Wednesday, January 14, 2009

Suram...

Assalamualaikum...

Assalamualaikum….


Entah kenapa yer..sejak 2-3 minggu ni tak rasa macam selalu. Rasa macam sedih dan suram aje. Cuaca diluar pun sama...Rasanya masalah keluarga tak ada, masalah kerja pun setakat ni boleh handle lagi…entah kenapa rasa tak tenteram. Mungkin disebabkan oleh isu semasa dunia kot. Tiap hari melihat kekejaman manusia terhadap orang yang tidak bersalah. Sesak nafas bila melihat gambar2 kekejaraman Zionis. Menitis air mata melihat seorang kanak2 lelaki dipegang oleh askar rejim tersebut dan kelihatan seluar anak tersebut basah sebab ketakutan. Gambar tu dah lama dalam mail, tapi dihantar berkali2 oleh kawan2 disebabkan oleh peperangan yang sedang berlaku…Kesian tengok mereka. Kalau dibandingkan dengan keadaan kita kat sini, memang jauhlah bezanya…Itupun kita masih komplen lagi kan…Mesti nak selalu muhasabah diri dan kena selalu bersyukur dengan apa yang ada kan…maklang ni ingatkan diri sendirilah ni…


Semalam dapat berita yang tak berapa baik. Ada pulak yang hilang wang kat ofis ni. Bukan sedikit, banyak. Wang kutipan untuk nak beli baju sukan. Kesian dia. Duit tu letak dalam laci berkunci kat tempat dia. Kami rasa orang dalam yang punya kerja. Sebab tak ada pun kesan kopakan kat mana2. Si pencuri tu tahu pulak kat mana wang disimpan. Kunci yang dah di sembunyikan pun dia boleh jumpa. Entahlah kan…Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sekarang pihak pejabat sedang berusaha untuk buat solat hajat. Biar dia pulangkan wang tu. Tak tau siapa pun tak apalah, asal pulang kan duit tu…Hmmm…


Maklang kenalah lebih berhati2. Selama ini kalau balik makan tengahari, dompet maklang tinggal begitu sahaja dalam bilik ni. Tak berkunci pun. Terletak aje atas meja. Memang biasanya tak ada apa pun. Tapi bila dah jadi gini, kenalah lebih berhati2. Ada jugak duit dalam diary tu maklang simpan, in case terdesak. Sekarang ni semua kena jagalah…susah pulak jadiknya. Kami doakan semuga yang mengambil tu memulangkan semulalah duit tu…


Petang semalam seronok sebab sekali sekala bertandang rumah teman seperjuangan. Suami masing2 tak ada, jadik dapatlah berbual dengan santai. Bual pasal apalagi kalau tak pasal riben. Teruja tengok design baru dia. Rupanya design tu ada dalam buku yang dipinjam dari maklang. Kalau ikutkan nak aje maklang potong kain malam tadi jugak nak buat pattern yang sama. Tapi hajat tak kesampaian..Biasalah…kerja2 lain menunggulaa…nanti2lah, kalau ada masa, maklang nak buat jugak…entah bila nak siap pun tak tahu. Rasa macam masa waktu malam tu pendek sangatlaa…Kadang2 timbul rasa nak ambik cuti nak buat kerja2 tangan maklang ni…tapi tak sampai hati sebab kerja2 kat pejabat ada yang perlukan perhatian.


Hari ini rasa seronok sebab dapat membahagiakan hati seseorang…Alhamdulillah…

Dan untuk yang ingin nak join klas sulam riben yang akan diadakan di KL pada 24hb January @9.00 am kat Jalan Kucing sila hantar email untuk keterangan lanjut. Email maklang is nazdin_2000@yahoo.com.

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

20 comments:

  1. MakLang...pencuri tu tak takut ke amik duit orang..Kalau orang tak nampak..tapi Allah nampakkan?

    ReplyDelete
  2. Maklang...kejadian mencuri di pejabat memang selalu ada...ini adalah kerja2 mereka yang tak ada amanah...

    ReplyDelete
  3. Maklang,
    Sekarang ni tak boleh percaya sangat dengan orang, kena ada sikit rasa curiga.

    ReplyDelete
  4. Mak Lang, Jalan Kuching Kuala Lumpur ker, kat mana situasi nyer dan pukul berapa :)

    ReplyDelete
  5. kadang2 yg kita sangkakan kawan tu juga yang mengenakan kawan!
    hati2lah maklang ye...

    saya selalu juga terkena.....ermm!

