Sunday, November 29, 2009

Suka...

Assalamualaikum...

Hari ini dah 3 hari tak keje. Tinggal 1 hari je lagi cuti Hari Raya Haji. Kami dapat ganti 2 hari cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Office Abang cuma dapat sehari aje...He..he..besok boleh spend time ngan anak2 . Plan2 nak merayap kat MM, pi makan2 ke..siapa nak ikut mak sila siapkan duit ye...

+++++

Raya Haji was not happening langsung. Agaknya letih and mengantuk. Maklang tidur jam 2 pagi! Mana tak ngantuk. Tak larat aje rasa. Mata ni ngantuk benar. Bila dah pegang jarum tak sedar dah lewat sangat!

Alhamdulillah pagi Raya sempat lah bangun untuk nak masak ayam serai serta lodeh. Pagi tu Abang dengan Along, Maya dan Hakim serta Datuk pi solat kat masjid. Lepas balik masjid barulah makan. Ambil sunat untuk makan lepas solat. Kejap aje mereka kat rumah lepas tu terus aje ke masjid lagi untuk nak selesaikan hal korban. Sementara mereka kat sana, sempat gak maklang talipon atok dan wan untuk nak ucapkan selamat hari raya...

Tak ada orang datang pun...Jiran2 balik kampung. Cuma kak yah sebelah rumah aje ada. Dalam pukul 11 tu maklang naik atas lah nak sambung menjahit, tapi dengar pulak loceng berbunyi. Turun lagi. Rupanya adek ipar sampai. Jemput masuk laa dan kejap lepas tu, Kak Yah yang keje satu opis maklang datang. Hantarkan laksa. Sedap laksa Terengganu dia. Along suka sangat!

Sedang2 tetamu menjamu selera, Abang dan anak2 balik dari masjid dengan mengangkut beberapa kilo daging. Pagi tu Along dan Angah dok kerjakan daging tu, potong dan timbang dan masukkan dalam plastik untuk nak bahagi2 pada kawan2. Alhamdulillah siap lah mereka main2 dengan daging tu. Sampai bau kat mana2 pun terbau daging lah kata along..he..he..

Tengahari Shah datang dengan family dia. Jemput makan2 jugak.

Malam pulak kakak ipar sampai sekeluarga. Break record kali ni Raya tak ada amek gambar pun...gambar kami sekeluarga laa...gambar makanan dan lembu adalah...jom jamu mata!


Rendang, sambal kacang dan nasi impit
Lodeh dan sambal kacang. Gambar ayam serai ada ambil tapi malas nak letak kat sini :)
Ini antara lembu yang dikorbankan. Maya lepas pulang dari tengok korban tu komplen rasa macam nak pitam. Samada terkejut tengok lembu kena sembelih atau sebab cuaca panas, tak taulah tu...kesian dia. Nasib baik by nite time dia ok.


Malam tu, maklang dan anak2 sedara dok mengadap TV cerita Nurkasih..Lepas dari tu, layan mereka makan and then layan pulak jahitan maklang sampai kol 1:00pagi..Ngantuk nya..

+++++++

Pagi semalam, suka sangat. Sebab apa nak tau...Maklang dan Paklang serta Datuk ke MM. Kol 10:30pg , kami dah tiba. Bukan tolong bukak kedai, tapi excited sangat nak pi TMC. Bayangkan bertahun dah kami tunggu pasaraya Raksaksa tu nak bukak, akhirnya bukak jugak masa hari Raya Korban lepas. Hmm...nama kat luar jer tukar, tapi barangan semuanya bercap Giant tu. TMC kan memang Giant sebenarnya. Entah apa masalah kerajaan negeri tak kasi letak nama Giant tak tahulah, sampai setahun lah budak2 yang kerja kat situ tak dapat nak keje. Kalau lah dah bukak since last year, bukan ke bagus, dapat tolong anak tempatan serta kedai2 kat MM yang kadang kala, sunyi sepi jer...

