Showing posts with label Anak2. Show all posts
Showing posts with label Anak2. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Bz Bz ..lepas ni ZZZ

Assalamualaikum,

Maklang nak ucapkan terimakaseh lah buat kawan2 yang dok ucapkan dan doakan yang baik2 untuk Maklang dan Cik Abang sempena Anniversary kami yang ke 18 semalam. Syukur, masih ada yang sayang...he..he..perasan pulak I ni.

P/S: Zhr Znl, apasallah jarang sangat nampak bayang awak??, dan untuk NanaDJ kenapa maklang nak masuk blog awak tak leh...Share2laa... :)

+++++++++++++++++




BZ sekarang ni...BZ ya amat. Kat office biasa2 aje. Adalah package nak keluar besok lusa b4 raya. Tapi kat rumah ada projek nak kena siap jugak. Ni projek maklang dengan Kak Ina. Besar punya. InsyaAllah nanti kalau dah jadi, baru boleh cerita apa dia. Siapa yang dah tau tu...Shhhhhh...yang tak tahu, sabar eh...Cuma doakan ianya dapat selesai dengan jayanya...Amin...

Ni nak cerita pasal kisah hujan lebat last wiken dan gambar2 berkaitan dengan hujan...


Hari Sabtu, hujan turun dengan lebat sekali. Pagi dah hujan dan tak berenti2. Maklang tak masak hari tu sebab dah ada 2 bibik pelatih yang siapkan bahan2 utk tepanyaki atau kami panggil RAWA. Dia orang memang dah lama mintak. So, buatlah sementara ada ramai kat rumah. Busu baru sampai dari JB jam 1:30 pg Sabtu tu. Datang hantar kereta maklang yang penuh dengan barang dari rumah kat KL tu. Maklang cuma buatkan sambal udang kering cili api untuk cecah dengan the makanan.
Ini dua budak tembam. Dia orang nampak abah dia dok angkat batu untuk nak letak tepi kolam yang dah melimpah tu. Mereka pun join sekali. Seronok nampak mereka main ujan. Along, Angah , Maya seme main ujan. Kalau lah maklang sihat tak batuk2, harus main ujan jugak...Rugi...rugi...
Air berladung kat porch depan rumah. Ada kot 2-3 inci by night time. Nasib baik rumah maklang tinggi dekat 3 kaki dari ground level. Syukur tak apa2, kalau tak, puaslah nak mengemop bersihkan rumah. Barrack polis kat jalan besar memang naik air. Kesian. Semalam masa kami balik dari makan, ada kereta kancil masuk ditch...sampai separuh masuk. Kesian lagi. Agaknya dia tak perasan ada longkang kat jalan besar yang tenggalam dek air almost 2 kaki...jalan tu tutup tapi dia lalu jugak sebab nak pintas ke kedai kat jalan besar tu...
Ini batu2 yang Busu susun waktu tengahari. Bila petang, semenya tenggelam gak...Ikan berenang2 keluar dari kolam. Senang ati je ikan tu berenang2..Last2 tak tau kemana mereka di bawa air hujan yang berladung..
Waktu hujan2 memang sedap makan ni...kenyang seeh sampai ke malam!
Makan jangan tak makan...Wan tu dah kenyang ke belum?? Jeling2 jer tu??
Lepas dah makan, mehlah kita lelapkan mata...ni posing manja dari suami ku tercinta...
Dan posing maut dari Busu. Anak2 sedara punya keje lah ni...mak...pinjam camera nak amek gambar Busu kata Along...terpaksa potong bahagian bawah sebab kaki Busu seksa...he..he..sedap sangat duduk atas kosi urut tu sampai berdengkor2...bergegaran rumah maklang...ha..ha..

