Sunday, August 9, 2009

Selamat jalan kereta merah..

Assalamualaikum...


Alhamdulillah pinggang maklang dah beransur pulih. Agaknya sebab malam tadi maklang tidur awal. Memang serik rasanya bawak kereta kecik jauh2 ni ( nak tukar kete besar, entah bila nak dapat approval :( ). Kalau ada meeting lagi minggu ni kat Gebeng, maklang rasa nak naik taxi aje. Biarlah mahal pun tambangnya, lagi pun kompeni bayar. Badan pun tak merana...Kereta merah dah tak ada dengan kami. Tengahari semalam Busu dah bawak balik ke JB. Kalau betulkan kat JB, harga kurang banyak. Thanks Busu for helping us out. Anak2 termasuk ibu anak berasa sangat sedih nak berpisah dengan kereta merah. Maklumlah, lama dia menjadi part of our family. Sudah senang bersama kata orang....




Selamat tinggal Kereta Merah...kami akan merindui mu..Maya nangis malam tu. ..Sian Maya..



++++++++++

As usual, wiken memang tak menang tangan. Dalam pada kelenguhan kat pinggang ni maklang terpaksa jugak menolong bibik di dapur. Kalau dulu, bibik ada pembantu sendiri kat dapur, sekarang tak lagi. Susah betul nak dapat pengganti. Siapa lah boleh tolong carikan pengganti ni...???

Alhamdulillah, Angah rajin last wiken. Mana tak nya, dia nak sangat makan ayam masak serai, makanya, mak dia pun ajaklah dia menolong sekali kat dapur. 2 ekor ayam maklang masak sebab lauk ni memang anak2 makan buat ratah aje. Menjelang petang, lepas Busu dan kawan dia makan ( mereka tiba jam 5 lebih dengan menaiki bus), selamat lah semuanya. Tu pun nasib baik Bibik dah asing kan..kalau tak alamatnya busu makan telor goreng aje. Malam tu, Busu dan kawan dia, Nan, pergi MM dengan anak2. Menjoli makan BK pulak. ( agaknya Along dok joli dengan hadiah dari Kerajaan Terengganu masa dapat hari Khamis lepas tu kot untuk PMR tu...Amount dia berapa, maklang pun tak tanya...belanja mak sikit:))


Along dengan kawan sekelas dia. Ramai jugak menghadiri nya. Entah2 satu kelas!:)

++++++++++++++


Hujan lebat teramat malam tu, maklang dok melayan Nur Kasih kat TV3 sambil menjahit. Tangkap jiwang sekejap ..ha..ha..ha..

Sabtu...Hmmm..sabtu, kami terima tetamu. Alhamdulillah siap jugak pouch untuk orang Kemaman tu. Ni batch ke2 tempahan dia. Kami ajak beliau dan suami minum air teh bujang aje. Maaf lah Dah, maklang tak ada kuih!:(
Ni tetamu hari Sabtu. Saje letak kat sini nak mengabdikan. Maklang tau Dah baca ni...manis betul kuntuman senyuman itu..he..he..:)


Sebab di beri kebebasan untuk menjahit apa sahaja, maklang buatkan roses ini...




dan macam biasa tulips lagi...:) harap Dah puas hati ..


Tengahari, Abang yang buat pasta dengan Along.




Sebab maklang kureng sikit pasta ni, maklang goreng terung dengan ikan pari kering...Seddaaaapnya makan dengan nasi panas bersama ikan selar kuning goreng. Terangkat!

Bila petang Along nak makan, tinggal terung aje sebab Angah dah bedal seme ikan pari nya..he..he...mana lah nak carik ikan pari kering ni. Kat pasar malam ada kot. Nanti kalau nak buat buka puasa, makan ni pun dah berselera....



Tengahari, Angah tolong2 maklang mengemas kat bilik jahit yang macam nak terbalik tu. Nasib baik ada penolong, dapatlah maklang menjahit beg untuk nak pos ke KB. Kemudian telekong Aunty Saz. Kemudian, beg dia pulak. Aunty Saz datang nak ukur kain untuk telekong and sempat jugak nak tempah kuseyen lagi and bag pulak...
Sempat jugak menyelit jahitkan batu seremban ( selemban?) untuk Maya. 2 set kata dia. Satu set nak kasi kawan sekolah dia Nadhirah. Mak Nadhirah sakit. Maya kata, Nadhirah kata dia bayar..Laa..budak2 ni nak jual beli pulak dia kat sekolah. Maklang kata, tak apa, Maya hadiah aje kat dia. Kabarnya nak ada tournament untuk Tunas Puteri. Tu yang nak practice. Yang kelakarnya Maya ajak Hakim lawan main batu selemban. Hmmm...malam tadi Akim pulak mintak se set. Belum kira Angah lagi. So, layan ajelah anak2 ni. Seronok gak deviate dari jahitan yang tak selesai2. He..he...

