Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Friday, February 27, 2009

Jahit dan masak..

Assalamualaikum...


As usual kalau nak hari Jumaat memang rasa best sangat. Tak payah terkejar2 nak pi ofis. Ni pun baru sudah masak pagi ni sebab nak ke Chukai. Ada majlis silaturrahim yang dianjurkan pihak syarikat tourism yang bawak kami pergi haji beberapa tahun lepas.
( mana tau ada rezeki nak pi pulak tahun ni untuk umrah...rindunya dah...)


Maklang sibuk sangat sekarang sebab nak kejarkan dateline tempahan pouch yang maklang baru upload kat blog jahit. Alhamdulillah tuan punya nampak gembira dengan hasil tangan yang itu. So, kalau boleh nak siap b4 cuti sekolah nanti.







Semalam sebab dah terlalu lapar b4 balik lunch, masa makan nasi tu terpikir apa pemanis mulut yang nak di makan. Kalau ada coklat dari towkay coklat kan best. Tapi jauh sangatlah pulaknya..he..he..Last2 maklang campur aduk tepung, gula, susu dan air and gaul. Lepas tu mintak bibik goreng. Dapat bawak 2 tupperware besar untuk adek2 dan abang kakak kat opis untuk menikmatinya...tak sedap pun tak apa, asal ada yang nak makan. Alhamdulillah licin semuanya..( tak sedap pun kalau kat opis tu tolak batu dan kayu je..he..he..)

Selamat berwiken semua...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, February 19, 2009

Jaja Kraf

Assalamualaikum...


Ni maklang tengah nak cuba masuk kontes ni kat JAJA KRAF. Lama dah skodeng kat sini tengok kraf menarik dari Jaja...Kali ini sebab dah n3 ke 50, jaja ada buat giveawaylaa...Cuba lihat kat sini



+++++++++++++++++




Minggu ni macam biasa sibuk. Kat opis dah relax habis start ahad lepas, tapi kembali sibuk hari Selasa. In fact besok pagi pun kena pergi ke Gebeng nak meeting lagi. Keadaan projek macam dah tak leh nak cakap dah sebab sesuatu telah berlaku last week. Tak payah cerita sebab ianya sangat menikam kalbu. Tapi tak adalah sampai nak menangis menggugu...kita sabar ajelah..Ini ketentuan Allah...ajal maut dan rezeki semuanya di tangan Yang Maha Esa...Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan menerima segalanya dengan hati yang tenang dan bersabar, Insyaallah ada yang lebih baik menanti di hadapan. Moga2 apa yang berlaku ini ada hikmahnya...Amin.



Doa2 moga ada projek baru untuk minggu mendatang, InsyaAllah..Sekarang ni masa Boss2 pulak sibuk untuk mencarikan kami kerja...




++++++++++++++


Maklang paling sibuk kat rumahlaa. Pening kepala nak pikir kerja2 yang banyak menimbun. Bila dah sibuk bebenor ni mulalah dalam kepala otak ni nak buat macam2 untuk sendiri. Bukannya nak abiskan kerja yang ada...he..he...Mintak maaf bebanyak pada yang masih menunggu. InsyaAllah dapat lah tak lama lagi...Yang penting buat benda menjahit ni tak boleh stress nanti tak menjadi...




So, dalam pada pening and penat sempat maklang buatkan lontong pagi tadi untuk sarapan -untuk menghilangkan stress. Lagipun dah 2 hari berturut2 tengok kawan kat opis tu makan lontong. Dapat jugak bawak ke opis sedikit untuk adek kakak kat sini makan...Sampai ada yang komen...akak ni kalau tak ada kerja, banyaklah makanan kat opis..he..he..Berangan pulak, kalau lah boleh bawak piuk, waktu tak ade kerja ni jom kita masak pulak kat pantry..ha..ha..ha...Minggu depan kutip duit kita makan mee Bandung Muar pulak...berangan lagi lah tu...he..he..












Hmmm...Lontong Johor dengan sambal udang manis2 kesukaan buah hati maklang...siapa lagi kalau bukan Cik Abang tercinta...

P/S: Nek rock, Lieen, Cheq jemput makan ye...












Shah datang lewat. Nasib baik sempat jugak makan semangkuk..












Ni tangan Kak Bonda, tengah nak sendok lauk...













Hmmm...makan jangan tak makan...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, February 11, 2009

Kisah duka dan suka..

Assalamualaikum...


Maklang agak sibuk 2-3 hari ni kat pejabat...Meeting lepas satu-satu...


Pagi tadi pun ada lagi meeting lagi Tak abis2. Pulang ke bilik lepas meeting, dapat pulak berita tak baik. Ada melalui hp, ada jugak melalui mail. Kawan lama kami semasa belajar kat luar negeri dulu telah pun pulang ke rahmatullah tanggal 8 hb February yang lepas, akibat cancer payudara. Baru aje minggu lepas maklang bertanya pada kawan2 maklang yang lama tak berhubung, mengenai kakak sorang ni. Rupa2nya beliau sedang tenat ketika itu. Moga2 roh beliau dicucuri rahmat...Al Fatihah..


Itu kisah duka waktu pagi. Hidup harus diteruskan...


Waktu petang pulak lain kisahnya..


