Saturday, May 16, 2009

Can breath.... a bit! :)

Assalamualaikum...

Terimakaseh atas semua nasihat tu, tak sempat lagi maklang nak balas...Sibuk..sibuk...teramat sangat!

+++++++


Alhamdulillah...maklang dah boleh dah bernapas sikit. Tapi sikit aje tau...masih banyak yang terbengkalai. Rasa bersalah pulak pada Kak Ros sebab tak sempat kot nak siapkan jahitan RE kat baju dia. Punya lah leceh nak jahit kat baju ni...kecik2 sangat bunga dia...banyak pulak tu. Anyway, maklang dah call dia kata tak sempat nak siap b4 cuti ni. Maklang nak kena siapkan pakaian anak2. Tu pun semalam Wan dah tolong jahit seluar Hakim 5 helai. Maklang tinggal letakkan getah aje. Alhamdulillah. Baju maxi Maya yang dah digunting dekat 3 minggu lepas pun Wan dah sambungkan tadi. Tapi tak tau lah Wan sempat tak siapkan semuanya. Wan dah nak balik besok pagi sebab dia pun ada urusan untuk di selesaikan b4 cuti sekolah...


Masih ada 1 beg RE yang di pesan. Entahlaa..maklang nak kena hantar mail jugak kat dia. Mintak tunda....Maklang tak boleh dah nak menjahit banyak sangat sebab perlukan rehat dan perlu nak membaca. Urusan pada waktu cuti sekolah tu amatlah penting. Kalau ada yang nak marah sebab tempahan tak sempat tu, maklang mintak maaf lah banyak2...InsyaAllah maklang akan siapkan lepas cuti sekolah ni...

Memang sebenarnya maklang merancang nak siapkan semuanya. Rasanya macam dapat siapkan, tapi kita merancang tapi Allah yang tentukan. Nak buat macamana, usaha dah kuat dah tu. Sekarang tinggal beg untuk maklang nak bawak ke seseorang yang akan kami lawati, InsyaAllah dan jugak beg bibik untuk dia buat kenangan bila pulang ke Indonesia nanti. Mintak2 by mid week, maklang dah boleh relax. Telekong2 Maya pun Maklang nak hantar tempah aje. Yang ada dah terlalu buruk! Untuk maklang dan anak2 yang 2 besar tu maklang akan buat telekong kosong je, tak payah lah sulam2.. Moga Allah perkenankan doa maklang untuk menyiapkan segala yang dirancang! Amin....

Hari ini satu hari kami pergi belajar. Mulanya di masjid jamek Kemaman, then ke rumah Ustazah Ngah kat Kijal. Memang tak rancang nak pergi sessi petang tapi sebab sessi pagi tu tak berapa nak faham (Ustadz tu cakap pekat betul! he..he..), so maklang sms Ustadzah Ngah kata kami nak join sessi petang. ALhamdulillah terang sungguh apa yang dinyatakan. InsyaAllah akan attend lagi. Anak2 especiallynya kena dengar betul2...maklang pun kena jugak dengar betul2...Almaklum apa yang kami belajar dulu dah nak lupa2 sebab dah lama ditinggalkan dan tak dipraktikkan...


Apa yang menyebabkan maklang tonggang langgang were these...Hadiah untuk cikgu2 Along yang dah banyak mendidik dan memberi Along semangat sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Thanks Angah kerana tolong kemaskan Yassin dalam beg tu...he..he..


















And many thanks to Angah jugak sebab dah banyak guna butang2 maklang untuk nak membuat kad 'burfday' yang dia baru jumpa pagi tadi...












































Dalam maklang sibuk2 tadi, sempat jugak maklang curahkan tepung2 dalam breadmaker tu. Pukul 9 lebih tadi, Maya naik ke bilik kata breadmaker berasap! Rupa2nya roti terlebih naik and tepung dia terkena kat besi breadmaker. Apalagi, maklang keluarkan dari breadmaker, then susun panjang, and off they went into the oven. approx 20 mins kot, baunya mengharum naik ke atas...Dan Angah ke bawahlah mengambil sebuku kecik....sedapnya...boleh Atok dan Wan buat bekal ke JB...




































Untuk semua guru2 yang di kasihi...kami sekeluarga mengucapkan...


SELAMAT HARI GURU....JASA MU TAK TERDAYA UNTUK KAMI BALAS..

Good nite...kena tidor dah sebab besok kerja..hu..hu..


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

14 comments:

  1. Mana tak lelah, tu dia hasilnya.... alhamdulillah syukur anak2 dapat guru yang cemerlang yang tak jemu mendidik dengan sepenuh tenaga , anak2 pun memang cemerlang . The teachers memang deserve those beatiful RE bags .

    Selamat berehat sebelum berjalan jauh . I pun nak kirim sedikit barang buat teman yang jauh tu,InsyaAllah I ke Kerteh awal minggu depan.

    Take care !

    ReplyDelete
  2. mak lang...kena byk berehat...

    ReplyDelete
  3. salam maklang,

    heheh, tudung yg saya order tu, lambat pun tak pe maklang... asal maklang ade masa buat & cukup rehat...

    kreatif nya kad berbutang2 tu... mujur le makbondanyer baik hati mensponsor butang2 tu... ekekkk

    roti pun swedap.. amboi maklang, buka bakery pulak... macam2 ada lah maklang ni, tokey REW, tokey restoren, tokey susi, tokey bakery... :D

    ReplyDelete
  4. Mak Lang, is it your bday?

    Kalau ya, "Selamat Panjang Umur". Kalau bukan bday pun, ucapan "Selamat Panjang Umur" still applies...

    ReplyDelete
  5. makin sibuk maklang ni hehe

    ReplyDelete
  6. Dah bolih tarik nafas sikit ye maklang...nak rehat tu bak kata wanmommy nak berjalan jauh tu.

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday to Maklang. Nak berhijrah ni kena rehatkan badan, semoga dapat mengerjakan amal ibadah dengan senang....

    ReplyDelete
  8. memang seronok la cikgu cikgi mendapat hadiah beg RE yang cute2 ittewww...sesuai dengan jasa mereka mendidik anak kita hingga berjaya dalam pelajaran kan.

    maklang kena bawa berehat...lepas berehat tu, insyaAllah idea untuk RE lebih mencurah2 lagi kut.

    ReplyDelete
  9. mak lang...now count after me...breath innnnnnn, breathe outttttt, breathe innnnnnn, breathe outtttttt....rest jgn tak rest!

    ReplyDelete
  10. MAKLANG OOO MAKLANG..rehat la sayang oi...nak berjalan jauh dan beramal ibadat tu perlu tenaga yang banyak.Semuga semuanya selamat, sihat dan sejahtera seluruh keluarga...

    ReplyDelete
  11. mak lang...
    roti 2,kasi tapau ya!!

    ReplyDelete
  12. ish ish iisshhh.. buat bertenang maklang.. ayam panggang jamuan hari guru tu tak cukup tau.. jilat jari je dapat seketol..!!

    ReplyDelete
  13. salam tuan umah..tumpang lalu..suka tengok sulaman2 reben kat website nie..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...