Kami pergi kejap jer, cari ikan dan udang. Beli juga french loaf. Sakit ati tengok brocolli sepokok cuma RM 2.90, whereas kat kedai runcit kat sini jual dalam RM 5-6. Apalagi Abang kebas 2 pokok. Kelakar betul...rasa seronok semacam sebab rasa macam dok KL semula...Best sangat rasa...

Balik dr TMC, maklang main masak2 selama 2 jam untuk makanan tengahari. Lepas masak kami makan beramai2.
Tahu Jepun ni kalau beli kat pasar malam atau pasar tani atau kedai runcit kat sini, harga dia RM 1.20 per piece, tapi kalau kat TMC tu, dapat 3 for RM1.69. Puas hati betul! Memang kalau balik JB, maklang beli benda ni dan masak kat umah Wan...Kalau kat sini kena jimat2 nak beli sebab mahal melampau!
Beli jugak udang buat tambah udang sedia ada dalam fridge. Buat sambal manis2 untuk buah hati maklang...dia panggil sambal ni Linari sebab kalau maklang masak, ada rasa macam maklang masak laa...ada manis2 macam tuan yang masak tu..
Ini brocolli dari Tunas Manja. Maklang beli masa hari Rabu. Memang lah suka brocolli ni..


+++++++

Malam tadi, kami keluar jam 10:45pm. Sekeluarga pergi...Kelakar betul. Sebab nya masa petang dalam kol 5 lebih, abang dan anak2 tak dapat nak masuk pun kat kawasan MM tu - nak beli roti Perancis yang dah di makan waktu tengahari. Ingat tak ada yang suka! Punyalah ramai manusia...Last2 terpaksa beli roti biasa aje kat kedai runcit dekat sini. So, masa makan kacang pool untuk dinner tu, makan ajelah dengan roti biasa. Sedap ajer...he..he...

Geram punya pasal, kami pergi keTMC lagi malam tadi. Lega orang tak ramai dah. Dapatlah survey2 apa2 yang ada kat situ. Cream cheese pun ada. Murah dari yang maklang beli kat Kemaman. Along seronok dapat bermacam2 jenis cheese yang dia nak...Hmmm...kembang lagi lah nanti. Kami tiba rumah dalam pukul 12:10pg. Teringat masa belajar dulu, suka buat grocery waktu malam2...he..he..Seronok betul rasa...:)

++++++++

Pagi tadi Bibik buatkan Nasi Uduk = Nasi lemak kat Malaysia. Cumanya tak ada tempeh goreng manis jer...Sambal maklang dah buatkan pagi semalam. Comel aje bungkusan ni..

Kejap lagi sambil layan cerita kat PC ni, maklang nak kena marathon menjahit RE...ni dah lewat dah ni, plan2 nak siapkan the whole set by besok, tapi entah laa...:)




Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah selesai masak. Dah selesai carik baju apa yang nak pakai besok. Pakai baju yang buat masa Raya puasa hari tu aje.

Kek coklat dah siap, kek carrot dah letak topping, sambal kacang dah siap, serunding kelapa dah masuk periuk, ayam dah goreng dan rendang dah masuk tupperware.

InsyaAllah besok pagi, tinggal buat lodeh dan ayam serai aje. Nasi impit pun bibik dah selesai rebus. Sekarang dah boleh rehat. Kalau rajin nak pegang kejap jarum tu..tapi entahlaa...dah penat semacam jer ni, takut besok tak terjaga pulak!

++++++

Itenarary besok adalah masak waktu pagi, then tunggu Cik Abang balik dari masjid, breakfast dan kemudian kalau rajin nak tengok orang korban kat masjid. Tapi mungkin tak pergi kot. Last year dah tengok, kesian pulak kat lembu tu. InsyaAllah diberkatilah ...

Then tengahari tunggu kawan2 yang kata nak datang, datang. Adalah 2-3 family kata nak datang. Jamu makan apa yang ada. Maklang tak masak banyak pun. Semuanya serba sedikit.


+++++++++++

Tadi petang masa kat office, dengar semua kawan2 nak balik kampung, rasa macam nak terbang aje balik Johor. Tapi nak buat macamana, fikirkan perjalanan aje dah rasa penat sangat! Tak apalah, InsyaAllah wiken depan jumpa Atok dan Wan kat KL.


