Monday, August 24, 2009

Happy Birthday Maya Sayang

Assalamualaikum...





Sudah 3 hari Ramadhan berlalu. Betapa cepat masa pergi.

Alhamdulillah malam ini punya sedikit masa untuk mencoret sedikit cerita di sini.

Maya 11 tahun hari ini. Tiada sambutan atau makan diluar. Kami cuma ke Kedai Kek Rahsia kat MM selepas pulang dari pejabat. Langsung cari kan kain lining untuk baju Raya Wan. Lambat betul tahun ni untuk preparation baju2 Raya. Besok baru maklang hantar kan ke Kak Ton, taylor kami yang setia. Lambat pun sebab maklang cuma mintak dia jahitkan cuff kat lengan baju. Bukan tak boleh buat sendiri, cuma nakkan sentuhan Kak Ton yang halus tu..As usual, untuk Hakim dan Abang, busu yang akan shoppingkan kat JB. Banyak jugak choices kat sana. Tambahan rumah Wan cuma 5 minit dari kedai2 besar kat sana. Tak kuasa maklang nak ke kedai. Nasib baik ada Busu. Thanks a lot for always being there for us...May Allah murahkan rezeki Busu sekeluarga..Amin...




Pulang dari MM, cabut tudung, langsung ke dapur. Berperang dengan periuk dan kuali. Alhamdulillah dara no 2 dan 3 sibuk menolong kat dapur ( Along dan Bibik tengah sibuk mengganti langsir kat ruang tamu - buat masa ni supaya bibik taklah penat sangat nanti. Lagipun cuti sekolah). Dalam hampir 2 jam, siaplah maklang masak nasi tomato berlaukkan ayam kormak seta salad telur dan jugak paru goreng kicap pedas. Alhamdulillah selamat dah...cuma ada sedikit lagi untuk bersahur besok.

Ini lauk kami buka tadi.



Lepas selesai semuanya....sesi Maya potong kek. Kali ini tak ada nyanyi, tak ada tiup lilin, sebab semuanya sibuk nak pi tarawih!



Sejak 2 hari berpuasa memang tak masak yang pelik2. Semuanya upon request. First day, turn Abang, then mak, then Along , Angah, Maya dan Hakim.

First day, Abang mintak masakkan chicken cashew nut aje. Sayurnya sawi Jepun goreng dengan cendawan butang. Hari kedua, sup sayur dengan bebola ikan, sambal ikan tenggiri yang Abang nak makan. Hmmm...siap dia tanya resepi macamana buat sambal ikan tu. Ha...ha...sedap sangat dan kena ngan tekak dia lah tu..Alhamdulillah...Maklang memang seronok, kalau masak, Abang suka makan. Anak2 pulak, maklang goreng kan garam kunyit aje ikan tenggiri. Alhamdulillah 2 hari, lauk nya tak ada yang lebih banyak2. Habis licin adalah...he..he..


Kadang fikir lauk apa nak masak untuk buka ni memang fenin sikit. Sebab tulah kasi turn untuk sorang satu. Barulah tak payah pikir!

Selamat berpuasa semua...dan moga Ramadhan kali ini membawa berkat untuk kita semua...Amin....


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

13 comments:

  1. Happy Birthday Maya !!

    Semoga menjadi anak yang pintar , sihat dan solehah.

    ReplyDelete
  2. hppy Birthday Maya sweetie...semuga membesar jadi anak solehah, berjaya dubua dan akhirat.

    cikMilah suka sangat tengok gambar Maya.. senyum selalu, sweet jer orangnya..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi tomato... Ngam ngam ngam... Bila le Cath dapat rasa nasi tomato maklang... Aduhai!

    ReplyDelete
  4. happy birthday Maya.
    Bagus tu maklang bila ramadan kawal makankan, he, he....
    saya pula rasa kalau makan telur dadar hari-hari pun ok saja, tak berselera lah pulak nak makan macam2 cuma mengenangkan yang lain, tu kena juga masak lauk pauk.

    ReplyDelete
  5. Rina:

    Terimakaseh..:)

    Cik Milah:

    Terimakaseh Cik Milah...

    Maya kalau senyum memang manis, cam Abah dia..he..he..

    Kalau time masam, asam jawa sebesen pun kurang masam dia..ha..ha...

    ReplyDelete
  6. Cat:

    Marilah singgah teratak kami, InsyaAllah boleh masakkan...:)

    Zany:

    Thanks for the wish!


    Memang kena kawal makanan tu..kalau tak nanti penuh fridge tu!

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Lama dah I tak singgah. Memang kurang aktif pun semenjak dua menjak, ni baru nak try aktif blogging balik. Anyway selamat berpuasa to Mak Lang sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday Maya... semoga menjadi anak yang solehehah dan cemerlang dunia dan akhirat

    senyum simpul dapat potong kek ya..

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Maya dan selamat berpuasa untuk semua.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik dah habis berbuka kalau tak mmg terliur...

    Happy birthday Maya

    ReplyDelete
  11. 11 tahun ..??

    sama umur dengan anak pB no tiga tu ....

    tapi dia bulan sebelas ....


    happy beeeelaaatedddd besdayyyy

    ReplyDelete
  12. HAPPY BIRTHDAY MAYA...!!! stay sweet..!!! maklang masak mesti abis punya..!!

    ReplyDelete
  13. salam Mak Lang,
    sedap nya nasi tu .. meleleh air liur :~

    Selamat berpuasa .. :)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...