Sunday, April 5, 2009

Kerja tak habis2

Assalamualaikum...


Ni maklang ambik nafas sekejap. Terlalu banyak benda yang nak diselesaikan dalam masa terdekat ni. Rasa macam tak tercapai aje. Macam biasalah waktu wiken, serupa tak ada rehat. Ke sana ke mari menyelesaikan segala apa yang tak dapat di selesaikan waktu weekdays.


Selesai Subuh Jumaat lepas, terus aje tangkap kain2 untuk nak dipotong. Sempatlah nak jahit beg RE separuh jalan sementara Cik Abang ke pasar beli barang2 basah. Maklang tak ikut sebab banyak kerja nak buat. He..he...menjahitlaaa...Cepat pulak Cik Abang pulang dari pasar. Tak sempat pun siap beg RE tu.


Kami ke Kuantan lebihkurang jam 9.oo pagi. Maya sejak malam dah siapkan baju yang nak digayakan hari Jumaat. Bujang mulanya tak mau ikut, tapi entah macamana nak pulak. Nasib baik Cik Abang patah balik sebab maklang tertinggal tali pinggang sakti maklang...Takut jugak jalan2 tak berbengkong ni. Kang bengkok pulak...

Tiba di Kuantan, kami tujui KSH. Terlupa ada temujanji dengan Dr maklang. Terlewat hampir sebulan ( tak cukup 2 hari kot) sebab ingatkan bulan 4, tapi rupanya bulan 3! Sambil2 menunggu nak pi x-ray, ternampak kelibat Kak Odah, student yang ambil kelas RE...Moga Kak Odah cepat sembuh dari segala penyakit..Amin....

Alhamdulillah, Dr tengok xray and kata, InsyaAllah seme OK. Jangan tambah bebanan sudah, takut jugak pinggang tak kuat kang...Temu janji akan datang ialah dalam masa setahun lagi. Kalau ada apa2 masalah barulah datang lagi.

Then ke kedai frame. Cik Abang nak frame gambar yang beli dari Bali, tempohari. Tak lama ladi, rumah ni jadi art gallerty lah agaknya...he..he...kalau ada sesapa nak beli, maklang naaaaaakkkk jual..he....he..

Dari situ , Cik Abang hantar maklang and Maya ke East Coast Mall. Inilah 1st time dapat meronda sikit sebab Maya lapar sangat. Kami ke Johnny. Seme dia nak makan...maknya pun samalaa..he..he..tunggu Cik Abang dan Hakim pulang dari solat dan makan sama. Then kami ke Carre4 untuk beli bahan dapur. Sempat beli barang untuk buat sushi...Last week ada cikgu sushi datang ajar macam mana nak buat. Video dia ada pada Along. Entah bila boleh letak kat sini.

Then maklang pujuk paklang ke kedai pinggan mangkuk yang maklang dah survey b4 makan. Hajat hati nak beli mangkuk sampan besar untuk nak isi rojak. Lately ni minat pulak pinggan2 putih ni. Dapatlah apa yang dihajati. Bila keluar kedai Cik Abang siap nyanyi lagu happy besday...Alamak takkan tahun ni hadiah pinggan je kot...Maklang nak Epal tu....:)

Lepas tu hantar mesin untuk servis and then terus ke rumah Datok. Lepas maghrib kami bertolak balik ke Kerteh. Letih dari pagi tak ada rehat. Malam tu pun tidor lewat gak, melayan DVD yang Along dload tu. Dekat kol 2 baru tido. Besok tu mulalah hoyong hayang sampai ari ni.

++++++++

Sabtu was fun. Kali ni ada 7 students semenya. 9 termasuk cikgu2. Kecoh sekali. Tapi enjoy sangat. Usik mengusik aje ..he..he..Alhamdulillah seme enjoy. Ingat nak ambik gambar semua, tapi terlupa. Nasib baik sempat ambil gambar hasil tangan Kak Odah yang kat bawah ni. Cantekkan...


Maklang berkenan betul yang kaler autumn ni.







Petang kami ke MM lagi. ( pagi sebelum klas kami dah rempuh MM. Teringin pulak nak makan thosei. Along frust tak dapat ikut sebab ada kelas lagi!). Hantar Along ke sekolah sebab ada bbq, then terus ke MM. Angah nak beli buku so, maklang menyibuk beli kain sepasang lagi buat Maya. ( Hampir siap dah baju dia except belum tampal zip. Tak jumpa pulak zip 20 inci dalam laci tadi masa maklang menjahit lepas ofis tadi.)

Malam sempat buat roti. Lembut sangat adunan kali ini sebab gatal tangan pi bubuh terlebih yeast...Anyway, Hakim suka sangat...Letih bebenor wiken lepas, sampai kat opis pagi tadi, mengantuk betul. All in all, it was a fun weekend!
Ni sushi Along and Angah












Biar rupa tak cantek, tapi rasa sedap!



