kesian dah lama dia nak blajar..excited betu... Mulan and Asiah sekarang entah takat mana RE mereka...Ke simpan dalam kotak jer cik adek oi....:)

Kalau ada yang nak join, masih ada tempat kosong. Fee semua ada kami letakkan kat blog Ribbon Chanteq. Kalau nak join, telefon aja kami...


++++++++++++++++

Dalam pada bersedih tu, sempat jugak maklang mengekor paklang ke kebun getah yang nak di tanam semula. The ride to the kebun was like riding a rollercoaster. Almost all the way into the kebun, I covered my ears with my hands and closed my ears...Berdebak debuk jantung sebab ngerinya jalan atas jalan yang tak rata...Really bumpy you...mana tak nya, naik kereta2, bukan 4 wd. Takut...the car was on gear 2 sebab takut tayar tak cengkam and akan lekat dalam lumpur. Maya was enjoying sebab dia sukalah terhenjut2 tu. My time was over. Dah tua2 ni nak naik rollercoaster tu rasanya dah seram sejuk. Jangan masa budak2 dulu, pantang ada ride, mesti nak naik! ...he...he...taulah sekarang ni dah tak boleh buat camtu sangat...Ingat pinggang tu...











Ni mentari petang..dah diufuk nya...waktu tu dah 6 lebih...cantek pemandangan. Batasan yang ada plastik tu apek yang jaga kebun tu tanam pokok ada. Entah ada 200o batang pokok lada. Pokok getah masih kecik2 lagi. Lagi 4-5 tahunlah kot baru boleh menoreh...masa tu harap2 harga getah dah pulih kembali..

Oklah...Doa2lah moga mentari tetap bersinar untuk hari2 mendatang...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, January 8, 2009

I am still feeling UPside DOwn ~ not anymore as @ 5:00pm!

Assalamualaikum...

UPDET @ 5:00pm:


I can smile now...ALHAMDULILLAH...memang betul ...disebalik musibah ada hikmah...disebalik ketakutan yang amat sangat sebab takut berjauhan dengan suami tercinta maklang asyik aje menyebut nama Allah...dan Alhamdulillah...petang ni kami baru mendapat khabar gembira...Amin....alhamdulillah Cik Abang akan terus bekerja kat sini....ALHAMDULILLAH..berkat doa sahabat semua, maklang teramat berterimakaseh...malam ni boleh celebrate!


Syukur yang amat sangat...:)


++++++++++++++++++++++++++

Terimakaseh atas semua atas doa untuk kesejahteraan maklang sekeluarga...Moga apa yang diimpikan akan terkabul oleh Allah Yang Maha Esa..Sesungguhnya apa2 yang terjadi pasti ada hikmahnya InsyaAllah...


Sejak 2 hari lepas mata asyik berair aje..dah pedih mata ni...and badan lemah aje...rasa vulnerable betul....


Moga dikuatkan iman dalam menghadapi segala apa yang mungkin terjadi...


Ya Allah...Kau kabulkanlah permintaan hambaMu Ya Allah....Aminnnn...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, January 6, 2009

ALLAH PLEASE HELP US...

Assalamualaikum...

I am crying while I am typing this N3...Tak boleh control air mata yang nak mengalir ni...Sekarang kat dalam bilik tidor, baru lepas makan tengahari and sedang berehat kat rumah...sebelum ke pejabat sekejap lagi...

Just tak boleh nak pendam lagi dalam hati...sedih sangat rasa...rasa tercekik menahan sebak di dada....:( :( :(

Moga Allah tabahkan hati maklang dalam menghadapai apa jua situasi dalam 1-2 bulan yang mendatang, dan moga pintu rezeki kami sekeluarga masih terbuka di sini..Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

ALLAH PLEASE HELP US...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009

Assalamualaikum..teman-teman tersayang yang sudi menjengah kat sini...

Maaf masih tengah nak renovate rumah lagi ni..Nanti bila dah nak siap sikit and kerja2 persiapan buat sekolah anak2 dah selesai ( nak jahit seluar dan samping sekolah agama Hakim, nak jahit kain sekolah agama Maya, nak jahit tudung pengawas Maya, nak jahit entah apa2 lagi...lupa pulak ada 3 RE bags nak siap sebelum 15 hb Jan ni), maklang kembali lagi ye...

Tengah pening nak cat rumah kaler apa, nak letak langsir apa, nak gantung gambar apa, finishing rumah aje memakan berjam2 lamanya...Ahhh..tiiddddaaaaakkkkk...Kena mintak tolong Along sementara dia tak masuk sekolah lagi, supaya Teratak Maklang boleh beroperasi seperti sediakala...kalau ada yang rindu, tinggal aje pesanan...masuk aje Teratak Lama Maklang yer....semuga tahun hijrah dan masehi kali ini membawa berkat buat kita semua...Amin...

Untuk Shima yang jauh di mata...terimakaseh kerana menghantar sms buat Maklang...ada jugak yang ingat!!:)