Saturday, November 7, 2009

Mission Accomplished..

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah ku Syurga ku...Walaupun perjalanan tadi amat slow dan berhati2 sebab hujan terlalu lebat sampai tak nampak jalan. Sepanjang perjalanan, hujan lebat kat Karak dan juga di Temerloh area. Maklang tidor lena lepas Karak sebab dihiburkan sekejap dengan lagu Andrea Bocelli, Rahmat Ekamatra, Salim dan sekali sekala Ella Fitzgerald. Lagu tu dah best, tapi yang menyebabkan tidur tambah lena dengan penyanyi latar yang menyanyi dengan penuh semangat...Alhamdulillah dan terimakseh dengan dendangan yang sungguh merdu...:)


+++++++


Kali ini, mission ke Kuala Lumpur memang fully accomplished. Malah ada yang tak dirancang pun menjadi..Alhamdulillah...


Pagi Jumaat, selesai breakfast dengan roti canai frozen dan gulai daging dari Kerteh, kami pun bertolak untuk jalan2 melayan hobi Cik Abang...He..he...Puas hati dia dapat pergi tengok rumah cantik2 kat Kajang tu. Saje je tengok, suka2...hobilah katakan...

Lepas dari melayan hobi Cik Abang, kami menuju kearah PJ. Sementara Abang pergi solat Jumaat dengan Hakim, Cik Abang hantar maklang ke Amcorp Mall. Mulanya tengok2 pinggan untuk Wan Pari tapi bila tengok2, sendiri pulak terberkenan. Ada lah beli sedikit, sebab lama dah nak beli pinggan untuk kek yang ada kaki. Lepas tu, jumpa pulak teko2 kecik ...senang nak buat kopi untuk Cik Abang . Boleh tukar pakai teko2 yang ada ...:)

Then ke kedai buku. Bila Along dapat tahu mak dia nak pergi kedai buku, berpage2 dia sms title buku untuk dia. Biasalah tu.

Selesai beli buku, cik Abang yang dah selesai solat ambil kami untuk nak lunch. Sedap makan kat Haidramawt. Makan nasi arab. Lebih kurang dengan briani. Harga pun boleh tahan. Beli jugak baclava. Sedap tapi of course tak boleh lawan yang dari Simah.

Selesai dari situ, kami balik. Elok kami tiba rumah, busu dan agent untuk nak sewa rumah pun sampai. Layan2 agent tu kejap dan lepas tu maklang keluar ngan busu ke pejabat kawan kat Bt.Caves. Memang dah janji nak jumpa. Terlewat lah kejap sebab tersalah exit. Sempat jugak shop beberapa buah buku cerita. Yang best tu kawan maklang kasi guna discount card dia. 35% off! Seronoklah membeli belah buku2 cerita buat anak2.

Dari situ, kami ke jalan TAR kejap. Maklang borong riben. Balik rumah dah dekat pukul 8:00mlm.

Selesai solat around 9:15pm, kami ke rumah Alang. Seronok bila tiba rumah Alang, ada Ustaz Zahazan. Memang suka kalau dia kasi ceramah. Kat Tanyalah Ustaz. Lembut aje ceramah dia...Very soothing cara percakapan dia...

Kami tiba kat rumah kami dah hampir jam 12:oo..So layan bantal lah...


+++++

Pagi tadi pulak lepas2 goreng nasi ayam goreng ( leftovers dari Kerteh jugak), maklang mula berkemas. Pack segala pinggan mangkuk, alas2 katil, bantal2...Waa...penuh lah 2 kereta...Separuh balik JB, ikut Busu dan separuh lagi balik Kerteh. Nanti bila Busu ke Kerteh, dia akan bawaklah barang tu semua, InsyaAllah...


Sekitar jam 10, sepupu maklang dan keluarga datang visit kami. Datang dengan banyak nya makanan. Terimakaseh lah banyak2 kerana bawak makanan tu seme. Tak terhabis...:)

Highlite of the day was, kami dapat jugak pergi visit Tulippurple kat spital sebelum bertolak balik. Hmmm...tembannya baby dia, 4.2 kg. Tak berani nak geromol sebab maklang masih batuk selsema. Abang baby pun sempat ditidurkan oleh Cik Abang...Alhamdulillah Tulippurple sihat walafiat, and biasalah clad in purple....:). Ada ambil gambar tadi, guna camera fon. Tapi biarlah mak baby yang letakkan gambar anak dia dulu...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

6 comments:

  1. Eh dah balik? Alhamdulillah nasib baik tak terperangkap dlm mana mana banjir. Berjalan sakan di KL. Saya pun tak sampai lagi ke hadramawt tu, kat mana ek?

    ReplyDelete
  2. 2 hari sarat dengan aktiviti tapi sure seyum lebar sebab semua yang dirancang telah disempurnakan Alhamdulillah.

    besarnya baby tulipurple , rasa baru je lagi dia pregnant , dah keluar baby :)

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah.. segala perancangan berjaya di uruskan ..

    ReplyDelete
  4. TM: Hadramawt tu kat Jalan Raja Chulan..cuba lah pi makan...sedap tau!

    ReplyDelete
  5. Rina: Memang tembam anak dia...cute jer...kalau tak selsema memang dah digeromol!

    ReplyDelete
  6. Zino: Syukur, dengan pertolongan dari Allah semuanya berjaya dilaksanakan...Amin..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...