Tuesday, January 20, 2009

Rebutan

Assalamualaikum...

Hari ini pagi2 lagi maklang bersiaran... Baru aje lepas menumis lauk. Hari ini goreng Sabah vege bersama tahu lembut aje. Bahan tumisan dah siap, sayur nanti tengahari bibik akan masukkan. Buat sos lemon chicken buat tambah yang masih ada sikit lagi kat fridge dan kemudian buatkan inti telor bungkus. Bibik akan buat kulit telor tu dan kemudian buat ayam salut tepung. InsyaAllah OK sebab dah banyak kali buat. Itu aje buat makan tengahari ini. Memang biasanya malam2 dah tanya Cik Abang or anak2 nak makan apa untuk hari esok. Kalau pagi2 nak pikir memang jem otak..tak tau nak masak apa, and bahan beku tak boleh nak defrost cepat2..




Sebab ringkas aje masakan, maka dapatlah maklang duduk sat kat PC ni sebelum siap nak ke ofis.


Badan tak berapa sedap ari ini. Lesu2 macam nak kena flu. Penat agaknya semalam drive sampai ke Gebeng. Pagi2 masa nak pergi tu belakang dah terasa sakit, tapi sebab ada hal penting yang tak boleh nak tunggu2 kenalah pergi jugak. Then kat sana adalah dalam 3-4 jam nonstop punya kerja. Then travel balik pulak. By the time tiba rumah dah pukul 4 ptg. Berkejar pulak nak solat. Lambat betul! Malas nak solat kat masjid sebab kadang2 datang perasan was2 sebab toiletnya ada bau yang agak tidak menyenangkan...Maaf berkata begitu sebab itulah realitinya. Ada jugak terfikir nak singgah kat rumah Rina, nak tumpang solat, tapi tak apalah...takut pulak mengacau orang tengah rehat2 waktu petang. Mungkin lain kali..lagi pulak tak ada janji2 nak bertemu...


Malam biasalah dengan kerja2 yang patut dibuat. Tapi yang best maklang tengok 24, season paling baru , dload dari internet. Best betul!

++++++++++++++++


Hakim pulak sejak ari Khamis lepas jadi rebutan dek ibu2 yang kukasihi...Kak Liza dan Mulan...He..he...tak sangka bujang maklang ni orang nak rebut nak ambik dia balik dari kelas Tabilas. Sebab kat sini susah nak cari bas, maklang at first mintak tolong Mulan sebab anak dia sama sekolah dengan Hakim.. Lepas tu tengok ada bas masuk situ, ingat kan naklah suruh Hakim naik bas aje, tapi Mulan insist nak hantar. Oklah...terimakaseh banyak2. Then ari Khamis lepas, masa maklang on the way nak ke Gebeng, Kak Liza call kata dia pulak nak hantar Hakim. Oklah apa2 lah asal Hakim sampai rumah..Memang kak Liza duduk dekat dengan kami, tak sampai 1 km pun kot. Lepas tu hari Ahad, peristiwa yang sama berlaku..he..he...Terharu maklang bila ada yang prihatin tentang anak2 maklang. Maklang doakan moga2 jasa baik kalian termasuk Asiah akan Allah balas ye...Terimakaseh teman2 ku sayang...


Dan buat Wan , ni hasih sepenuhnya yang dah dijahit..Wan suka sangat kat ros pink tu...Enjoy Wan...Insya Allah kita jumpa Jumaat nanti...Rindu kat Atok and Wan...lama tak jumpa!


ni antara bahan2 untuk nak buat jadik handout di kelas jahit. Leceh nak buat sebab kena ambik langkah demi langkah, tapi seronok bila dah berhasil!

















Ni jahitan yang dah siap. Ros pink tu yang Wan suka sangat. Tak tahu nak jadikan apa jahitan itu..Any idea???


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

20 comments:

  1. Masak memasak sikit punya banyak jenis kerr maklang kata simple huhuhuhu..bertuahnya famili maklang. cam azwa nie sempat buat sup ayam, mee sup segala2nya sup jer la huhuhuhu...

    comellll2 la RE tu...

    ReplyDelete
  2. seronok la hakim ramai yg ambik berat.. hehe

    ReplyDelete
  3. dpt jiran yang prihatin ni , memang satu rahmat

    ReplyDelete
  4. alahai maklang, saya kan surirumah sepenooohh masa, bukanlah susah bebenor nak amik hakim tu. tapi kalau suruh dukung hakim balik, mau saya surrender kot. he he, bila hari saya susah nanti, saya mungkin mintak maklang tolong jugak..

