Tuesday, March 24, 2009

Bali Best Part 3 - Siri terakhir..

Assalamualaikum....


Hmmmm...tak ada apa2 kata2 pun dari Cik Abang tentang impian maklang tu....hmmmm...tapi tetap nak doa banyak2 mana tau dapat lah pulak, kalau tak hadiah besday, hadiah untuk raya ke...apa2 laa...

++++++++++


Oklah kita berbalik pada kisah kat Bali semula lah...

Selasa:

Hari Selasa, kami ke Ubud. Rasa macam jauh sangat lah nak sampai ke Ubud ni. entah kenapa, tiap kali naik kenderaan mesti nak tidur. Walhal, dah cukup tido dah. Bukanlah lewat mana tidur malam sebelum nya...Entah lah kenapa. Agaknya sebab penat tawar menawar and tentunya sebab perut penuh dek breakfast roti wholemeal yang teramatlah sedapnya... Memang sedap roti dia crunchy bila dah dibakar...dan apabila balik sini, scale tu gerak cam tak mo berenti...ish..kenalah maklang mendiet mulai sekarang...











Ini antara makanan kat Natrabu...memang enak sekali ...

Pasangan pengantin lama...Apasallah Cik Abang tercinta tu terlentuk sangat, baru habis makan leher ayam ke...ke nak bermanja...









Along lentuk kat bunga2 ni kat luar dari Natrabu...cantek aje nampak...bunga tu... ( gambar ada kat bawah tu!)





Along tak laa..he..he...he...jangan mare!:)


Pemandangan sekitar Ubud. Cantek sangat. Maklang suka. Kedai kecik macam kat Europe gitu..Atok kata cam kat Venice... Maklang tak ingat dah camana kedai2 kat Venice, menunjukkan betapa lah Allah dah sedikit2 mengambil ingatan nya...mana taknya dah 20++ masa ke sana dulu...ha..ha...sekarang cuma mampu kat kawasan Asia ajelaa...





Kat pintu masuk pun ada pugha...tu dihiaskan dengan kain sebab hari esoknya adalah hari perayaan besar di Bali - Hari Raya Galungan. Sepanjang perjalan pulang ke Kuta, terdapat banyak sangat benyur bergantungan. Cantek2 hasil buatan mereka ini. Sungguhla kreatif. Pak Wayan bilang, kalau kahwinan juga ada benyur ni. Digantung di pintu masuk...



















Bila dah masuk pasar Ubud ni, maklang mintak ampun laa ye...menyopping lagilaa.. Tapi tak lah banyak mana. Dapatlah menghangkut 2 helai baju Cik Abang, 2 tees untuk anak2 buah kat opis, dan beberapa seluar untuk mek no.2 dan tak lupa jugak untuk maklang sendiri. Kakak pun mabuk tengok pakaian kat sini...he..he... Kami berpecah. Cik Abang, Wan dan yang lain bersama, maklang, kakak dan Angah together. Maya pulak mogok tak mau bangun. Tido aje kat kete. Malas nak kejut. Kang hangin dia tak terlayan kang!



Ini pemandangan kat Ubud jugak..








Ini pun kat Ubud...








Ini patung lagi masa nak ke Ubud.













Pulang dari Ubud, kami ke kawasan Kumba Sari lagi. Mabuk nengok kain di sini. Macam2 ada. Maklang dah nampak kedai jual kain untuk buat alas katil. Memang mabuklah. Apalagi mengangkut lagi. Nasib baik hangguk2 aje. Siap offer nak tolong angkatkan sebanyak2 nya...Maklang borong gak renda2. Boleh tampal kat beg2 yang bakal di jahit. InsyaAllah..

