Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah selesai masak. Dah selesai carik baju apa yang nak pakai besok. Pakai baju yang buat masa Raya puasa hari tu aje.

Kek coklat dah siap, kek carrot dah letak topping, sambal kacang dah siap, serunding kelapa dah masuk periuk, ayam dah goreng dan rendang dah masuk tupperware.

InsyaAllah besok pagi, tinggal buat lodeh dan ayam serai aje. Nasi impit pun bibik dah selesai rebus. Sekarang dah boleh rehat. Kalau rajin nak pegang kejap jarum tu..tapi entahlaa...dah penat semacam jer ni, takut besok tak terjaga pulak!

++++++

Itenarary besok adalah masak waktu pagi, then tunggu Cik Abang balik dari masjid, breakfast dan kemudian kalau rajin nak tengok orang korban kat masjid. Tapi mungkin tak pergi kot. Last year dah tengok, kesian pulak kat lembu tu. InsyaAllah diberkatilah ...

Then tengahari tunggu kawan2 yang kata nak datang, datang. Adalah 2-3 family kata nak datang. Jamu makan apa yang ada. Maklang tak masak banyak pun. Semuanya serba sedikit.


+++++++++++

Tadi petang masa kat office, dengar semua kawan2 nak balik kampung, rasa macam nak terbang aje balik Johor. Tapi nak buat macamana, fikirkan perjalanan aje dah rasa penat sangat! Tak apalah, InsyaAllah wiken depan jumpa Atok dan Wan kat KL.


OKlaa...tak leh tulis panjang2...kang tak sempat buat apa2..

Dikesempatan ini maklang sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha ...Maaf Zahir Batin..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

7 comments:

  1. salam aidil adha utk mak lang sekeluarga juga, jgn lupa snap foto2 menu masakan mak lang tu ye dan hidangkan kpd kami kat sini :p

    ReplyDelete
  2. Salam Raya Korban Maklang and sefamili..

    Mommy and seluruh family di sini dah kekenyangan:)
    Tunggu mak masak sambal tumis udang to eat with Lodeh pulak

    ReplyDelete
  3. Maklang,sibuk ke?Tak ada update pun?:)

    ReplyDelete
  4. salam kenari...


    ada gambar dalam camera, tak sempat nak letak lagi ni...

    ReplyDelete
  5. imm:

    salam...maklang pun kenyang ni, makan kacang pool kejap tadi...ni tengah jahit..

    InsyaAllah besok malam ke, bila free maklang updet..barulah ada benda nak tulis...he..he...

    tQ vey much kerana rajin jenguk maklang..

    ReplyDelete
  6. he he faham maklang sure sibuk,almaklum raya kan..kacang pool tu apa maklang?

    ReplyDelete
  7. imm:

    kacang pool tu kacang parang...ada letak gambar dia kat blog ni masa anni aritu. Kalau rajin nanti maklang letakkan resepinya...:)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...