OKlaa...tak leh tulis panjang2...kang tak sempat buat apa2..

Dikesempatan ini maklang sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha ...Maaf Zahir Batin..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, November 23, 2009

Bz Bz ..lepas ni ZZZ

Assalamualaikum,

Maklang nak ucapkan terimakaseh lah buat kawan2 yang dok ucapkan dan doakan yang baik2 untuk Maklang dan Cik Abang sempena Anniversary kami yang ke 18 semalam. Syukur, masih ada yang sayang...he..he..perasan pulak I ni.

P/S: Zhr Znl, apasallah jarang sangat nampak bayang awak??, dan untuk NanaDJ kenapa maklang nak masuk blog awak tak leh...Share2laa... :)

+++++++++++++++++




BZ sekarang ni...BZ ya amat. Kat office biasa2 aje. Adalah package nak keluar besok lusa b4 raya. Tapi kat rumah ada projek nak kena siap jugak. Ni projek maklang dengan Kak Ina. Besar punya. InsyaAllah nanti kalau dah jadi, baru boleh cerita apa dia. Siapa yang dah tau tu...Shhhhhh...yang tak tahu, sabar eh...Cuma doakan ianya dapat selesai dengan jayanya...Amin...

Ni nak cerita pasal kisah hujan lebat last wiken dan gambar2 berkaitan dengan hujan...


Hari Sabtu, hujan turun dengan lebat sekali. Pagi dah hujan dan tak berenti2. Maklang tak masak hari tu sebab dah ada 2 bibik pelatih yang siapkan bahan2 utk tepanyaki atau kami panggil RAWA. Dia orang memang dah lama mintak. So, buatlah sementara ada ramai kat rumah. Busu baru sampai dari JB jam 1:30 pg Sabtu tu. Datang hantar kereta maklang yang penuh dengan barang dari rumah kat KL tu. Maklang cuma buatkan sambal udang kering cili api untuk cecah dengan the makanan.
Ini dua budak tembam. Dia orang nampak abah dia dok angkat batu untuk nak letak tepi kolam yang dah melimpah tu. Mereka pun join sekali. Seronok nampak mereka main ujan. Along, Angah , Maya seme main ujan. Kalau lah maklang sihat tak batuk2, harus main ujan jugak...Rugi...rugi...
Air berladung kat porch depan rumah. Ada kot 2-3 inci by night time. Nasib baik rumah maklang tinggi dekat 3 kaki dari ground level. Syukur tak apa2, kalau tak, puaslah nak mengemop bersihkan rumah. Barrack polis kat jalan besar memang naik air. Kesian. Semalam masa kami balik dari makan, ada kereta kancil masuk ditch...sampai separuh masuk. Kesian lagi. Agaknya dia tak perasan ada longkang kat jalan besar yang tenggalam dek air almost 2 kaki...jalan tu tutup tapi dia lalu jugak sebab nak pintas ke kedai kat jalan besar tu...
Ini batu2 yang Busu susun waktu tengahari. Bila petang, semenya tenggelam gak...Ikan berenang2 keluar dari kolam. Senang ati je ikan tu berenang2..Last2 tak tau kemana mereka di bawa air hujan yang berladung..
Waktu hujan2 memang sedap makan ni...kenyang seeh sampai ke malam!
Makan jangan tak makan...Wan tu dah kenyang ke belum?? Jeling2 jer tu??
Lepas dah makan, mehlah kita lelapkan mata...ni posing manja dari suami ku tercinta...
Dan posing maut dari Busu. Anak2 sedara punya keje lah ni...mak...pinjam camera nak amek gambar Busu kata Along...terpaksa potong bahagian bawah sebab kaki Busu seksa...he..he..sedap sangat duduk atas kosi urut tu sampai berdengkor2...bergegaran rumah maklang...ha..ha..

