Assalamualaikum...
Hari ini dan semalam, hujan turun tak berenti. Eh..berenti jugak kejap2 tapi renyai2. Dah 2 hari rasa macam kat London kata Maya...Dan 2 hari jugaklah maklang memerap kat rumah aje. Semalam maklang pergi jumpa Dr. kat Awana Kijal. Tunggu dia ada sejak dari hari Ahad lagi. Ni kali ke3 jumpa Dr. untuk nak mintak ubat kasi batuk ni baik. 2 kali jumpa Dr. lain, tak baik pun batuk. InsyaAllah kali ni baiklah hendakNya. Memang sejak sekian lama kalau kena macam ni, Dr kat Awan nilah yang ada buat untuk sembuhkannya. Macam maklang dah suspect, ni mesti sebab something wrong dengan telinga maklang. Sah2 Dr kata saluran telinga kiri ni tersumbat. ( padahal 2nd time ke Dr kat Kerteh, Dr dah cek telinga bila maklang suruh, tapi Dr kata tak ada apa2). So, Dr kat Awana dah kasi segala macam ubat untuk maklang. Letak ubat kat idung supaya dapat buka saluran kat telinga. Lega banyak. Tapi yang tak tahan bila dia bagi Zertec tu. Nasib baik makan 1/2 bj je. Kalau lah 1 bj plus ubat batuk mesti sehari suntuk, maklang tidur tak bangun2! Semalam tengahari je, lepas telan ubat batuk, tidur sampai ke petang. Sedar2 dah dekat 5:30pm, tu pun sebab Kak Ina call. Kalau tak mau, tertuang asar! Nasib baik tak!
Dr. kasi maklang 2 hari MC. Sejak 3 minggu ni dah 5 hari maklang MC. Tapi ni MC memang tak larat. Macam mana nak larat, ubat batuk tu memang drowsy sesangat! Harap2 by Sunday, maklang dah fully recovered. Masa awal2 tahun, jarang sakit, dah nak penutup tahun ni pulak asyik tak sihat...:(
++++++++
Semalam tengahari pun Cik Abang ada ajak anak2 buah yang perempuan dari office makan. Mereka nak datang tengok rumah dan RE maklang ..he..he..So, tukang masaknya ialah bibiklaa...Nasi Ayam. Bibik no.2 Along buat coklat kek, dan pembantu bibik no. 2, Angah buat cream caramel. Maklang buat air aje..he..he..Alhamdulillah..semuanya habis sebab maklang ingat ada 10 orang jer, tapi rupa2nya ada 15 orang. Sempat gak ajak Kak Bonda dan Shah dari ofis, masa maklang ke pejabat pagi sebelum tu...Meh kita layan gambar lagi...
Masa tetamu sampai, maklang baru aje nak letak topping. Main hentam aje...tengokla tu...sememeh jer...
Cream caramel bermadu by Angah
Nasi ayam dan lauk2 dia. Thumbs up untuk Bibik...sedaaaap....
Kak Bonda dan Kak Moon, dah lebih 20 tahun tak jumpa. Masa mula2 maklang dan Cik Abang berkenalan 20 tahun dulu, kami sama2 satu opis dengan kak Moon. Kiranya dah 20 tahun jugaklah maklang tak jumpa kak Moon, sampai lah last week bila Cik Abang kata, Kak Moon sekarang kerja kat office Abang for about 2 months b4 balik ke KL semula.
Beratur ye cik adek2 jangan rebut2...
Nampak cam berebut senduk jer tu..
Nasib baik beratur...:)
sambil berposing..
dan berposing lentuk lagi...
Dah on dah...
Semuga mereka enjoy all the food. And untuk adek2 yang berminat nak order RE maklang tu, mintak tolong hantar email ye..atau beritahu aje kod no. pada Cik Abang maklang...
Terimakaseh lah you all you all yang datang...
++++++
Cuaca masih sejuk...sedap tidur malam ni..dah pekena ubat batuk lepas Isyak nanti, lagilah lena InsyaAllah...he..he...