+++++++++
Ini pulak posing sempena ulangtahun ke 18 perkahwinan kami. Tak ada apa2 sambutan, cuma tengahari maklang ajak Cik Abang pi makan Pizza yang ada 3 types of cheese tu kat PH di MM.Of course lah Cik Abang belanja! Sedap gak. Bila jumpa kawan2 kat sana, ada lah 2-3 org yang maklang kenal...mereka tanya berdua jer ke...Aha lah, bila lagi nak ber2 camni..asyik berekor jer..Bila balik rumah petang tu , Maya naik angin dan Angah ungkit kata dah 2 kali mak kluar makan ngan Abah tak ajak kami..he..he..kasi canlah babe!:)

Hadiah tak ada laa tahun ni......Cukup lah dengan kasih sayang...he..he...yang berkekalan sampai akhir hayat..Amin...Tapi kalau tahun depan nak kasi maklang tak tolak ...hint..hint...


Pagi tu breakfast dengan kacang pool. Kawan maklang Puan N, belikan kat Singapore. Kat Malaysia tak jumpa lagi. Sedap tengok Atok dan Wan makan, sebab masakan tu sedap kot...ha..ha...


+++++++++

Atok, Wan, Busu dan family dah selamat sampai ke JB petang semalam. Mereka balik naik kereta maklang sebab kereta tu tinggi dari kereta atok. Mana tau kot2 banjir masa kat perjalanan. Nasib baik pun bawa kereta tu sebab kat Kijal, air naik semalam. Naik lah paras separuh roda kereta tinggi tu...

So, sunyi lah kejap semalam. Tapi tengahari ini Datok Kuantan pulak datang sini dihantar makde dan pakde. Lepas makan2 tengahari mereka balik kerumah mereka. Naik tengok rumah yang naik air...Entah macam mana agaknya keadaan rumah tu...

Alhamdulillah rumah ni, selalu ada tetamu..

Kita jumpa lagi ye..maklang nak ZZZZ dah...selamat malam...:) dan take care...Anak2 entah main apa entah..bising betul dari tadi..Almaklum besok tak sekolah :) Enjoy betul mereka tu...bilik ni pun ada dah tetamu..pantang ada offer!





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, August 30, 2009

Macam2 ada..

Assalamualaikum...


Hari Sabtu, kami buat kueh Raya lagi. Penatnya rasa. Mula jam 10pg sampai jam 4pm. Along tolong all the way. Maya dah tengahari baru tolong. Bangun lambat lah tu and Angah tak nampak kelibat, sampai mak dia naik atas nak solat Zohor baru nampak. Mintak dia tolong masak untuk berbuka aje.

Alhamdulillah dah siap 8 botol biskut Famous Amos tu. Semuanya untuk orang. Ada lagi 2 botol nak kena buat lagi and then kita buat untuk rumah dan untuk Wan. Tahun ini ada malas lah nak buat kueh. Penat kot. And banyak benda nak kena buat. Maklang tengah berangan nak jaitkan table runner untuk meja makan Wan dan jugak untuk meja kopi Wan...Jangan tinggal angan2 sudah. Tak dapat 2-2, dapat 1 pun jadilaa...Tempahan RE , masih ada. Maklang akan siapkan untuk yang nak pakai Raya aje. Yang boleh tunggu tu nanti ajelaa..He..he...nak gak buat untuk rumah sendiri jugak. Setakat ni, untuk rumah NIL. Ada biskut Raya aje..he..he..
Ini Famous Amos. Resepi memang maklang ambil kat site dia. Memang jadi rebutan ni...Alhamdulillah. Almond London dapat buatkan biskut dia dulu dalam 500+ biji. Masih lagi banyak jugak nak buat. Untuk rumah dan kawan maklang.

+++++

Sempat jugak maklang beradu petang semalam. Letihlaaa...Saje nak relaxkan badan...Lepas Asar, maklang turun. Tak berapa nak rush sebab nak goreng kuey teow aje. Hmmm...lepas tu as usual, bila dah kat dapur ni macam2 timbul. Abang ada beli sengkuang and mangga. Ni pasti nak makan rojak ini. So, buat pulak rojak. Kalau harap mee teow tu je, memang tak cukup. Jadinya macam2 lah ada. Burger ayam pun ada, tu maklang yang teringin. Lagipun hari maklang. Mulanya ingat nak masak sotong masak kari, tapi dah Abang nak mee teow, berkorban lah untuk suami tercinta. Masak ajelaa...


Maklang tumiskan perencah untuk mee teow, then Angah yang goreng. Bila Abah dia makan, dia kata, tak sama dengan yang mak goreng. Of cozlaa..Angah baru training...tapi oklaa...he..he...