Ini dia Maya menggayakan gown baru dia. Mulanya masam aje sebab tak sedap badan. Pandai adek dia pujuk tu...







Hakim dah mula excercise. Lepas dah jalan kat trade mill selama 10 mins kot, dia kata kenapa dia tak kurus...Mak cayalah Kim.

Tadi pagi pun lepas tabilas dia naik lagi threadmill tu dan jalan2 lagi for 1.03km, tu kata dia laaa...







Goodnite and have a good week ahead. Mata maklang dah nak lelap dah ni...In the meantime, do enjoy the following video. Cuba cari siapa punya anak tu?




































Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

20 comments:

  1. Salam... suka tengok baju baru Maya :) Sweet je...

    ReplyDelete
  2. amboi mak lang dlm dok sibuk2 sempat lagi menulis...cantiklah hasil kerjatangan murid mak lang tu...baju maya pun cantik...mak lang ni serba bolehlah...sempat lagi masak sushi dan roti,terliurnya...

    ReplyDelete
  3. salam maklang

    amboi lawo ler RE tu.. besor2 bunga ros nyer.. autumn kaler..

    chantek nyer gaun maya... adusss, ni yg tingin nak bermesin jahit ni... kalo baby pakey gaun, mesti lagi chomey kan..

    ReplyDelete
  4. Anuar and the kids pun pergi lunch kat East Coast Mall lepas Jumaat, I tak ikut , duk rehat kat hotel je , mungkin maklang kat Car4 masa tu kot , tu yang tak terserempakl.

    Cantik Maya tu, ladylike betul dengan dress dia :)

    ReplyDelete
  5. zino:

    macam tu lah setiap masa...he..he...tunggu cuti sekolah barulah rehat sepuas hati!

    umi-e:

    maklang pun suka kaler tu..memang feberet kaler tu!

    ReplyDelete
  6. ima:

    memang cantek hasil kerja dia...kita pun rasa cam nak buat pulak kaler camtu..he..he...

    maklang bolehlah jahit sikit2 kira lepas lah jahitan untuk anak2...

    rina:

    mulan pun ada kat situ waktu..lepas dah hari sabtu baru tau!...dia kata dia nampak darling rina kat ecm hari tu...

    ReplyDelete
  7. kak yong:

    memang maklang berkenan dengan bunga dan kaler tu...

    belilah mesin jahit...nanti buatkan baju baby mesti comel...macam2 boleh bubuh!

    ReplyDelete
  8. mak lang

    zar baca pun dah letih..

    dah menjahir gown pulak.. kreatifnya

    ReplyDelete
  9. zar:

    sebenarnya memang letih sampai ke semalam.

    malam semalam, tidor awal...ari rasa best sikit kat opis. tapi at this time nak lelap aje rasanya...

    jahit gown ni dah lama maklang tinggalkan. masa Along kecik2 dulu hanpir setiap minggu buatkan dia baju baru..kiranya ni lepas gian lah ni..he..he..

    ReplyDelete
  10. Maya tu cute dengan gaun baru, boleh jadi model. Cakap pada hakim, kalau tak exercise nanti jadi macam sumo wrestler he he...

    ReplyDelete
  11. Hi Maklang, wow! You a very talented lady. Outstanding!
    Love your pics here.
    And your cakes, sushi, boleh dapat the beautiful scent disini pun, ha ha.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  12. Uncle Lee:

    Thanks for dropping by and thanks for the compliments!

    you take care!:)

    ReplyDelete
  13. Maklang...tengok gown maya...teringat dulu2...akak memang rajin jahit gown untuk Ude...sampaikan masa sepupu kawin dia jadi flower girl pun akak jahit bajunya...suka sgt dia...dia kata macam princess...tapi bila dia dah besar....takde lagik anak perempuan...dah jadi malas...hehehe

    ReplyDelete
  14. kak anie:

    maklang ni pun lama sangat tak buat gown. sekali dah terkena angin gown ni cam tak leh berenti lah pulak! Suka tengok Maya pakai baju tu...

    akak nanti tunggu ada cuculah pulak, nak buat gown tu..he..he..

    ReplyDelete
  15. Pak Lang tak ada jawab pun apa-apa.
    Best rasa dapat dengar dia nyanyi happy birthday untuk Mak Lang.

    ReplyDelete
  16. erk!! maya pijak Hakim ke tuh?
    sengih aje sibujang maklang tu kan..

    ReplyDelete
  17. neeza:

    cam tulah cara si bujang pujuk kakak dia..he..he..

    ReplyDelete
  18. anon a.k.a suami ku yang tersayang:

    kalau dengan Paklang nyanyi happy birthday memang best..kalau diiringi dengan bunyi mesin Epal tu pasti lagi mengancam...ha..ha..

    ReplyDelete
  19. ooohh.. tima kasey.. tu anak saya dalam video tu.. oppss, cikgu tak dapat pun sushi tu.. he he.. bagus, bagus.. lepas ni bukak kedai sushi kerteh pulak..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...