Monday, December 7, 2009

Wiken yang sibuk

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah seminggu maklang tak updet blog ni. Punya lah sibuk sampai tak sedar masa terbang begitu cepat. Sebenarnya maklang memang tak punya masa nak menempek kat sini. Memang sibuk betul. Hati pun susah sangat sebab kerja banyak, takut tak dapat nak meet target date. Semuanya kena siap sebelum maklang nak cuti masa Awal Muharram nanti, InsyaAllah. Tapi rasanya dalam bercuti kena hangkut jugak riben2 maklang. Kiranya kerja sambil makan angin laa...Aci tak gitu?

Last wiken, maklang ke Kuala Lumpur. Yelah nak selesaikan hal rumah yang nak disewa. Petang Khamis kami bertolak jam 6. Semenya ikut, jadik penuh kereta lah. Datok pun ikut sekali. Jam betul jalan. 2 jam tersangkut kat kat Kemaman. Tiba KL jam 12. Penatnya malam tu. Kami terus ke rumah Makngah dan bermalam kat situ.

Hari Jumaat, kami sekeluarga ke Kajang. Ada hal sikit yang Abang nak uruskan. Selesai semuanya kami ke Hadramawt lagi. Bawak anak2 makan kat situ. Memang sedap laa. Kenyangnya perut..

Lepas dari situ, abang dan hakim solat kat masjid tabung haji. Kami tunggu kat dalam kereta aje. Sempat gak menjahit! Then, kami balik rumah. Tunggu pulak tenant kami. Alhamdulillah dah settle semuanya. Sambil2 Abang menguruskan hal2 rumah, maklang sibuk jugak menjahit. Sekarang tak kira masa dan tempat, maklang kena jugak habiskan jahitan maklang. Maklumlah, dah dekat dah hari kawin orang yang tempah tu.

Dalam jam 6, kami ke rumah Alang. Alang dah pindah kat kawasan sepital semula. Lega tengok rumah sekarang. Atas bukit dan nyaman nampaknya. Alhamdulillah. Lepas dah selesai solat maghrib, kami beramai2 ( famili kami dan Alang) pegi makan2 kat IKEA. Biasalah budak2 ni , ada aje yang mereka nak. Maklang tak shop apa pun cuma beli plank untuk dijadikan meja. Senang letak atas wing chair tempat maklang menjahit ni. At least bila nak lukis2 angkat aje plank tu dan letak kat arm rest. Jadiklah meja. Malam tu balik ke rumah lewat gak. Sampai2 kat rumah, mandi manda dan menjahit sampai pukul 1:30 pg. Penat!

Hari Sabtu pagi, jahit2 gak sementara nak tunggu Atok dan Wan serta Wan Sara dan suami tiba. Kejap aje jumpa then mereka ke rumah sepupu maklang. We had lunch kat rumah Alang agak lewat petang tu. Bertolak ke Kerteh jam 5:30pm dan sampai Kerteh jam 9: 40pm. Berhenti solat kat Gambang untuk solat. Alhamdulillah tak jem kat Kemaman. Jalan kat bridge dah berturap. Dengar2 banyak komplen sebab dah beberapa lama jam kat situ teruk sangat!

Alhamdulillah, setakat hari ni, tinggal sikit je lagi nak jahit. InsyaAllah Sabtu ni, boleh sambung semuanya...

Ok..setakat ni dulu...ke sambung jahit lagi...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

5 comments:

  1. Salam Maklang..
    la no wonderlah tak ada update...
    Ni kat sini baru start hujan lebat...seronoknya nak masuk tidur...:)

    ReplyDelete
  2. Amboi, busy-nya maklang... Mengalah-kan pak menteri... Haha.

    ReplyDelete
  3. ada construction kat kemaman ya.. hopefully makin elok la jalan tu by the time kami balik bercuti nanti.. which is.. tak tahu la bila.. :D

    ReplyDelete
  4. Kita sama-sama sibuk ye maklang sampai takde masa nak fikir perkara remeh-temeh kehidupan. Semoga sama-sama berjaya dgn haluan masing-masing.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...