Thursday, August 27, 2009

Nasi Ayam Hakim

Assalamualaikum...


Hari ini seronok. Balik kerja tadi, singgah kejap kat kedai. Biasalah anak2 ni macam2 mereka nak. Nasib baik dah masuk gaji! Nak aiskrim lah, pepsilah, susu strawberrylah. Ntah waktu bila nak makan tak tahulah tu. Nampak along aje yang makan aiskrim. Yang lain2 tak nampak pun makan.

Hakim tak berapa sihat. Tadi pagi masa sahur, dia dah mula macam batuk2 dan selsema. Badan dia pun dedar aje. Kami tak kasi dia ke masjid. Abang kata, semalam kat masjid ramai yang batuk2...Ni dah kasi dia ubat, harap2 dia sembuhlah hendak NYA...Amin..

Pasal kenapa seronok balik keje tadi, was because, balik2 aje boleh berehat. Bibik dah hampir siap nak masak nasi ayam. Tinggal goreng ayam aje. He..he..Dapatlah relax. Pastu dekat2 nak buka, bibik gorengkan batter cucur semalam yang masih ada sikit lagi. Pastu mintak tolong gorengkan cucur badak yang maklang buat on 1st puasa hari tu. Kebetulan ada keledek. Tak tahu nak buat apa, datang pulak idea nak buat cucur badak. Hentam aje. Ingat2 lupa dah sebenarnya macamana nak buat serunding kelapa. Alhamdulillah jadik! Tapi masih boleh improve. Ini dah kali ke3 goreng sebab tak boleh goreng banyak2, kang tak habis pulak. Kiranya yang tadi last lah...


Meh kita layan gambar lagi....


Nasi ayam Hakim...Sedap...especially sambalnya. Maya kata dia yang tolong bibik tau....:)


Cucur badak...Menjadik jugaklah walau main hentam...Alhamdulillah...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

4 comments:

  1. ishhh ishh.. ni yang tak nak masuk blog maklang ni.. terliur.....hahahhaha

    ReplyDelete
  2. salam mak lang,
    selalu ikut blog mak lang ni...alahai, kalau dok dekat2 sure dah buat muka tak malu...nak mintak sikittt...hehehe.

    selamat berpuasa mak lang sekeluarga

    ReplyDelete
  3. cik Milah:

    tak nak masuk tak per...tak paksa pun...he..he..

    Leen:

    Kalau dekat dan leen mintak cikit, InsyaAllah boleh kasi..he..he..

    belum tentu sedap dan kena ngan tekak Leen...he..he..

    ReplyDelete
  4. recipe tiada ka????
    gambar saja dok jadi gitu!!!

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...