+++++++++++

Hari Rabu adalah Hari Raya Galungan yang disambut oleh orang beragama Hindu kat Bali. Disambut setiap 6 bulan, kata Pak Wayan. So, Cik Abang kasi Pak Wayan cuti sekerat hari. Kalau macam selalu Pak Wayan akan jemput kami sekitar jam setengah 10 ( 9:30am), tapi hari Rabu tu, kami mintak Pak Wayan datang jam setangah 3. Kesian kat dia sebab dia pun ada acara nak pergi ke pugha dia kat kg halaman dia yang terletak about 60km dari Kuta.
So, sebab tak ada Pak Wayan, maka kami berjalan lah keliling Kuta. Cuma maklang, Cik Abang, Wan dan Along aje pergi ( biasalah Along suka meleser kat Abah and Mak...macam kat rumah gak...manja lebih dari si tembam boy tu!). Atok tunggu tembam boy dan Maya mandi kolam. Kakak pun. Angah malas nak ikut. Tak tahulah apa dia buat. Tido kot..ha..ha..
Jauhlah perjalanan kami tu. Masa jalan2 kat kedai2 adalah tengok tempat letak gelas untuk nak tahan jadik sejuk. Entah apa dia panggil. Maklang pun tawar menawar lah dgn one lady ni. Dia heret kami masuk kedai dia. Dah tawar dia tak kasi kurang. Maklang tak mau lah beli. Last2 bila kita nak keluar ( sebenarnya nak cepat sebab mulut dia busuk entah bau makanan apa yang dia makan...goli den...and rasanya dia pun cam mabuk aje), dia kasi pulak harga kurang dari yang kami nak. Bila Along patah balik, dia marahnya Along. Dia kata, bawak balik lah duit tu ke Malaysia...Eh..makcik ni...cam tak betul pulak. Tu cuma satu aje incident yang tak best kat Bali. Tapi rata2 orang kat sana baik2. Bak kata Pak Wayan, rampok kat sana memang tak adalah. Apalagi kes ragut. Aman aje kat sana. Sebab kata Pak Wayan, kalau orang tu mencuri, nanti tak sempat ke kantor polisi pencuri tu akan mati dulu sebab kena pukul dengan penduduk kampung....
Nampak tak muka budak bertudung ijau tu masam semacam...ha..ha...lapar rupanya...kita nak ambik gambar pun dia macam marah2...gelihati I...tulah asik dok kata adek2 aje...ha...dah terbukti...sama aje...ha..ha..

Masa berjalan tu sempat lah order gantungan kunci dari buluh. Dia ukir nama kami anak beranak untuk setiap gantungan kunci tu...Tulisan dia memang cantek. Artistic sangat!










Sempat jugak singgah kat tempat yang kena bom dulu. So, kami ambil gambar kenangan.



Gambar ni kat Natrabu sebenarnya. 2-3 kali nak aleh, tak dapat2 malas pulak nak layan gambar ni...
tak payah alehlah ye gambar ni...kat Tanah Lot. Abah tengah bersihkan luka Hakim...









Ini kat depan pintu masuk hotel. Dah balik barulah ambik gambar! Tu dia dah senyum sebab dah makan kat McD..









Gambar barung. Kami kat depan Hotel Mercure...teringat masa hanimun kat Jogja bulan 5 tahun lepas!





Tu dah boleh senyum lepas dari McD. Masa tu dah terlalu penat. Semenya berehat kat McD. By that time, baju maklang dah basah kuyup dengan peluh. Lencun!
Sempat lah hangkut 2 helai skirt satu utk Angah and satu untuk I ler...Dapat jugak sundress sorang sehelai.


Memang setiap kali lalu kat jalan Pantai Kuta tu asik tengok mamat ni aje..At last dapat gak maklang bergambar dengan dia. Siap peluk lagi..ha.ha..
Jam 2:30 pm lepas solat, kami bergerak menuju ke Tanah Lot. A must go place kalau ke Bali. Maklang pun at first tak sangka yang pemandangan kat sini begitu cantek. Memang indah sekali dunia ciptaan Illahi...



Kesibukan di pantai Tanah Lot..
Tengok kaki Hakim berbalut..






Macam2 aksi budak2 ni..












Gambar kami sekeluarga. Kena hati2 kat sini sebab licin nya batu2 tu...Ada jugak pelancung yang tergelincir sebab nak lari dari ombak yang menghempas batu. Maklang berpimpin dengan anak2 takutlah tergelincir...Sakit kang belakang ni!



Belum apa2 Hakim dah jatuh buat kali kedua. Kiri kanan kaki dia terluka. 1st time dia jatuh kat masjid masa di Berdegul. Kesian dia.













Ini kat tempat jual2 barangan kat Tanah Lot. Sepanjang jalan nak ke pantai ( ada pugha jugak sebab tu masa nak enter ke Tanah Lot kena bayar) ada banyak kedai jual macam2.