    ReplyDelete
  5. salam,

    Kalau bila2 lalu Cukai, singgah aja rumah I, tapi semalam kami ke kuantan airport hantar zaid and the gang .

    I tengok RE tu lagi pening fikir macamana boleh jadi cantik camtu , memang berbakat betul maklang .

    ReplyDelete
  6. Azwa:

    Biasa aje tu...gempak je lebih..Masak simple2 aje sebab semua bahan dah siap blend dalam fridge, jadi bila nak masak, tinggal cedok2 aje. Kalau semua nak buat waktu pagi memang tak dan..

    Tq for the compliments for the RE..

    Zino:

    Alhamdulillah ada kawan2 macam tu disekeliling!

    ReplyDelete
  7. pB:

    Syukur di beri teman2 yang baik hati macam mereka..orang berbudi kita berbahasa kan...

    Mulan:

    Thanks a lot for your kindness! Tak kiralah suri rumah sepenooooh masa tulah yang sibuk...Macam kita ni nak berjumpa pun makan berbulan kan..mana lah nak bertemu, sorang keje, sorang pulak asik keluar masuk hantar anak2. Jangan kata suri rumah tak buzy. Pada maklang suri rumah lah paling sibuk!

    Takkanlah nak suruh duduk Hakim, mau patah pinggang kang! he..he..

    ReplyDelete
  8. Rina:

    Memang selalu jugak meeting kat Gebeng. Kalau dah dekat waktu nak balik, boleh lah singgah. Kalau tak nanti takut tak sedap pulak merayap waktu pejabat.

    Nanti cukup bulan masa penyerahan itu, kita dating nak macam ari tu..seronok jumpa kawan2 ni...thanks for being my friend!

    Jangan lah bersedih..maklang pun sedih jugak bila Rina sedih...nanti ada rezeki, InsyaAllah jumpalah tu..cuti March ni boleh terbang ke sana kan...take care ye!

    ReplyDelete
  9. cubitkan sikit pipi si Hakim tu maklang..kan dah jadi rebutan.

    ReplyDelete
  10. kak elle:

    ni mak and abah dia dah nak cubitkan ni...

    makin manja sibujang tu...

    ReplyDelete
  11. takdek orang nak masak untuk neeza huhuuuuu... pinjam bibik maklang boleh?? hehehe...

    RE tu boleh buat beg kot maklang..

    ReplyDelete
  12. maklang..
    surirumah pun kdg2 takdan nak masak.. tak sempat dok bkejor dgn anak2.. sempat masak nasi, kalo si kecik tak ngamuk buley le goreng ikan ker, masak sayur campur, & sup, then tumbuk sambal belacan.. menu yg simple & cepat siap.. tp kena masak kalut2.. kalo si kecik buat perangai, alamatnyer call ayahnyer 'order' beli kat kedai ajer ler..

    ReplyDelete
  13. klu ateh jadi mcm hakim best gak tu..ade jugak org nak berebut.hahhaha.

    ReplyDelete
  14. kak yong:

    memang betul tu...surirumah lah yang paling sibuk...tapikan sekali sekala seronok jadik suri ni...tak ada sape nak 'control' masa buat kerja kat dapur tu...sendirik jadik BOSS!

    anyway..take care dik!

    ReplyDelete
  15. Neeza,

    Kalau Neeza dekat memang maklang masakkan and hantar lauk kat Neeza. Order ajelaa...Apakan daya...

    Dah biasa jaga orang sebelum dan selepas melahirkan ni...Kesian betul! Nak2 masa tak leh makan tu...pernah dulu maklang masak tiap2 hari bawakkan makanan untuk officemate sebab dia tak lalu makan makanan kat kedai! Seronok dapat berbakti!

    Take care dear!

    ReplyDelete
  16. Ateh:

    maklang ingatkan ateh dah ada yang punya...abis tak maulah kena rebut2...kang ada yang jeles pulak..ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  17. neeza:

    Tertinggallak..tq for the idea..akan difikirkan nanti nak buat apa...kecik sangat pulak RE tu!he..he..kena tampal kain lain kot!

    ReplyDelete
  18. wah.. hakim jadi rebutan gitu.. dah hero nanti jadi rebutan heroin ler pulak.. :)

    ReplyDelete
  19. Beautiful!!
    Kind regards,

    Sonnja & Bear Zonn

    ReplyDelete
  20. maklang,
    cane ek nak wat kuntuman rose? riben brp mm? cane step dia? ley dak maklang tunjuk siket, ala demo siket2.

    makasey maklang.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...