+++++++++
Ini pulak posing sempena ulangtahun ke 18 perkahwinan kami. Tak ada apa2 sambutan, cuma tengahari maklang ajak Cik Abang pi makan Pizza yang ada 3 types of cheese tu kat PH di MM.Of course lah Cik Abang belanja! Sedap gak. Bila jumpa kawan2 kat sana, ada lah 2-3 org yang maklang kenal...mereka tanya berdua jer ke...Aha lah, bila lagi nak ber2 camni..asyik berekor jer..Bila balik rumah petang tu , Maya naik angin dan Angah ungkit kata dah 2 kali mak kluar makan ngan Abah tak ajak kami..he..he..kasi canlah babe!:)

Hadiah tak ada laa tahun ni......Cukup lah dengan kasih sayang...he..he...yang berkekalan sampai akhir hayat..Amin...Tapi kalau tahun depan nak kasi maklang tak tolak ...hint..hint...


Pagi tu breakfast dengan kacang pool. Kawan maklang Puan N, belikan kat Singapore. Kat Malaysia tak jumpa lagi. Sedap tengok Atok dan Wan makan, sebab masakan tu sedap kot...ha..ha...


+++++++++

Atok, Wan, Busu dan family dah selamat sampai ke JB petang semalam. Mereka balik naik kereta maklang sebab kereta tu tinggi dari kereta atok. Mana tau kot2 banjir masa kat perjalanan. Nasib baik pun bawa kereta tu sebab kat Kijal, air naik semalam. Naik lah paras separuh roda kereta tinggi tu...

So, sunyi lah kejap semalam. Tapi tengahari ini Datok Kuantan pulak datang sini dihantar makde dan pakde. Lepas makan2 tengahari mereka balik kerumah mereka. Naik tengok rumah yang naik air...Entah macam mana agaknya keadaan rumah tu...

Alhamdulillah rumah ni, selalu ada tetamu..

Kita jumpa lagi ye..maklang nak ZZZZ dah...selamat malam...:) dan take care...Anak2 entah main apa entah..bising betul dari tadi..Almaklum besok tak sekolah :) Enjoy betul mereka tu...bilik ni pun ada dah tetamu..pantang ada offer!





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, November 22, 2009

18 tahun telah berlalu....

Assalamualaikum...

Buat kekasih hati ku...semoga kasih kita bersatu sehingga akhir hayat...Amin...


Through the years... by Kenny Rogers...


I can't remember when you weren't there,

When I didn't care, for anyone but you.
I swear, we've been through everything there is,
Can't imagine anything we've missed
Can't imagine anything, the two of us can't do.

Through the years, you've never let me down,
You've turned my life around.
The sweetest days I've found, I've found with you.
Through the years I've never been afraid,
I've loved the life we've made
And I'm so glad I've stayed,
Right here with you, through the years.

I can't remember what I used to do,
Who I trusted who, I listened to before.
I swear, you've taught me everything I know
I can't imagine needing someone so.
But through the years it seems to me
I need you more and more

Through the years,
Through all the good and bad,
I knew how much we had,
I've always been so glad to be with you.
Through the years,
It's better everyday,
You've kissed my tears away,
As long as it's okay,
I'll stay with you, through the years.

Through the years when everything went wrong,
Together we were strong,
I know that I belong right here with you
Through the years. I never had a doubt
We'd always work things out.
I've learned what love's about
By loving you, through the years.

Through the years,
You've never let me down
You turned my life around
The sweetest days I've found, I've found with you.
Through the years, it's better every day,
You've kissed my tears away,
As long as it's okay
I'll stay with you, through the years.



++++++++++



Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke 18 buat suami ku yang tercinta...

Semoga kasih kita berkekalan sehingga akhir hayat...dan semoga hidup kita dan anak2 sentiasa diberkati oleh NYA..Amin...







Friday, November 20, 2009

Makan2 dan menjahit waktu hujan lebat

Assalamualaikum...


Hari ini hujan lebat. Masa awal pagi, nampak macam matahari dah mula menyinar. Ingat akan panas hari ini tetapi matahari acah2 jer rupanya. Dalam pukul 9 pagi, hujan mula renyai2. Jam 10, hujan dah mula lebat. Dan terus lebat sehingga petang. Sekejap2 hujan reda tapi kemudian lebat semula. Tengok kat longkang dapur tu memang air melepasi paling atas longkang. Bila tengok kat kolam ikan, seram pun ada sebab paras air dalam kolam dah sama dengan paras air kat atas tanah. Takut2 ikan keluar aje dari kolam. Nampak ikan2 pun berenang paras paling atas sekali.