The spread...nasib baik tak sampai ujung meja!...He..he.. Cukuplah sampai ke sahur mee teow tu. Tapi sahur bibik goreng kan nasi tak habis yang masih ada untuk sahur hari sebelum tu.
Mee teow by Angah..
Burger ayam
Rojak buat suami tercinta..
Pie ayam. Tinggal buat kulit aje. Sebelum basuh mixer untuk biskut tu, Along uli sekali untuk nak buat doh pie ( untuk 6-7 biji jer....) Inti memang dah ada kat fridge lebihan yang lama. Masin ya amat inti tu..he..he...Tak lakulaa...so, petang ni kita makan lagi lah benda ni. Mungkin letak sos kuranglah masinnya.. Bila dah buat pie ni...angah request pulak nak applie pie...bilalah nak buat tu...???




Kenyang betul semalam. Lepas terawih, pegang jap jahitan, tapi, mata kata, jomlaa tido! Tu yang tak sempat nak updet!

Untuk aint-superwoman, nanti maklang letakkan resepi kerabu sotong tu ( nak carik gambar dia..entah kat mana, nanti maklang letakkan kat blog masak). Untuk Mas Perlis, nanti maklang mintak tolong kat Along carikan resepi mud cake tu ye ( ada kat email dia)...bila besday Cik Abang tu.???


Hari ini, hari Along, dia nak makan spaghetti. Tapi Angah dan maklang tak suka. So, cadang2 nak masak sotong masak kari dan goreng ikan tenggiri. Abang pulak most likely berbuka kat masjid..sebab ofis dia ada masukkan account untuk buat makan berbuka di masjid hari ini....Mungkin Hakim tak ikut lagi sebab dia masih tak berapa sihat. Tonsil dia masih bengkak dan batuk dia masih ada...Cepat2 lah sihat hendakNya..Amin...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, May 5, 2009

Penatnya

Assalamualaikum..


Hmmm..Dah lewat ni. Mata tak ngantuk, tapi badan rasa penat. Orang sebelah dah lama 'menyanyi' ni...he..he...biarkan dia...rehat.


Tengahari tadi,bergelimpangan 2 beranak. Lepas makan tengahari, Cik Abang berehat atas katil. Letih benar sampai terlelap. Jam 2, lepas solat Zohor, maklang kata kat dia, maklang nak ke pejabat sendiri. So, tengahari ni drebar sendirilaa..Cik Abang tu keletihan sebab dia bangun awal tadi pagi,jam 4:00pg kata dia. Ialah flight dari Subang ke Kerteh, jam 6:30pg, jadi terpaksalah bersiap. Kalau ikutkan schedulenya, dia patut balik petang tadi, tapi sebab rindu kan isteri tercinta dia.....he..he...tak laaa..sebab ada hal yang di pejabat yang dia terpaksa nak kena buat jugak, maka terpaksalah dia balik pagi tadi. Lepas maklang hantar anak2 ke sekolah, maklang terus aje ke airport ambil dia balik ke rumah. Lepas dah siap2, kami ke pejabat bersama2. Manalah tak penat Cik Abang tu...Kesian dia, tapi nak buat macamana, dah tanggungjawab sebagai seorang pekerja kan...

Maya pun sama, balik sekolah terus terbaring, entah ye tidak tu...kot2 buat2 penat sebab malas nak pi tabilas...Trick lamaaa Maya...


===============


Ini sebenarnya tak ada nak report. Anak2 seme dah melayang entah ke mana. Petang tadi, ribut taufan sekejap. He..he..angin naik ke kepala lah tu..Tengahari tadi, makan bubur nasik aje, manalah tak angin. Maklang tak masak hari ni sebab kena hantar anak2 ke sekolah. Itu yang mintak bibik buatkan bubur nasi aje. Lagi pun dah muak makan nasik. Sekali sekala, tukarlah pulak...

Alhamdulillah, lepas Cik Abang balik dari pasar malam, dan lepas dah makan beberapa cucuk satay ayam dan lembu beserta kepok yang enak, redalah angin2 yang bertiopan kat rumah ni..he..hee..he.eeee...