    ReplyDelete
  6. merbahaya tu kalau org dalam yg buat kerja kan?baik jgn bawak duit banyak sgt maklang dan wallet tu jgn aje campak atas meja ... pencuri tak tau dlm ada $$ ke tidak...kang important cards pun di amek nya.

    ReplyDelete
  7. kawan yang makan kawan nieee


    kalau terdesak sgt pun , jangan ler mencuri

    pinjam dulu dgn kengkawan lain

    cukup bulan bila dpt gaji , bayor lar balik ..

    ReplyDelete
  8. pencuri ada dimana2, tambah2 masa2 cenggini yang sedang mengalami masalah ekonomi suram...kat pejabat lama azwa pernah berlaku. bila tengok kat cctv kenampakan la ada pak guard masuk pejabat awal pagi....

    ReplyDelete
  9. Isyh, isyh beraninya Maklang tinggalkan dompet macam tu... zaman sekarang ni kalau dah terdesak nak duit, orang boleh buat apa saja. Cara mencurinya tu obvious sangat kerja orang dalam kan?

    ReplyDelete
  10. salam ,

    Rasa suram mungkin juga sebab hujan belum reda, tiap hari awan mendung aje.

    Mencuri dalm laci yang berkunci, nampak memang berani betul si pencuri, harap dapat balik duit tu, kesian pulak yang bertugas pungut duit tu .

    ReplyDelete
  11. Dear Mak Lang

    Bila barang or duit hilang, memang rasa frust, marah and macam macam lagi kan. Kesian yg hilang duit, dah lah duit tu orang lain yang punya. Sure tak tentu arah. Moga moga jumpa balik. Padan lah mak Lang suram, cerita sedih aje.

    ReplyDelete
  12. macam trend kan.. dalam office ada pencuri.
    dulu masa neeza kerja pun gitu jugak.. duit hilang. banyak pulak tu.. tapi diorang tahu sape pencurinya..
    ada kawan neeza tu hilang duit kat office tapi pursenya jumpa kat restoran.. diorang tahu sape punya kerja sebab memang orang tu dah selalu buat kerja gitu..

    ReplyDelete
  13. mak lang,
    moga Allah memberikan kemenangan kepada saudara2 kita di Palestin. Moga puak Zionis dinyahkan daripada bumi Allah ini..

    P.S: Hati den yang sekeras batu ini boleh menangis tatkala menatap wajah2 mereka di kaca Tv atau news.

    ReplyDelete
  14. mak lang,
    kalau tak gi mana2, nak jugak join. Jalan kuching kat mana tu?...

    ReplyDelete
  15. Mak Lang,

    Ya betul kata Mak Lang tu...kita rakyat Malaysia tak kira apa kaum dan ugama harus bersyukur dgn keamanan negara kita. Sejak saya berada di Bangladesh ni, saya became more aware of how lucky we are living in a peaceful and harmonious country. Let that be the way always.

    ReplyDelete
  16. alolololo..mak lang jgn cedih2..nnt moyok je muke tu..klu bab kekejaman tu kite kene semangt tau jgn cedih..nnt ateh cedih lak..hihihihi.

    bab duit hilang tu memang tak boleh di maf kan..sesedap je nak amik duit org kan..org sekrg ni mak lang memang tak boleh caye..rambut je warne warni..hati tu hitam legam..hihihihi

    ReplyDelete
  17. Tirana;

    Allah memang nampak segalanya...Kita aje yang tak tahu takut..Tapi kalau kita nak tuduh tanpa sebarang usul periksa mana boleh kan...

    Kak Anie:

    Dulu2 adalah...tapi dah lama tak ada...bila pindah opis baru ni baru jadik balik. Orang pun dah ramai...

    ReplyDelete
  18. manlaksam:

    betul tak semua orang boleh depercayaikan...kena hati2

    MLMW:

    Kalau nak join hantar email, nanti maklang kasi detail yer..

    ...?

    Betul AbeId...kena hati2 sangat..manusia ni bermacam ragam kan..tak semuanya baik...

    ReplyDelete
  19. pB:

    tak de benda nak makan tu..makan kawanlaa

    Kak Elle:

    Ya..akan berhati2 lagi, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  20. eeiiiyy.. bior betol dalam opis ada orang curi duit. zaman sekarang ada lagi ke camtu, tak takut ke kena cekup..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...