Friday, January 2, 2009

Sibuknya ~ menjahit lagi..

Assalamualaikum... Bertemu lagi kita ye...


Pastinya seme dah tau yang semalam maklang bertemu dengan Mulan dan Rina. Memang pertemuan yang tak diduga. Sebenarnya maklang dengan Mulan memang sejak pagi dok bertalipon dan tak sangka bila beritahu Mulan yang Rina nak ke Kerteh, datang pulak idea dia nak get together. Biasa2nya maklang makan tengahari bersama Cik Abang tersayang, tapi semalam, I mintak diri untuk nak pi jumpa teman2 seperjuangan. Alhamdulillah permohonan was granted.

So, maklang redah ajelah hujan yang renyai2 tu nak ke rumah Mulan. Ni dah kali ke 3 rasanya kesana. Hmm..sesat lagi! Mana tak nya jalan yang Mulan duduk tu entry dia ada 2. Last2 kena call Mulan untuk nak tanya direction. Maklang tiba dulu dari Rina. Sempat jugak tengok Mulan dok menggoreng risolles. Rajin dia buat risolles and freeza kan...

As usuallah kalau bertemu tu, memang ada aje yang dibualkan. Bukan kisah orang tapi kisah kami sendiri..he..he... Maklang memang macam rasa tak larat tengahari tu sebab keletihan sebab dah 3 hari berturut dok travel KL-Kerteh- KL. Dok ghork rasanya...











Ini ciplak dari blog Rina...terimakaseh yer...harap tak marah maklang copy gambar ni...




Bila dah seronok bual..hmm...lambat ler I balik ofis tengahari semalam. Sekali sekala, tak pelaa...kalau selalu ada yang kena sound nanti!

+++++++++++++++


Balik dari ofis, terus lompat naik katil. Tapi tak leh pulak tido. Makanya, maklang menjahit RE pattern baru. Sejak seminggu 2 ni memang tak datang idea. Muak asik buat pattern sama, so malam tadi bila browse2 net ni dapatlah idea. Dapat pinjam camera Cik Abang ni ha, dapat lah jugak letak gambar. Selesailah menjahit RE semalam, dan petang tadi dah siap jadik beg pun. InsyaAllah besok boleh serah pada puannya..












Beg ni kecik aje...macam beg camera maklang yang lenyap entah kat mana..


+++++++++++++


Pagi ini ujan lebat. Sedapnya tido..Nyaman sekali...Ditemani rintik hujan...Hmmm...lama tak rasa cam ni. So, bila hujan2 ni memang rasa macam pagi aje...Tak petang2...

Alhamdulillah, lepas aje maklang goreng mee buat breakfast dan bersantap dengan Cik Abang ( kesian dia semalam bibik buat sup ikan dia complaint tak sedap...so pepagi ni kenalah masak pulak...), maklang dapat siapkan 3 helai seluar sekolah agama Hakim. Syukur. Then gunting tudung sekolah Maya. Siap dah. Then dapat jahit beg kecik tu...Then sempat tampal kan lencana sekolah kat baju Hakim. So, ni tinggal jahit samping sekolah Hakim aje. Kain tabilas, Maya akan pakai yang Angah punya aje. Cuma kena betulkan hook aje sebab perut Maya ni kecik aje as compared to Angah's.

Dalam pada sibuk2 tu, sempat jugak kami ke MM untuk makan tengahari. Dhirah paksa kami belanja dia makan sebab kejayaan dia tempohari. Nak makan thosei aje. Tapi hajat tak kesampaian sebab thosei mula di jual jam 4 aje. So, order ajelah entah apa2 aje. Yang kelakarnya dari 6 jenis yang diorder, 3 fail kata Cik Abang. Nasi ayam yang diorder pun Cik Abang kata, bibik buat lagi sedap! Hmm..tu perut orang lapar cakap tu, kalau tak ,sure apa yang dibeli tak di usik langsung!

Maya was so excited tadi sebab dapat ambik kain dia dari tailor. Tak menyempat nak pakai baju pengawas. Gelihati tengok dia.

Petang pulak Kak Ina datang. Ada hal yang nak dibincangkan...

++++++++++++

Alhamdulillah anak2 semenya excited nak ke sekolah. Malam ini semenya kena tido cepat....

Tapi mak dia boleh tido lewat..nak tengok movie yang Along download. Mintak dia hias rumah ni, dia buat donno aje...siapalah nak tolong maklang nanti...hu..hu...




Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

12 comments:

  1. lepas ni lebih kerap la tiga sahabat boleh bertemu hehe

    ReplyDelete
  2. masih sibuk buat RE maklang?hmm sibuk menyiapkan anak2 nak sekolah lagi eh ... slow2 kang sakit badan2 tu kalau rushing.

    ReplyDelete
  3. salam maklang,

    saya nak beg warna hitam, nak tote bag...corak bunganya ikut suka maklang ler...saya x kesah, janji cantik maklang tengok, dah okke dah.

    sebab nak tote bag, senang nak bawak p sekolah...sumbat aje sumer barang. boleh ke ?
    nak email kat saya pun okke, nak p blog saya pun ok...

    ReplyDelete
  4. ini email address saya

    az_iz82@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. salam,

    Ingatkan I je sesat nak ke rumah Mulan... hehehe.

    Thosei tu dia stop kejap tengahari nak bagi laku kari kepala ikan dia, pastu tu petang baru sambung jual thosei.

    Selamat ke sekolah pada semua anak-anak , memasing tak sabar nak pakai baju baru :)

    ReplyDelete
  6. .. relax2 lah maklang.. RE tu pun bila ada mood baru boleh buatkan.. orang menjahit ni memang macam tulah caranya.. kalau tak ada, tak nak pandang langsung mesin tukan.

    ReplyDelete
  7. sedapnya banana kat atas meja tu.. food lain tak nampak.. tapi semestinya sedap kan.. :)

    syoknya dapat jumpa kawan kawan kan.. tanpa gangguan hehee.. (gangguan encik husbands.. ;))

    ReplyDelete
  8. zino:

    belum tentu lagi tu...kalau masing2 tak sibuk, barulah boleh jumpa...

    Kak Elle:

    RE tu memang sibuk aje nak kena buat ni..entah sampai bila nanti tak berenti. Masalahnya kadang2 angin nak buat tu ilang aje...

    Tak rush, buat aje apa yang terdaya...

    ReplyDelete
  9. Jane:

    Maklang paham dah..nak tulis kat buku supaya tak lupa...

    Kak Ezza:

    Nanti maklang hantar email ye..

    Rina:

    Itulaa...nanti lain kali kena pegi lagi makan kat situ...tapi bila tu tak tak tahulah tu..

    ReplyDelete
  10. Ummi:

    Camna tak nak paksa buat? Due date dah dekat...so paksa jugak buat...kadang2 tu penat pun tak ada idea yang keluar, tu yang pi bloghop...

    Neeza:

    Pisang tu maklang tak makan pun sebab kekenyangan dek nasik kukus!

    ReplyDelete
  11. Saya nak bagi sikit cadangan ah maklang. Ape kate maklang try ikebana flower arrangement nyer style, simple tapi menarik.

    ReplyDelete
  12. saya first time bukak comen maklang. bestnye maklang, belajar kat mana wat sulam reben tu...cantik. sy teringin gak nak jait cam tu.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...