Seronok, kejap tadi, maklang mengelat jap, cuti dari membuat tempahan orang. Maklang buat beg ni. Perasan pulak benda ni cantek...Untuk sendiri punyalaa kali ini...Happy!




Oklah, maklang nak out. Besok pagi nak kena bangun awal sikit sebab nak masak mee kari untuk 30 orang teman kat pejabat. Mintak2 sedaplah hendak Nya...Amin...







Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, April 9, 2009

Jom ..Jom...ikut...

Assalamualaikum...




Kejap aje dah Khamis. Pagi ini hujan renyai2 aje dan dah mulai lebat. Sedapnya kalau dapat tarik selimut kat katil. Tapi apakan daya...kerja memanggil ku untuk ke pejabat. Hmmm...


Pagi2 maklang dah sibuk mempack baju. Kami nak ke KL lagi. Kebetulan Cik Abang ada meeting kat sana. Mulanya ingatkan dia nak ke sana sendirian. Tapi rasa nak ikut pulak. Memang tak cadang. Pagi Selasa lepas, maklang hantar email ke Cik Abang..

" Rasa-rasa macam nak ikut aje ke KL"

Tu aje maklang type. Selang beberapa minit, dapatlah talipon...

"Jom..Jom..ikut...( perasan pulak dengar macam seronok aje...maklang dengar dia mengeluh 1-2 hari sebelum tu..."kalau pergi hari Khamis, Jumaat balik mesti ikut Kuantan"...)

Abang kensel lah eh tiket kapalterbang"


"Ok"



Malam tu, anak2 kasi surat kat kami. Rupanya ada klas tambahan. Hmmm...Macamana nak buat?Dah risau dah yang 2 kecik. Maklang kata ponteng ajelaa. ( bagus punya Mak ni!:) . Baru lega budak2 tu. Kesian pulak nak tinggal. Manalah tau nak ada klas. Kalau tau memang tak dikensel semua urusan tiket ke KL. Ni nak kensel susah pulak kang pihak pejabat. So, memontenglah 2-2 tu. Hakim pun tak sihat. Dah 2 hari tak ke sekolah. Tonsil dia bengkak lagi...Bujang sorang tu memang sensitif. Nampak lembik dan tak larat aje dia...

Along Angah tak ikut sebab Along periksa hari Sabtu ni. Angah ada klas tambahan kata dia. Nasib baik ada Pak Omar, mintak tolonglah Pak Omar hantar ambil anak2 yang 2 tu.

So, sebab nak pi KL malam ni, Along dah tanya tak ada 'jemputan' ke kat bilik mak malam tadi. Seronok betul kata ada 'jemputan'. Dah cadang2 dia nak menempek kat bilik kami. Tapi sebab adek2 yang 2 kecik dah cop dulu, penuh lah jadinya. Tak jadi dia menempek. Maklang tau, dia tu kalau mak and abah nak ke KL, tinggalkan dia mesti dia sedih. Menangis sampai menggugu! ( he..he...teringat diri sendiri masa kecik2 dulu..lebihkurang macam tu ler..nak buat macamana kan..). So, malam ni, agaknya lah dia tidur kat bili mak abah lah kot. Tak ada dekat, ada bau2 sudah lah kan...he..he..


++++++++++

Cadang2nya nak visit saudara tersayang kat KL ( mengikut kata Cik abang ler) - kedai riben, cottage craft, ikea etc. dan nak jumpa Fida nak ambil barang2 yang maklang pesan.. he..he...seronoks. Nak beli riben kaler merah menyala sebab kehabisan stok kat rumah tu, terpaksa stop bantal nikah kawan tu.

Kalau sempat nak gak sembang dengan mak teh, kalau dia nak datang rumah kami yang dekat dengan Clinic dia...

Malam mungkin melawat Alang and Co. on the way balik dari Shah Alam..Cik Abang ada urusan kat situ.


Kelas minggu ni tak adalah...cikgu2 nak rehat jap...


Jumpa lagi di minggu hadapan, InsyaAllah...










kesian bujang mak demam...:(










Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, January 4, 2009

Penatnya tak terhingga..

