Tuesday, November 10, 2009

Cuti sekolah...

Assalamualaikum...


Pagi tadi masa celik mata, badan esp kat belakang abdomen ni rasa tak berapa selesa. Ini mesti sebab terlalu banyak menjahit sejak 2-3 hari lepas. Memang nak kena kejarkan apa2 yang nak dijahit ni sebab cuti sekolah dah makin hampir maknanya, maklang dan keluarga pun nak bercuti dan juga tempahan menjahit untuk pengantin yang bakal meraikan hari bahagia tak lama lagi mesti disiapkan. Maklang terpaksa dulu kan untuk pengantin punya dan berharap tempahan2 yang lain tu sabar menantilah ye...:)


Semalam Cik Abang maklang tak berapa sihat. Kesian tengok dia asyik keluar masuk bilik air aje entah berapa kali. Orang lain tak kena pulak. Agak2nya mesti sebab dia makan tahu goreng berkicap cili padi yang bibik buat tu. Memang feberet dialah tu...Tapi alhamdulillah setelah bertarong dalam bilik air, pagi ini nampak dia sihat dah sikit...macam cuaca kat luar lah yang terang benderang tu.


Anak2 semua dah mula pulangkan buku pinjaman. Akim especially dok komen sebab pegi sekolah dah tak belajar apa2 dah. Maknanya tu nak memontenglah tu...Hmmm...pandai cakap berlapik. Tapi of course lah kami suruh jugak dia kesekolah. Lagipun, tinggal semiggu aje lagi. Result periksa baru ni entah macamana tak tahulah..Harap2 semenya berjaya dengan cemerlang..

Bila ingat anak2 nak cuti, maklang pun rasa nak amek cuti tanpa gaji saja selama anak2 cuti....bestkan ..approval dari Boss kat rumah dah lama dapat, tapi nak cuti dari office kena pikir pulak sebab ada projek yang tengah berjalan...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

4 comments:

  1. Bercuti ke mana pulak kali ni? Bestlah Mak Lang ni, selalu makan angin...

    ReplyDelete
  2. Selamat Bercuti kepada Maklang sekeluarga. Kitaorang cuti kat rumah pun dah cuti kiranya..hehe..makan and tengok astro and lepak lepak lepak..hehe

    Maybe nak ajak budak2 ke KL tapi kena tunggu Hannan habis SPM exams..you all take care yer..

    Nanti nak mintak tolong Maklang jahit one of my bajukurungs boleh??

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Jahit-jahit , cuti-cuti , suka hati ... teruskan menjahit , pakai sarung tangan tebal tak tu, kot tercucuk jarum ...hihi.

    ReplyDelete
  4. Wah maklang, kalo dapat cuti bersama dengan anak2, bagus tu... Boleh jalan2 cari makan, rehat2kan badan... :)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...