Thursday, April 2, 2009

bz -bz

Assalamualaikum...

Sekarang kat opis dah tak boleh nak melayari internet. Banyak dah kena block. Penangan musim tak banyak projek, ramai yang berlayar kat alam cyber. Last2 kena block sebab system jadik slow.

Maklang sekarang pun sibuk kat opis. Tak sempat nak kemana, lompat sana sini pun tak. Ni dah malam baru dapat bukak PC. Mana taknya mabuk menjahit sejak pulang dari opis petang tadi.


Start sambung kusyen untuk kawan since pukul 6:00 ptg. Peritnya Ya Allah. Kain tebal, 2 kali jarum mesin patah dan sekali jarum mesin jahit tepi patah. Rugi! Sebab sibuk menjahit tak sedar Cik Abang dah sampai dari KL. Naik Firefly tadi pagi. Rasa macam dia meeting kat sini aje, sebab pergi pagi, petang dah muncul.

Maklang siap jahit 2 sarung kusyen pukul 7:30pm. Lama betul. Pening dan berpeluh menjahit. Kawan kata semalam, nak ambik petang Jumaat, tau2 tadi pagi dia email kata nak datang petang ni...hmmm...menggelabah ler. Syukur dah lepas dah benda tu ke tangan dia. Dia singgah tadi 7:30pm. Alhamdulillah...

Lepas dia balik, maklang solat dan makan. Teringin nak makan sup tulang. Baunya mengharum ke atas. Tau2 bibik kata, dah selamat semuanya. Ingat nak lah makan roti cecah sup. Sedapnya....Tapi malang sekali, kuahnya dah kena buang. Dah memang bukan rezeki. Siap Isyak, maklang jahit baju Maya lagi. Alhamdulillah siap dah.. Barulah nak updet.

















haaa...mek ni pasal bergaya...serah aje laa..he..he..

Ni nak jawab tag ni... Puan Rina...bacalah ye..
1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
News ke Discovery Channel ke or kadang dia asyik tukar channel aje…kadang lama berhenti kat rancangan Tamil…entah apa yang berkenan pun tak tau laa…TV tu kalau he’s in the room. remote tu dia control ler..maklang layan cerita kat PC ni!.

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand Island.

3. What's one food he doesn't like?
Hati ayam, hati lembu, telur ikan, telor itik, almost semua organ dalaman tak makan except paru goreng garing sangat.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Apa yang dia rasa nak makan dan air pun ikut angin laa...

5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di Kuantan .

6. What size shoe does he wear?
9.

7. If he was to collect anything, what would it be?
Painting. Tiap kali pergi jalan mesti nak cari painting. Ada sebag painting batik dia beli masa kerja kat Jakarta entah beberapa tahun yang lampau..Asal bahagia sudah…he..he...

8. What is his favorite type of sandwich?
Semua sandwich yang sedap sukalaa….

9. What would this person eat every day if he could?Rojak…any kind of rojak

10. What is his favorite cereal?
tak suka ..taklah…tak leh tanya banyak2 tu…tengah penat sebab baru balik dari KL…

11. What would he never wear?
baju made of kain sutera lembik2 tu…sure basah lencun!

12. What is his favorite sports team?
Entah…tak ada kot!

13. Who did he vote for?
Undi anda adalah rahsia…

14. Who is his best friend?
Tak taulaa kan…tak leh tanya sekarang ni….

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
So far, tak ada komplain pung…

16. What is his heritage?Asal usul Melaka…panggil apa ek?

17. What is his favourite colour?
Putih…Maklang pun suka tengok dia pakai shirt putih 100% koton. Nampak kemas sekali.....

18. What is his habit?
Ni tak leh tulis. Dia memang baca blog ni selalu. Silap tulis kang telinga takut jadik merah.

19. What is he proud of?
Tak de kot? Sebab semuanya hanya sementara

20. Lastly, do you think he will read this?
Definitely..sebab tu tak mau tulis banyak2..he..he..

Boleh tak tak sambung tag. Tapi kalau Kak Liza rajin sementara nak rehat dari buat resepi tu, silalah sambung tag ni..


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

11 comments:

  1. Salam pagi Jumaat,

    Thanks jawab tag, rugilah tak dapat tau habit paklang ... asal usul Melaka, baba nyonya kot.... gurau je .... hehehe.

    ReplyDelete
  2. Mak lang

    jarang lelaki suka Putih, mesti hubby mak lang ni pembersih orangnya.. :)

    ReplyDelete
  3. mak lang

    jarang lelaki suka white. Mesti cik abang ni pembersih orangnya.. :)

    ReplyDelete
  4. Untunglah Maya... banyak dapat gown. Si Tembam tak nak gown ke?? ( Sorrylah lawak tak berapa pandai!!)

    Pak Lang pandai berdondang sayang tak???

    ReplyDelete
  5. maklang,
    dah dua kali saya copy paste resepi maklang masuk blog saye...harap maklang dapat halalkan yer.

    semua resepi maklang saya nak try...laksa yg saya buat semalam tu resepi maklang teramat mengancam...

    tqvm sebab sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  6. salam maklang

    cantiknyer maya bergaya dgn gown baru... bestnye kalo saya pun pandai menjahit.. boleh jahit gaun baby2 dara yg 2 org ni...

    ReplyDelete
  7. hahhaa!! undi adalah rahsiah ye maklang... ;)

    ReplyDelete
  8. rina:

    takleh dedah banyak2..he..he...

    Zar:

    Memang dia suka putih..putih dan 100% koton!

    ReplyDelete
  9. mamamia:

    kadang usik gak bila dia komplain asik buat baju kakak dia...paklang berdondang sayang kadang2, tapi kalau berclassical song selalu...sama ngan Hakim...suka beor Pavarotti tu..he..he..

    nestum:

    eh...keluar tajuk...gunalah resepi maklang tu...maklang pun rasa seronok bila orang guna resepi maklang...

    terimakaseh kembali kerana rajin nak mencuba!

    ReplyDelete
  10. kak yona:

    maklang tengah seronok buat baju kembang. Bila maya dah besar ..tak ada lagilah nampaknya...tunggu cuti atau anak2 sedara pulak , kalau rajin!

    cubalah jahit, senang aje kak yong!

    neeza:

    undi adalah rahsia..he..he..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...