Assalamualaikum...






Hmmm...hari ini kena bangun pagi walaupun malam tadi tidur agak lewat. Macamana tak lewat, dok leka melayan ribbon maklang laa...padan muka. Sekarang ni dah keletihanlah pulak...





Anak2 memang berkobar2 nak ke sekolah. Senang kejut. Sedar dari tidur tadi around 6:15 am and lepas bersiap2 tu, maklang terus aje ke dapur. Since asyik kena complaint aje, makanan tak sedap, maka kenalah maklang bertugas semula. Senang aje, masak ayam kari hari ini. Then buat sambal belacan campur tomato and timun. Arwah MIL panggil pencuk ( Al Fatihah buat MIL. Diam tak diam beberapa hari lagi genaplah 5 tahun pemergian beliau. Moga di rahmati Allah hendaknya..). Then maklang tumis kuah untuk di letakkan kat brocolli dan shitake mushroom. Pesan kat bibik mintak celur aje sayuran tu, tapi bila kami balik lunch, di goreng pulak...hmmm...makan ajelah...Then mintak goreng ikan selar yang maklang beli kat supermarket semalam. Makanan pagi untuk anak2 was nugget ayam and beef. Maklang makan roti ajer...












By 7am gitu, seme nya dah siap. Tengok pengawas berbaju hijau tu excited bebenor! Memang selalu Mayalah yang paling berkobar! Hakim pun sama ari ni , pergi pukol 8, tapi @ 7 dah siap. Harap2 semangat berkekalanlah...




+++++++++





Kat ofis biasa je.. Kerja tak banyak. Hari ini meeting aje waktu pagi. Petang cek drawing pulak. Masih ada sikit lagi tak selesai. Besok akan mulai sibuk semula sebab orang di KL dan kawasan lain yang kami berurusan akan mula kerja lepas cuti yang panjang.


++++++++++


Petang lepas pejabat lepas ambik Maya, kami terus ke MM. Maklang kesian tengok tudung Maya yang berlapuk. Ialah pakai tudung entah tahun bila. Beli kain putih 3.4m @ Rm5.80 kot per meter untuk buat 3 helai tudung dia. Then beli Big Apple. Sesampai rumah tadi konon cariklah baju Maya yang baru buat last year. Hmmm...dah teruk jugak nampaknya. Kesian dia.....Apalagi..misi menjahit pun bermulalah lagi. Maklang gunting kain tudung 3 helai and baju kurung Maya 1. Mula ingat tak cukup kain tadi. Lepas tu bila adjust2 cukup untuk 2. Kain tu pun maklang beli masa nak buat baju Angah dan Hakim. Rasanya memang tak budget untuk Maya. Alhamdulillah cukup.

Dan Alhamdulillah, siap dah tudung Maya 3 helai dan maklang sempat sambung baju kurung Maya sehelai. Ada lagi 1 tak usik lagi sebab baru gunting. Nampak gaya malam ni memang no RE lah for me. Penat sangat dah ni, and mata pun dah layu bebenor..Jangan besok tak boleh angkat mata sudah...

Anyway..ni maklang nak eksen sikit...dapat hadiah dari Shah tadi..seutas gelang dari mutiara yang dia beli kat Sabah masa pulang ke sana tempohari dan jugak jade yang Pakcik dia bawak balik dari China...Alhamdulillah..rezeki jangan di tolak...Thank you Shah and Hidayah...

Tu gambar tulip dah siap dengan manik. Masih satu lagi on the way.











Besok malam kena start RE untuk Yana dan Aishah and prepare the kits untuk yang dah order. Sorrylah, lambat sikit sebab sibuk yang terlalu ni...




Untuk kak Bonda: Sowielaa..I tak sempat nak letak perhiasan kat rumah baru ni...tak reti sebenarnya and tak punya kelapangan lagi...:(

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, January 3, 2009

Sessi Persekolahan 2009 sudah tiba..

Assalamualaikum...




Hujan masih mencurah2 lagi kat luar tu....dah 3 hari berturut2 hujan. Yang seronoknya kena pulak waktu wiken...memang liatlah nak bangun pagi2 tu...sedap dengar rintik2 hujan..Tapi liat macamana pun kena jugak bangun sebab samping sekolah agama Hakim masih tak berjahit...







