Wednesday, December 16, 2009

Cik Abang ku sayang...:)

Assalamualaikum...

Terpanggil nak updet. Baru siap masak tauhu lembut untuk lunch nanti. Bibik akan buat steam fish siakap dan goreng Sabah vege. Selesai bab makan tengahari.

Sementara ada 10 mins sebelum nak siap ni, rajin pulak nak updet. Blog ni makin sunyi sepi sebab tuan dia tenggelam timbul. Apalagi tentang pembaca. Entah ada entah tak kan..Memandangkan kerja yang teramat lah banyak sampai tido pun tak cukup, tu blog sunyi. Bila dah macam tu, pegi keje nanti kenalah cari kopi pekat2. Kalau tak duduk kat meja tu sambil menari, terhoyong hayang kepala menahan ngantuk.

Alhamdulillah jahitan buat pengantin semuanya sudah selesai. Nak letak kat sini, kena tunggu dulu sebab biarlah pengantin nya tunjuk dulu. Tak ada surprise pulak kang kalau dah letak kat sini. He..he...

Ni nak cerita pasal malam tadi. Buah hati maklang dah mula nak buat FB. Entah apa kena nak buat tak tahulah. Selama ni kita ajak dia, tak nak. Tak ada masa katanya. Ini mesti sebab Pak Chu ada tampal gambar yang dia nak kat FB kot. Dia ada pesan Pak chu amek gambar utk dia and dia susah nak access...he..he..akhirnya terpanggil jugak dia.

Yang paling kelakar semalam, Maya lah yang tolong buatkan FB dia. Bukan main Maya mengajar. Lepas tu siap nak fill in details abah dia semuanya...he..he..


abaikan belakang bilik yang bersiap dengan baju2 tu..baju tu nak kena masukkan dalam beg dan dalam process packing nak pi jalan ni..



Sementara Maya menaip tu, abah siap kata...Haa...tentang 'sex' masukkan abah female..

Female? Maya dok berkerut.

Female laa..kata Abah

Kenapa? kata Maya

Yelaa...female laa biar orang takk tau Abah.

Maklang gelak sakan. Kelakar betul buah hati maklang tu...

Alah Abah ni..nama abah jer dah lelaki takkan nak letak female, kata Maya..

Hai Cik Abang ku sayang, kalau pakai nama olok2 boleh ler, kalau nama betul, tak ke naye tu. Kelakar kelakar...Tapi memang pun dia kelakar tu...Tu yang buat maklang sayang tu...he..he..

Tapi maklang rasa dia takkan sibuk kat FB tu. Tak ada masa dia nak layan...ha..ha..Macam maklang lain laa...FB on jer, tapi kadang tak ada kat sini. Mata dan tangan tertumpu kat lain. Tapi sekali sekala tu, ada gaklah menyibuk dengan aktifnya...he..he...

++++

Sejak 2-3 malam ni, Cik Abang maklang dah mula tunjuk taring dia...Seronok...Taring tang masak style mat salleh. Sedap memang sedap...Tiap kali Abah masak memang kena cakap sedap tau anak2...kang tak dapat rasa lagi air tangan Abah...he..he..Thanks my darling for tolong2 kat kitchen masa isteri mu ini kesibukan teramat. Malam ni abah nak buat ikan pulak.




Dan ini pula hasil kerja tangan. Bukan yang pengantin baru tapi pengantin lama...he..he..Selang seli buat yang ini bila muak buat pengantin punya...
Have to go , nak siap pi pejabat pulak. Hari ini banyak keje kat opis...C u...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

6 comments:

  1. Thanks for updating maklang..
    He he nak berfb pulak cik abang maklang ye...

    seronok dapat baca update maklang...

    ReplyDelete
  2. cik abang mak lang pun dah berfb ek.. jangan jadi macam jiran zar, suami isteri sembang kat FB.. ehheheh agaknya kat rumah tak sembang nak sembang kotss..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk tgk order dr pengantin tu,sure mabellesss!!
    hihi...paklang mmg org yg kelakar...cute jer,sangat padan ngan maklang..bertuah bdn.sy doakan kebahgiaan yg berpanjangan for both of u n family!

    ReplyDelete
  4. IMM:

    Entahlah tu...jadi ke dak dia berFB...he..he...

    TQ sebab masih setia...:), maklang 2-3 malam tak sempat nak ziarah IMM...bz sungguh!

    ReplyDelete
  5. Zar:

    Maklang rasa tak gitu kot..he..he...tapi pernah ingat budak2 yang YM kat bilik sebelah, rupanya Cik Abang yang online...he..he..

    ReplyDelete
  6. Tulip:

    Dah..maklang dah letakkan kat blog jahit tu...memang juling mata ni kejap! Ampun..ampun...awal punya tudung tu tak siap2 sebab kaler purple tu kehabisan..yang ada2 ni tak sama...:(

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...