Maklang pulak dalam hujan ni mata asyik nak lelap aje. Penangan ubat Zertec yang maklang makan malam tadi. Lepas dah siap bersiram, maklang turun ke bawah. Dah lambat masa tu. Ingat kan darling kepasar beli breakfast tapi hampa, tak ada apa rupanya. Terus mintak bibik rendam mee hoon, dan tumis2 bahan serta amek udang dan sotong segenggam, langsung gode2 jadilah meehoon. Pastu pujuk2 Wan tolong masakkan sup ikan merah yang dah lama maklang nak makan, tapi baru hari ini dapat ikan merahnya..Lepas dah pujuk Wan, maklang naik menjahit. Dan inilah hasilnya jahitan dari pagi sampai ke petang tadi , yg kat lengan aje!. Sebelah bahagian badan maklang jahit sehari semalam dan sebelah lagi was done about 4 months ago! By hook or by crook kena siapkan jugak b4 raya haji ni sebab tuan dia dah tanya...harap2 siaplaa...InsyaAllah...



Ini kat lengan dia
bahagian kat pinggan
close up
tengah badan. Pattern dia maklang ikut kat buku beli masa kat Bali ke kat Jakarta ari tu.


Bila dah petang, Hakim komplen kata tak ada apa nak makan. Dia dah lobby atok kata nak makan thosei. Sebab bapa mertua Cik Abang nak pergi, maka darling maklang pun bawak lah kami semua. ( Kalau tak memang tak lepas!). So, kami pergi laa. Nasib baik lah masa tu hujan cuma renyai2 je...Kalau pasal makan, semua nya enjoy! Senyum aje!

Tu atok sebenarnya gelakkan Wan kot, sebab ketawa dia semacam jer tu...ketawa ada makna tu..
Ini rupa orang nak dapat makanan
Macam baik aje...sebenarnya nak suruh Hakim cepat2 makan sebab dia nak jugak tu!
gambar ni Maya suruh ambek..
sejuk2 pun dia boleh nak ais kacang.
Maklang makan thosei sikit, roti canai sekeping, lepas tu share 3 orang sepinggan beriani ayam, buat rasa aje...
mee yang Maya order penuh dengan kulit ayam jer...
Akim kata ni buah kekabu...sedap...Akim suka buah kekabu! Seme gelakkan dia...ni buah kabung lah sayang....:)
Inilah suami ku tercinta dengan posing yang paling anak2 'suka'. Dengan mimik muka, yang anak2 kata...nak menganjing lah tu! ( kat sini kalau menganjing tu makna nya nak ejek2laa..bukan jadik anjing!)
Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, November 19, 2009

Makan2 macam kat London...

Assalamualaikum...


Hari ini dan semalam, hujan turun tak berenti. Eh..berenti jugak kejap2 tapi renyai2. Dah 2 hari rasa macam kat London kata Maya...Dan 2 hari jugaklah maklang memerap kat rumah aje. Semalam maklang pergi jumpa Dr. kat Awana Kijal. Tunggu dia ada sejak dari hari Ahad lagi. Ni kali ke3 jumpa Dr. untuk nak mintak ubat kasi batuk ni baik. 2 kali jumpa Dr. lain, tak baik pun batuk. InsyaAllah kali ni baiklah hendakNya. Memang sejak sekian lama kalau kena macam ni, Dr kat Awan nilah yang ada buat untuk sembuhkannya. Macam maklang dah suspect, ni mesti sebab something wrong dengan telinga maklang. Sah2 Dr kata saluran telinga kiri ni tersumbat. ( padahal 2nd time ke Dr kat Kerteh, Dr dah cek telinga bila maklang suruh, tapi Dr kata tak ada apa2). So, Dr kat Awana dah kasi segala macam ubat untuk maklang. Letak ubat kat idung supaya dapat buka saluran kat telinga. Lega banyak. Tapi yang tak tahan bila dia bagi Zertec tu. Nasib baik makan 1/2 bj je. Kalau lah 1 bj plus ubat batuk mesti sehari suntuk, maklang tidur tak bangun2! Semalam tengahari je, lepas telan ubat batuk, tidur sampai ke petang. Sedar2 dah dekat 5:30pm, tu pun sebab Kak Ina call. Kalau tak mau, tertuang asar! Nasib baik tak!