Lepas aje buat breakfast dan masak untuk makan tengahari..( kena masak tiap hari sekarang sebab Cik Abang asik complaint sebab tak berkenan dengan bibik punya taste!), maklang terus aje masuk bilik jahit. Alhamdulillah by 12:30pm siap lah 2 helai samping Hakim. Patutnya lebih awal dah siap tapi disebab kan masa nak pakai tu macam sempit aje...maklang terpaksa bukak balik kain tu and jahit semula. Leceh betul..





Tengahari tadi, kami ke Chukai. Terkopak beg duit...tau2 ajelah bila dah lama tak bershopping untuk barang2 dapur ni...banyak lah kena hangkut...dari barangan bilik air, ke sabun cuci kereta, semuanya kena beli..frozen food pun kena hangkut. Senang nak buat bekal untuk anak2 nanti...Sekarang ni barang makanan memang lah mahal ya amat...



Balik dari Chukai, maklang singgah beli lemang. Masa tu perut tengah lapar betul! So, singgah beli lemang sebab teringat ada rendang dalam fridge. Beli jugak biskut gulung dan jugak jeruk anggur dan jeruk mempelam. Teringin pulak nak makan benda tu...Lama tak makan...Sesampai aje ke rumah makanlah lemang and jugak sedikit nasi berlaukkan ikan kembong goreng berlada dengan sayur bende rebus. Sedapnya...sebab perut lapar nya...


+++++++++++++





Petang tadi dapat jugak maklang siapkan satu lagi Ribbon embroidery untuk nak buat beg kawan maklang kat JB. Ada 1 lagi tak siap. Nanti kalau semuanya dah siap, barulah di poskan.






Ini bunga yang maklang dok buat siang tadi...Alhamdulillah dah nak siap jadik beg dah...Lega...ada jugak yang menjadi, walaupun bunga nya pattern lama...













Yang ini lama dah terbengkalai. Kawan maklang tempah untuk nak dibuatkan jadik kusyen. Masih ada satu lagi belum siap. Yang ini pun kena nak letak manik2 ni dulu, baru jahit jadi kusyen,


Masa maklang sibuk2 buat embroidery tu, Paklang pulak sibuk gantung gambar kat ruang tamu....Seronok sangat dia bila tengok gambar tu dah tergantung. Dia beli masa kami ke Langkawi last month. Maklang tak sempat lagi nak tengok gambar tu..ni pun masa nak load gambar embroidery maklang, ada pulak benda tu kat phone Paklang. Tengok lah besok pagi baru maklang tengok...







+++++++++++


Anak2 semenya excited nak ke sekolah. Beg2 sekolah serta kasut semenya dah tersusun kat depan pintu bawah.




Besok pagi anak no. 1-3 akan ke sekolah macam biasa dihantar oleh Abah mereka. Maya masih kat sekolah rendah and Angah akan memulakan sessi 2009 kat sekolah menengah. seronok sangat dia nak masuk menengah. Along dia siap dah kasi warning supaya jangan buat hal. Maklumlah Kakak dia pengawas and tak mau lah adek dia buat kecoh! Kena warning siang2 sebab Angah ni memang terkenal pasal bising dia...Hakim pulak tahun ini sessi petang. Pagi besok dia akan ke tabilas. Kami akan hantar dia sebelum kami ke pejabat. Pulangnya pulak akan dijemput oleh Aunty Mulan. Terimakaseh banyak2 kerana sudi nak tumpang kan Hakim...


Waktu ni, anak2 seme dah kena paksa tido dah..kalau tak, takut besok liat nak bangun...


Mak dan Abah doakan moga2 tahun ini akan membawa kejayaan buat anak2 mak yang tersayang...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, January 2, 2009

Sibuknya ~ menjahit lagi..

Assalamualaikum... Bertemu lagi kita ye...


