Assalamualaikum...
Telinga ni tengah pekak sebelah ni. Akibat batuk terlalu kuat. Dah masukkan air tadi dengan harapan kepekakan itu akan hilang. Tapi hampeh...Masih macam tu jugak. Batuk tu dah kurang sikit laa...selsema pun sikit. Demam Alhamdulillah tak ada dah. Yang tak tahan tu bila batuk, tekak ni gatal satu macam. Tak boleh tahan punya. Tapi ini adalah suatu keadaan biasa untuk maklang. Sekali kena serang, habis semenya, 3 serangkai - batuk, demam selsema. Apa nak buat! Moga cepat Allah kasi sembuh...Amin..
Semangkuk penuh Cik Abang siap kan b4 dia ke pejabat. Ubat utk batuk, selsema, demam dan antibiotik. Selebihnya vitamin dan segala macam...
Pagi tadi maklang dapat sms dari seseorang. Katanya dia ada di Kerteh, tapi mesyuarat sepenuh hari. Oh...maklang pulak ari ni masih mc. Berehat betul ari ni...sambil2 tengok TV. Tapi dalam pada tu sempat lah keluar kejap masa nak amek Hakim dari tabilas, ke kedai runcit untuk nak beli keperluan dapur. Sayuran dan beras illek. Pergi dengan bibik dan kemudian terus amek Hakim. Pulang dari situ sempat gode2 tepung kejap, masukkan adunan dalam oven. Hajat hati nak kasi buah tangan lah kat kawan kalau ada rezeki nak jumpa.
Alhamdulillah kalau dah jodoh bertemu jua akhirnya. Memang yang buat secara spontan jadi. Bulan 5 lepas dah ada jugak plan nak jumpa, tapi tak jadi. Biasalah sebab apa yang diatur, ditukar secara tiba2.
Maka petang tadi, maklang dengan ditemani kawan maklang, Puan Saz, ke airport dan bertemu lah dengan puan yang kecik molek ni...Memang kadang2 kami mengikuti blog beliau. Cerita punya cerita, ada jugak kawan2 yang kami ber2 kenali. Begitu jugak dengan kawan TM, dia juga kenal kawan maklang masa kecik2. Memang lah pi mai pi mai tang tu jugak!
Kan betul maklang kata, kecik molek jer orang nya. Thanks TM kerana sudi nak bertemu mata ngan maklang...Ada umur dan kalau ada masa, mehlah singgah ke Teratak Maklang pula ye..yang di alam nyatalaa...:)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Very funny. Saya pun baru upload pics kita sama. Thanks very much for meeting us. Saya ingat Mak Lang tak sefriendly ini. But your friendliness is beyond words. Kek tu sedap sangat. Saya tak suka makan benda yg manis but kids suka. Crispy kata mereka. Get well soon mak Lang.
ReplyDeletemak saya rendam kurma dgn air kelapa muda, sejam dua dan minum serta makan uah kurma tu. di akata hilang atau kurang gatal batuk tu.
ReplyDeleteTM:
ReplyDeleteYou are most welcome and tak sangka kan,it went well. Walaupun baru sekali jumpa, tapi macam dah lama kenal..
Seronok jumpa semalam. Hope I could ajak makan kat rumah. Nanti kalau datang sini 2-3 hari boleh lah ye datang rumah Maklang...mesti seronok dapat jumpa lama2..
Kek tu, topping dia tercrispy pulak...anak2 pun tanya camana mak buat, rahsianya...the cooking chocolate, 'ter'lama dalam microwave...he..he..
n:
ReplyDeleteterimakaseh...nanti nak cuba jugak ni...tapi kena pi beli air kelapa dulu...
Wah, demam2 pun dapat jumpa kawan baru yang comel lote , itulah kelebihan blogging :)
ReplyDeleteRina.
ReplyDeletelega sakit bila dapat jumpa kawan yang comei lote...he..he...