Dr. kasi maklang 2 hari MC. Sejak 3 minggu ni dah 5 hari maklang MC. Tapi ni MC memang tak larat. Macam mana nak larat, ubat batuk tu memang drowsy sesangat! Harap2 by Sunday, maklang dah fully recovered. Masa awal2 tahun, jarang sakit, dah nak penutup tahun ni pulak asyik tak sihat...:(

++++++++


Semalam tengahari pun Cik Abang ada ajak anak2 buah yang perempuan dari office makan. Mereka nak datang tengok rumah dan RE maklang ..he..he..So, tukang masaknya ialah bibiklaa...Nasi Ayam. Bibik no.2 Along buat coklat kek, dan pembantu bibik no. 2, Angah buat cream caramel. Maklang buat air aje..he..he..Alhamdulillah..semuanya habis sebab maklang ingat ada 10 orang jer, tapi rupa2nya ada 15 orang. Sempat gak ajak Kak Bonda dan Shah dari ofis, masa maklang ke pejabat pagi sebelum tu...Meh kita layan gambar lagi...

Masa tetamu sampai, maklang baru aje nak letak topping. Main hentam aje...tengokla tu...sememeh jer...
Cream caramel bermadu by Angah
Nasi ayam dan lauk2 dia. Thumbs up untuk Bibik...sedaaaap....
Kak Bonda dan Kak Moon, dah lebih 20 tahun tak jumpa. Masa mula2 maklang dan Cik Abang berkenalan 20 tahun dulu, kami sama2 satu opis dengan kak Moon. Kiranya dah 20 tahun jugaklah maklang tak jumpa kak Moon, sampai lah last week bila Cik Abang kata, Kak Moon sekarang kerja kat office Abang for about 2 months b4 balik ke KL semula.
Beratur ye cik adek2 jangan rebut2...
Nampak cam berebut senduk jer tu..
Nasib baik beratur...:)
sambil berposing..
dan berposing lentuk lagi...
Dah on dah...

Semuga mereka enjoy all the food. And untuk adek2 yang berminat nak order RE maklang tu, mintak tolong hantar email ye..atau beritahu aje kod no. pada Cik Abang maklang...

Terimakaseh lah you all you all yang datang...

++++++


Cuaca masih sejuk...sedap tidur malam ni..dah pekena ubat batuk lepas Isyak nanti, lagilah lena InsyaAllah...he..he...

Selamat berhujung minggu dan tahniah untuk semua adek2 yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR!



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, November 16, 2009

Dating

Assalamualaikum...

Sekali sekala nak kena date dengan Cik Abang. Berdua-duan pergi makan2 dan jalan2. He..he..Terubat sikit batuk dan sakit2 badan ni. Sejak semalam ajak Cik Abang pergi dating. Rasa nak makan benda2 manis pulak sebab nak melayan mulut yang rasa payau... Tapi pelawaan maklang tak dapat ditunaikan sebab ada pulak jemputan dari kawan Maya yang mak abah dia kawan maklang dan Cik Abang...

So, pagi tadi dok lah kenen2 kat Cik Abang nak pergi date. Kata kat dia kalau dapat pergi date mesti baik sikit batuk dan badan yang bisa2 ni. Tapi alangkah hampanya bila dia kata tu psuedo punya ubat tu...

