Assalamualaikum...
Hari ini hujan lebat. Masa awal pagi, nampak macam matahari dah mula menyinar. Ingat akan panas hari ini tetapi matahari acah2 jer rupanya. Dalam pukul 9 pagi, hujan mula renyai2. Jam 10, hujan dah mula lebat. Dan terus lebat sehingga petang. Sekejap2 hujan reda tapi kemudian lebat semula. Tengok kat longkang dapur tu memang air melepasi paling atas longkang. Bila tengok kat kolam ikan, seram pun ada sebab paras air dalam kolam dah sama dengan paras air kat atas tanah. Takut2 ikan keluar aje dari kolam. Nampak ikan2 pun berenang paras paling atas sekali.
Maklang pulak dalam hujan ni mata asyik nak lelap aje. Penangan ubat Zertec yang maklang makan malam tadi. Lepas dah siap bersiram, maklang turun ke bawah. Dah lambat masa tu. Ingat kan darling kepasar beli breakfast tapi hampa, tak ada apa rupanya. Terus mintak bibik rendam mee hoon, dan tumis2 bahan serta amek udang dan sotong segenggam, langsung gode2 jadilah meehoon. Pastu pujuk2 Wan tolong masakkan sup ikan merah yang dah lama maklang nak makan, tapi baru hari ini dapat ikan merahnya..Lepas dah pujuk Wan, maklang naik menjahit. Dan inilah hasilnya jahitan dari pagi sampai ke petang tadi , yg kat lengan aje!. Sebelah bahagian badan maklang jahit sehari semalam dan sebelah lagi was done about 4 months ago! By hook or by crook kena siapkan jugak b4 raya haji ni sebab tuan dia dah tanya...harap2 siaplaa...InsyaAllah...
Ini kat lengan dia
bahagian kat pinggan
close up
tengah badan. Pattern dia maklang ikut kat buku beli masa kat Bali ke kat Jakarta ari tu.
Bila dah petang, Hakim komplen kata tak ada apa nak makan. Dia dah lobby atok kata nak makan thosei. Sebab bapa mertua Cik Abang nak pergi, maka darling maklang pun bawak lah kami semua. ( Kalau tak memang tak lepas!). So, kami pergi laa. Nasib baik lah masa tu hujan cuma renyai2 je...Kalau pasal makan, semua nya enjoy! Senyum aje!
Tu atok sebenarnya gelakkan Wan kot, sebab ketawa dia semacam jer tu...ketawa ada makna tu..
Ini rupa orang nak dapat makanan
Macam baik aje...sebenarnya nak suruh Hakim cepat2 makan sebab dia nak jugak tu!
gambar ni Maya suruh ambek..
sejuk2 pun dia boleh nak ais kacang.
Maklang makan thosei sikit, roti canai sekeping, lepas tu share 3 orang sepinggan beriani ayam, buat rasa aje...
mee yang Maya order penuh dengan kulit ayam jer...
Akim kata ni buah kekabu...sedap...Akim suka buah kekabu! Seme gelakkan dia...ni buah kabung lah sayang....:)
Inilah suami ku tercinta dengan posing yang paling anak2 'suka'. Dengan mimik muka, yang anak2 kata...nak menganjing lah tu! ( kat sini kalau menganjing tu makna nya nak ejek2laa..bukan jadik anjing!)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al Quds Travel Welcome You :-
ReplyDelete"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
salam , ikan tak kan keluar dari kolam kalu tanah tak de air.
ReplyDeletesebab saya selalu letak hose pipe dlm kolam nak top up air kolam ikan koi. Pastu selalu terbiar overnight, air melimpah tapi ikan berenang diatas tapi tak kluar over.. sebab takde air di tanah yang bertakung.
infact bila letak hose kat belah bawah dlm kolam masz hari panas terik , dan biarkan air melimpah, bersih bawah kolam tu.sebab air tu membuak so the mendapan timbul dan hanyut..
reason hari panas sebb chlorine cepat evaporate.. after all it will mix with existing water in the pond. maka the chlorine pun diluted juga..
salam
ais kacang kat situ ok jugak sebab memang ada kacang dalamnya , kalau tempat lain selalunya tak de kacang atau dibubuh kacang tumbuk.
ReplyDeletehujan2 memang sedap makan2 :)
menganjing... dah lama tak dengar. orang johor je ke cakap cenggini ek?
ReplyDeleteanon,
ReplyDeleteikan2 maklang habis keluar kolam sebab paras air luar kolam dah sama paras dalam kolam. ikan2 kecik berenang2 keluar. dah banyak kali berlaku bila kena hujan lebat2..hari ni kami letak batu sebagai benteng supaya ikan tak keluar lagi. thanks anyway :)
Rina,
ReplyDeleteair kacang kat situ memang ok. Banyak dan padanlah dengan harga dia kan..
ayunasia:
ReplyDeletemenganjing tu cakap orang Terengganu.
maklang mula2 tak paham sebab tak pernah dengar orang johor cakap menganjing...
ok, dah bah kat luar kolam juga... kalau camtu hari panas kena letak bata skirting to raise the bibir kolam air boleh kluar tapi ikan takleh kluar.. atur tak terlalu rapat tapitak terlalu besar.. so air akan mengalir kluar tapi ikan takleh lepas..
ReplyDeletegoodluck
anon,
ReplyDeletethanks...nanti tengok bila dah panas mungkin kena naikkan paras kolam tu. Tadi yang kluar ikan2 kecik je. ikan besar pandai pulak duduk kat sebelah bawah kolam. sekarang masih hujan lebat lagi. kat barrack balai polis kat jalan besar dah masuk air. kesian mereka...mintak2 tak teroklah banjirnya di sini...
amboi meriah nya makan makan.. terliur di buat nya hehe
ReplyDeletesalam ml, kolam saya ,bibir kolam ada raised dgn slab dan from then kami level dgn bibir kolam but from the middle kami tinggikan slope baru kami letak batu sbg tembok (taller). jadi ok la..
ReplyDelete