Pastinya seme dah tau yang semalam maklang bertemu dengan Mulan dan Rina. Memang pertemuan yang tak diduga. Sebenarnya maklang dengan Mulan memang sejak pagi dok bertalipon dan tak sangka bila beritahu Mulan yang Rina nak ke Kerteh, datang pulak idea dia nak get together. Biasa2nya maklang makan tengahari bersama Cik Abang tersayang, tapi semalam, I mintak diri untuk nak pi jumpa teman2 seperjuangan. Alhamdulillah permohonan was granted.

So, maklang redah ajelah hujan yang renyai2 tu nak ke rumah Mulan. Ni dah kali ke 3 rasanya kesana. Hmm..sesat lagi! Mana tak nya jalan yang Mulan duduk tu entry dia ada 2. Last2 kena call Mulan untuk nak tanya direction. Maklang tiba dulu dari Rina. Sempat jugak tengok Mulan dok menggoreng risolles. Rajin dia buat risolles and freeza kan...

As usuallah kalau bertemu tu, memang ada aje yang dibualkan. Bukan kisah orang tapi kisah kami sendiri..he..he... Maklang memang macam rasa tak larat tengahari tu sebab keletihan sebab dah 3 hari berturut dok travel KL-Kerteh- KL. Dok ghork rasanya...











Ini ciplak dari blog Rina...terimakaseh yer...harap tak marah maklang copy gambar ni...




Bila dah seronok bual..hmm...lambat ler I balik ofis tengahari semalam. Sekali sekala, tak pelaa...kalau selalu ada yang kena sound nanti!

+++++++++++++++


Balik dari ofis, terus lompat naik katil. Tapi tak leh pulak tido. Makanya, maklang menjahit RE pattern baru. Sejak seminggu 2 ni memang tak datang idea. Muak asik buat pattern sama, so malam tadi bila browse2 net ni dapatlah idea. Dapat pinjam camera Cik Abang ni ha, dapat lah jugak letak gambar. Selesailah menjahit RE semalam, dan petang tadi dah siap jadik beg pun. InsyaAllah besok boleh serah pada puannya..












Beg ni kecik aje...macam beg camera maklang yang lenyap entah kat mana..


+++++++++++++


Pagi ini ujan lebat. Sedapnya tido..Nyaman sekali...Ditemani rintik hujan...Hmmm...lama tak rasa cam ni. So, bila hujan2 ni memang rasa macam pagi aje...Tak petang2...

Alhamdulillah, lepas aje maklang goreng mee buat breakfast dan bersantap dengan Cik Abang ( kesian dia semalam bibik buat sup ikan dia complaint tak sedap...so pepagi ni kenalah masak pulak...), maklang dapat siapkan 3 helai seluar sekolah agama Hakim. Syukur. Then gunting tudung sekolah Maya. Siap dah. Then dapat jahit beg kecik tu...Then sempat tampal kan lencana sekolah kat baju Hakim. So, ni tinggal jahit samping sekolah Hakim aje. Kain tabilas, Maya akan pakai yang Angah punya aje. Cuma kena betulkan hook aje sebab perut Maya ni kecik aje as compared to Angah's.

Dalam pada sibuk2 tu, sempat jugak kami ke MM untuk makan tengahari. Dhirah paksa kami belanja dia makan sebab kejayaan dia tempohari. Nak makan thosei aje. Tapi hajat tak kesampaian sebab thosei mula di jual jam 4 aje. So, order ajelah entah apa2 aje. Yang kelakarnya dari 6 jenis yang diorder, 3 fail kata Cik Abang. Nasi ayam yang diorder pun Cik Abang kata, bibik buat lagi sedap! Hmm..tu perut orang lapar cakap tu, kalau tak ,sure apa yang dibeli tak di usik langsung!

Maya was so excited tadi sebab dapat ambik kain dia dari tailor. Tak menyempat nak pakai baju pengawas. Gelihati tengok dia.

Petang pulak Kak Ina datang. Ada hal yang nak dibincangkan...

++++++++++++

Alhamdulillah anak2 semenya excited nak ke sekolah. Malam ini semenya kena tido cepat....

Tapi mak dia boleh tido lewat..nak tengok movie yang Along download. Mintak dia hias rumah ni, dia buat donno aje...siapalah nak tolong maklang nanti...hu..hu...




Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...