So, petang tadi just b4 asar, maklang main2 email dengan Cik Abang. Nak tak agaknya kalau keluar ber2 aje. He..he..siap suruh dia park kereta dia kat luar rumah dan kita cabut dengan kerete maklang. Kebetulan hari ni maklang pun drive ke pejabat sebab ingatkan nak pi Dr. Tapi tak jadilah pulak sebab Dr. cuti. Tunggu jugaklah email tak berbalas...Agak2 dah dekat 5:15pm, pinangan maklang di terima melalui fon je. Kebetulan pun Cik Abang nak kesekolah nak sign cek PIBG. Sedang eloklah tu. So, kami pergi berasingan. Tak perlu nak sembunyi2 keluar ber2. Rancangan cantek punya..

Tiba kat MM dalam 5:45pm. Bertemu depan pintu besar, siap main terkejut2 kan orang lagi...he..he..Memang dia suka terkejutkan orang...(pernah sekali nak terperanjat kan kami, sekali tau2 yang lalu tu bukan kami, rupa2nya entah Jepun mana...he..he..nak pecah perut ketawakan dia...)


So, bermulalah date petang tadi. As usual laa, the gentleman will belanjalah kan. Makan cheese cake 2 keping yang ada offer dapat kopi free dan makan karipap mat salleh entah apekenama tu...Sedap laa...Dengan tidak ada gangguan dari anak2, dapatlah kami berbual mesra. Mengenang waktu2 masa berdating dulu..he...he...Tapi walau pun pergi ber2, cerita pasal anak2 pasti keluar.

Jam 6:30pm dah balik. Keluar kan serviette dari SR...dan terus anak2 geram sebab kami pergi tanpa mereka...

Wan dan Atok ada kat sini. Baru aje tiba lebih kurang jam 7.oo ptg tadi. Seronok....:)

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, November 15, 2009

Malas

Assalamualaikum...

Dah hampir seminggu jugaklah maklang tak updet blog. Entahlah semenjak 2 menjak ni memang malas sangat. Tambahan tengah batuk dan berasa tak berapa sihat ni, lagilah malas nak menaipnya.

Lagipun tak ada apa yang menarik nak dikongsi bersama.

Hari2 maklang dihabiskan dengan menjahit aje. Siang hari ke pejabat, balik ofis nanti menjahit pulak. Selama seminggu lebih maklang tak turun memasak kat dapur. Masak pun jadi malas bila badan tak sihat ni. Nasib baik Cik Abang tak komplen. Yang komplen nya, anak sulong maklang. Mak...masaklah mak...asyik bibik je masak. Nak tak nak, masaklah jugak. Dapatlah masak 2-3 hari jugak.

Hari Jumaat lepas pun maklang habiskan dengan menjahit. Lepas Cik Abang dah balik dari pasar, maklang masakkan ikan masak kuali dan kemudiannya goreng bendi dengan sotong. Selesai kat dapur, sambunglah jahit apa yang patut. Syukurlah sarung bantal Cikgu dah siap RE nya. Tinggal nak lekatkan nak jadikan sarung kusyen. Sama jugak dengan table runner 8 yang di tempah oleh seorang professor dari Johor, beg Kak liza dan mak kak Liza serta pouch Na, office mate maklang semua dah siap berRE. Kena carik masa aje nak mencantumkan semuanya...Alhamdulillah.

Semalam maklang cuti masak lagi. Sebab Cik Abang ambil tugasan lepas dia balik dari menghadir hari penyampaian hadiah kat Tabilas Maya dan Hakim. Syukur semua dapat hadiah termasuk bapanya sekali. Dapat hamper lucky draw. Maklang tak ikut sebab tak berapa sihat dan asyik ngantok aje lepas telan ubat batuk. Nak menjahit pun ye..he..he..

Sekali sekala Cik Abangvolunteer nak memasak, kenalah kasi pujian. Memang anak2 teruja bila Abah masuk dapur. Chef Liza dan Ina pun ada datang makan sekali...Maklang tak berapa enjoy makan sebab mulut rasa tak sedap sangat. Anyway, lets enjoy the photos.
Tak lama lagi boleh buat show License to Grill. Siap ada keledek bakar sapu dengan gula merah lagi..
Ayam bakar
BBQ sedap oleh Chef kat rumah maklang...Thank you... Lain kali masak lah lauk yang lain2 pulak, macam kentang dengan burger tu...he..he..


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...