Maklang terima email dari seorang teman semasa sekolah menengah yang hampir 3 abad kami tinggalkan. Rupa2nya, dia nampak nama maklang kat dalam one of the mails yang dia terima dan terus aje hantar email kat maklang. Maklang pun apalagi, search for the company's name and bila dapat phone no. tak tunggu lagilah terus aje talipon dia. She sounds like dolu2 jugak. Tapi kata dia sekarang dia dah jadi champion. Champion in sizelaa he..he... Seronok betul dengar suara dia. Hilang rasa rindu...Dah cadang2 nak buat reunion kat JB masa raya nanti..InsyaAllah...

Last 2 weeks pun macam jejak kasih. Dapat banyak email dan phone no. teman2 masa belajar dulu...Tu satu lagi reunion nak kena arrange. Bila lah nak carik masa...


Itu saje buat hari ini. Tapi sebelum tu maklang nak letakkan gambar food lagi hari ini...enjoy....












Ini pokok kedondong kat depan rumah...Sebenarnya tak ada niat pun nak letak kat sini, tapi sebab buahnya melayut2, geram pulak maklang tengok...

Nanti sebelum Wan dan Atok balik, buah ni akan dipetik untuk nak bawak balik pada Tok Busu kat Jb..














Gambar daun turi ni untuk teman2 yang bertanyakan pasal daun turi ...daun turi tak sama dengan daun cekor manis tau...Lain memang selain2nya..













Ini pulak lauk tengahari tadi, labu masak lemak. Makan dengan sambal belacan dengan ikan sepat and terubuk masin...hmmm...tambah 3 kali you...











Anak2 pulak mintak Wan buatkan pengat pisang. Kiranya specialty Wan lah ni...sedap...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, January 20, 2009

Rebutan

Assalamualaikum...

Hari ini pagi2 lagi maklang bersiaran... Baru aje lepas menumis lauk. Hari ini goreng Sabah vege bersama tahu lembut aje. Bahan tumisan dah siap, sayur nanti tengahari bibik akan masukkan. Buat sos lemon chicken buat tambah yang masih ada sikit lagi kat fridge dan kemudian buatkan inti telor bungkus. Bibik akan buat kulit telor tu dan kemudian buat ayam salut tepung. InsyaAllah OK sebab dah banyak kali buat. Itu aje buat makan tengahari ini. Memang biasanya malam2 dah tanya Cik Abang or anak2 nak makan apa untuk hari esok. Kalau pagi2 nak pikir memang jem otak..tak tau nak masak apa, and bahan beku tak boleh nak defrost cepat2..




Sebab ringkas aje masakan, maka dapatlah maklang duduk sat kat PC ni sebelum siap nak ke ofis.


Badan tak berapa sedap ari ini. Lesu2 macam nak kena flu. Penat agaknya semalam drive sampai ke Gebeng. Pagi2 masa nak pergi tu belakang dah terasa sakit, tapi sebab ada hal penting yang tak boleh nak tunggu2 kenalah pergi jugak. Then kat sana adalah dalam 3-4 jam nonstop punya kerja. Then travel balik pulak. By the time tiba rumah dah pukul 4 ptg. Berkejar pulak nak solat. Lambat betul! Malas nak solat kat masjid sebab kadang2 datang perasan was2 sebab toiletnya ada bau yang agak tidak menyenangkan...Maaf berkata begitu sebab itulah realitinya. Ada jugak terfikir nak singgah kat rumah Rina, nak tumpang solat, tapi tak apalah...takut pulak mengacau orang tengah rehat2 waktu petang. Mungkin lain kali..lagi pulak tak ada janji2 nak bertemu...


Malam biasalah dengan kerja2 yang patut dibuat. Tapi yang best maklang tengok 24, season paling baru , dload dari internet. Best betul!

++++++++++++++++


Hakim pulak sejak ari Khamis lepas jadi rebutan dek ibu2 yang kukasihi...Kak Liza dan Mulan...He..he...tak sangka bujang maklang ni orang nak rebut nak ambik dia balik dari kelas Tabilas. Sebab kat sini susah nak cari bas, maklang at first mintak tolong Mulan sebab anak dia sama sekolah dengan Hakim.. Lepas tu tengok ada bas masuk situ, ingat kan naklah suruh Hakim naik bas aje, tapi Mulan insist nak hantar. Oklah...terimakaseh banyak2. Then ari Khamis lepas, masa maklang on the way nak ke Gebeng, Kak Liza call kata dia pulak nak hantar Hakim. Oklah apa2 lah asal Hakim sampai rumah..Memang kak Liza duduk dekat dengan kami, tak sampai 1 km pun kot. Lepas tu hari Ahad, peristiwa yang sama berlaku..he..he...Terharu maklang bila ada yang prihatin tentang anak2 maklang. Maklang doakan moga2 jasa baik kalian termasuk Asiah akan Allah balas ye...Terimakaseh teman2 ku sayang...


Dan buat Wan , ni hasih sepenuhnya yang dah dijahit..Wan suka sangat kat ros pink tu...Enjoy Wan...Insya Allah kita jumpa Jumaat nanti...Rindu kat Atok and Wan...lama tak jumpa!


ni antara bahan2 untuk nak buat jadik handout di kelas jahit. Leceh nak buat sebab kena ambik langkah demi langkah, tapi seronok bila dah berhasil!

















Ni jahitan yang dah siap. Ros pink tu yang Wan suka sangat. Tak tahu nak jadikan apa jahitan itu..Any idea???


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...