Sunday, November 1, 2009

Suri rumahtangga sepenuh masa..

Assalamualaikum...



Hari ni satu hari mata rasa macam nak lelap aje. Lepas dah solat subuh, bila abang dan anak2 dah siap2 nak ke sekolah, maklang baring aje atas katil. Cuaca pulak sejuk bukan main. Apalagi, tarik semula selimut. Sebelum abang ke pejabat, dia siapkan ubat dan kasi makan. Memang kalau tak sakit pun, ubat2 dia siapkan. Apalagi kalau tengok maklang terbaring, siap bawakkan air and suruh makan ubat. Thank you laa cik abang kerana sangat perihatin....:) . Bertuah badan..Alhamdulillah...


Maklang dapat MC 2 hari. Petang semalam ke Dr. Entah berapa macam ubat yang dia kasi. Antibiotik pun ada. Pulang dari clinic, telan ubat batuk. Alhamdulillah legalah sikit. Hari ini pun batuk dah berkurangan. Tapi mata ni, macam tak boleh nak bukak. Paksa jugak bukak sebab tak nak nanti tengah2 malam terjaga sorang2...puas golek2 sorang nanti!

Alhamdulillah maklang dapat lawatan dari seorang anak raja yang tinggal kat Kemaman. Terimakaseh lah melawat maklang. Lama jugak kami berbual. Biasalah kalau dah jumpa, pasti ada aje nak bual. Ialah..bual2 macamana nak menjana ekonomi...he..he..

Bila anak raja dah balik, maklang naik atas. Lepak2 tengok Tv dan main2 riben sampai abang balik makan tengahari. Seronok betul rasa kalau tiap2 hari macam ni. Bila suami balik, kita tunggu dia kat rumah. Tak pernah lagi rasa betul2 macam tu cuma bila masa tak sihat, ataupun masa confinement...Bila lah agaknya nak dapat approval untuk nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa....

Terimakaseh kerana mendoakan maklang...Dah rasa sihat sikit dah ni....:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

10 comments:

  1. Get well soon ya maklang..

    sometimes seronok jugak bila dapat kawan kawan yang prihatin pada diri kita kan

    ReplyDelete
  2. kalau batuk batuk rendam kurma dlm air kelapa. insya Allah minum dan maakn buah kurma tu...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sorry ganggu you sakit, sembang lama jugak semalam , tak sedar ..hihi.

    Tunggu bila you dah bersedia betul2 untuk berhenti kerja, baru berhenti , bila dah lama bekerja memang payah untuk berhenti sebab dah banyak komitmen .

    Get well soon !

    ReplyDelete
  4. ececece... prihatinnya Paklang... hehehe...
    Maklang kalau buat bisnes dgn hobi2 Maklang pun sure boleh generate duit punyalah... kitorang boleh tolong promote products/services Maklang... Jgn risau...

    Maklang, get well soon...

    ReplyDelete
  5. Zar:

    Memang seronok kalau ada yang visit...

    ari jumaat lepas nampal banyak motor besar kat jalan besar di Kerteh...terus teringat kat Zar..:)

    ReplyDelete
  6. Jagalah kesihatan dengan sebaiknya. :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Isteri saya pun kalau diikutkan hendak berhenti kerja.

    ReplyDelete
  8. I dulu masa mula2 quit kerja, trauma jugak, sebab dah berbelas2 tahun keje tiba2 resign. Tapi sekarang kalau suruh kerja balik, tak nak lah...

    ReplyDelete
  9. Come, let's join the club...

    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  10. Anon,

    Thanks for the info!. InsyaAllah will try..

    Rina,

    Saya ni tunggu Cik Abang kasi green light aje ni...Dia kata OK, kita pun apalagi...angkat kaki ler...

    terimakaseh sudi nak jenguk saya...terhibur sikit!:)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...