Sebelum prepare breakfast pagi semalam, sempat jugak maklang jaitkan baju untuk Min Min. Tapi tak bersihkan jahitan dia lagi, busu dah bawk balik ke JB. Minggu ni Wan nak ke KL nak attend konvo Alang, boleh lah Wan bawak sekali baju ni untuk Min Min try! BTW..tahniah Alang...



So, tadi pagi, sebelum siap nak ke office, sempat jugak maklang buatkan kelonsong batu selemban dulu, nanti balik kerja petang nanti, bolehlah siapkan. Macam2 anak2 ni ...Layan sementara boleh layan.

Petang semalam , Chef datang ambil apron dia 2 helai lagi. Seronok dengar dia cerita kata dia pergi mengajar orang buat biskut. Dan syukur kerana kakak kita sekarang sibuk menjana ekonomi..he..he..Dan maklang doakan moga akak berjaya lagi..dan kalau dah kat atas sana, jangan lah lupa kami...ye...kalau test2 kuih tu, hantar le kat kami, kalau tak sempat, maklang boleh lah ambik sendiri ..he..he...

Minggu mendatang ni, memang tambah sibuklah nampaknya. Harap belakang maklang ni tak kasi problem lagi. InsyaAllah..
Hmmm...Berangan nya nak buatkan Wan alas meja RE untuk Raya...untuk rumah sendiri pun tak sempat buat apa2. Cuma sempat gunting kain aje...hu..hu..
Selamat bekerja semua...:)



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. iskkk, kereta merah tu kecik ke maklang, macam mana agaknya kereta besar. saya suka kereta lagilah kecik, senang nyelit dan parking tapi kalau jalan jauh, nak keta besar, kalau boleh ada drebar sekali, he, he...

    ReplyDelete
  2. zany:

    silap tu..kete merah tu kete besar, kete kecik tak ada kat situ. Maklang suka drive kete merah tu sebab dia tinggi. Tak kiralah walau hampir dah sebaya umur Hakim. Maklang selesa tak payah nak terintai2 bila nak overtake atau nak keluar simpang. Jadinya less usage of my broken spine! Ni kete tu tak ada dah, kenalah naik kete kecik...merana pinggang maklang :(

    Kete besar ru macam kereta kebal kot...ha..ha..

    ReplyDelete
  3. Salam..
    kejpa lagi kakliza akan berangkat ke KL..ada temujanji ngan orang Utusan Malaysia..
    tunggu lapuirannya nanti..
    mmg kakliza agak bizi le ni..
    bab sekut tu nanti kakliza kasi yer...
    yang semalam tu dah ada orang booking nak rasa..
    sib baik dia sempat rasa sebelum brangkat ke nun Kangar..
    lega akak ...

    ReplyDelete
  4. kak liza:

    orang mana yang nak berangkat ke Kangar tu???

    Harap2 semuanya berjaya ye kak...

    Bz bz jugak, kesihatan harus dijaga...

    ReplyDelete
  5. mokcik pun sama ngan maklang...suka drive kete yang tinggi sikit tu sebab kita rendang huhuhu..

    sibuknya aktiviti menjahit tu...take care of ur pinggang ya..

    ReplyDelete
  6. Azwa:

    Kita tak rendang. Kita tinggi dan besau...orang N9 kata godang...tapi sebab pinggang problem makanya, kenalah bawak kerete tinggi supaya tak sakit pinggang...

    Thanks for the wish!:)

    ReplyDelete
  7. woooo tak aci paklang masak pasta tak kasi kita sikit..!! nak rasa gak.. tak sempat nak naik kete merah tu, dapat duduk seminit je..

    ReplyDelete
  8. mulan:

    he..he...nanti minta dia buat lagi laa...

    kerete merah tu kalau ada rezeki, nanti bolehlah duduk lagi beberapa minit he..he..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...