Selamat berhujung minggu dan tahniah untuk semua adek2 yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR!
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alamak! jeles nya tengok depa makannnnn !!!! hehehe
ReplyDeletemakan and tidur sejuk sejuk ni memang best in the world, macam kat London
ReplyDeletebestnya makanan tu maklang...
ReplyDeleteMak Lang, moga cepat sembuh.Amin. Kalau saya kat tempat cik adik cik adik tu pun, mahu saya juga berebut sebab tengok makanan yang menkecurkan air liur. Tengok gambar pun dah rasa kesedapannya. Belum lagi depan mata. Salute to Along dan Angah, sebab sediakan pencuci mulut yang menghairahkan. Chewah... ;)
ReplyDeleteFa,
ReplyDeleteTak payah jeles, kalau nak makan calling jer..nanti kita main masak2 dengan bibik...he..he..
TM:
ReplyDeleteMemang rasa macam kat London, cuma kat London pokok2 dia kelabu...tinggal ranting jer..kat sini hijau2 lagi...he..he...berangan jer jadik ler...nak pergi entah bila agaknya!
IMM:
ReplyDeleteSedap...aha memang sedap...bibik dah tere masak nasi ayam!:) Senang hati maklang...lain kali orang datang mintak bibik masak nasi ayam ker..maklang boleh rehat dah!:)
MLMW:
ReplyDeleteTak payah berebut...banyak ada tu...
TQ doakan maklang sihat...Alhamdulillah hari ni much better...InsyaAllah, hari Ahad boleh masuk kerja semula...Amin...
maklang,dok baca blog maklang pasal tdo,mummy tertdo dok tengok movie tadi..Hehe...ni nak off laptop ni.
ReplyDeleteUntunglah ada bibik yang tere:)
Goodnight..
semoga maklang cepat sembuh ya.
ReplyDeletealahai..mokcik pun terliur tengok makanan dan cara hidangan yang menggecurkan air liur nie hahahaha...ntah apa2 bahasa pepagi nie.
salam perkenalan mak lang, sebenornye lame dah skodeng blog maklang ni..bestnyer makanan ni semua...tp kalo sy buat nasi ayam...nasinya selalu lembik semacam...maklang bg la petua..maklang kalo nk cepat sembuh batuk..cuba maklang amalkan 1 sudu madu lebah setiap pagi Insya_Allah batuk akan berkurangan..saya pernah mengalami batuk yg berpanjangan macam maklang..disekolah langsung x boleh mengajar..selama 3 bulan saya batuk..ada kwn perkenalkan madu amazing yg dicampur habbatus sauda..saya amalkan habis 1 botol...Alhamdulillah sampai skrg saya tidak lg batuk2 ..tp sy masih amalkan minum madu tu..
ReplyDeleteLina
ReplyDeleteu suami isteri ni mmg pemurah..asyik jamu orang jer...
Semuga cepat sembuh yaa
Salam Mak Lang!
ReplyDeleteThanx for stopping by my blog.
Ni lawatan balas! Muahahaha....
Lapar lak datang ke blog Mak Lang ni, penuh dgn gambar makanan yg best!
Azwa,
ReplyDeleteKalau makanan tak sedap mana, tapi hidang cantek2 ..rasanya pun jadik sedap kot...he..he..
cikgu anie:
ReplyDeletemaklang dah cuba makan tadi. kebetulan memang ada abatussauda kepunyaan Atok. So, maklang pun makanlah tengahari tadi.Moga eloklah hendaknya...Amin...TQ
kak ezza:
ReplyDeleteLama tak nampak akak kat sini..
Alhamdulillah...moga rezeki kami dapat di share2 jugak..akak bila nak datang sini lagi, boleh makan2 lagi...InsyaAllah...
Versed Anggerik:
ReplyDeleteTQ datang singgah...maklang suka!
Meh datng betul2 kat rumah maklang...maklang masak2 kasi VA makan, nak tak??