Sempat jugak singgah kat Kedai jual tees kata2 macam kat Joger. Seronok budak2!
Lepas dari Tanah Lot kami berkejar pulang ke Kuta. Nak cari tempat solat. Lambatnya lah solat hari tu...
Lepas selesai solat maghrib, kami ke Matahari. Mall mereka kat sini. Makan di pizza hut. Macam2 choices ada. Dan sedap betul makan malam tu. Almaklum lapar!






Ini aksi orang yang dah kenyang!







kakak seronok melayan tembam boy.








Tergelincir lak gambar ni kat sini..wah kakak...ada pacar ke itu?
Di Matahari, kami borong buku pulak. Cik Abang memang berhajat nak cari buku tentang Bali. Maklang pulak jumpa banyak sangat buku tentang RE. Apalagi, go or no go from my darling, I tetap beli...Ampun Tuanku! Tak kiralah kalau berat sangat, I sanggup hand carry...ha..ha


Antara buku dari Bali. Bekas riben tu maklang hangkut dari pasar di Ubud. Ngam ngam aje untuk riben tu bila disusun ( height gulungan tu...)
Khamis pagi.
Dan setiap pertemuan ada perpisahan yang sungguh menyedihkan...Rasa macam tak sanggup lagi nak berpisah dengan kakak...Hujan lah tengahari masa kami nak pulang. Macam di susun2, kebetulan flight untuk kakak dengan kami hampir sama waktu penerbangannya...Nasib baik tak banjir airport Ngurah Rai.











+++++++
Kami tiba di LCCT jam 4:50pm dan sampai ke rumah jam 6:40pm dan tidur semalam kat KL. Kami bertolak pulang ke Kerteh jam 8:15 malam dan tiba kat Kerteh pukul 12:15 pagi. Rasa cam naik kapalterbang jugaklaa...
Alhamdulillah semua enjoy kat sana, dan kami berdoa moga2 akan ada jalan untuk kakak ke mari lagi, InsyaAllah...:)
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

17 comments:

  1. Tengok gambar pun rasa dah puas. Kalau pergi ke sana ... Semoga bertambah rezeki Maklang sekeluarga ... AMIN

    ReplyDelete
  2. hah,dah tamat dah kisah perjalanan maklang and family..moga moga selepas ni bartambah lah langkah kaki maklang ke pelusuk dunia

    ReplyDelete
  3. dulu ramai juga jiran kat shah alam ni letak pugha depan rumah, ha, ha...............
    bila dah mudah dan murah ke Bali, lepas balik masing-masing insap kot. dah tak nampak letak dah. kat bali lagi kaya lagi besar pugha, he, he.........

    ReplyDelete
  4. Jauh perjalanan (jauh penerbangan) luas pemandangan.

    ReplyDelete
  5. Melihat keagungan ciptaan tuhan dalam pengembaraan.

    ReplyDelete
  6. Bestnya JJ di Bali, bila baca pun rasa nak lagi kisahnya , satu rumpun bangsa berlainan agama dan adat resam, itu yang sebabkan Bali lain dari yang lain.

    Shopping tu memanglah takleh lari, rugi :)

    ReplyDelete
  7. abang long,

    Terimakaseh lah doa kan maklang...rasa cam nak letak lagi gambar pemandangan menarik, tapi tengoklah bila rajin!

    Kak Ezza,

    Masih terasa seronok ke sana...Actually anak2 pun tak buat perangai tu yang paling syok jalan, kalau berangin, tu yang sepoyel tu...

    Thanks kak!:)

    ReplyDelete
  8. Zany:

    Masa dolu2 pernah berangan nak beli benda tu sebab dia comel. Bila dah pergi dah tahu, tak nak pulak. Takut nanti macam nak agung2kan pujaan agama lain..Takut! Alhamdulillah dah insap!

    UK's:

    Taklah luas mana...serumpun jugak...nak gi UK entah bila!:)

    ReplyDelete
  9. Abu Razi:

    Ciptaan Yang Maha Agung memang teramat agung....

    Rina:

    Memang lain dari lain. Unik sekali.


    Shopping tu ..hmmm...tak yah cerita laa...malu I! Ada masa ari ni nak jumpa tak? Maklang nak lalu kawasan Rina, nak ke Kontan ada meeting petang ni...Lomah nak drive ni!:(

    ReplyDelete
  10. uniknya Bali yer..

    patutlah ramai orang suka ke bali dari jakarta..

    ReplyDelete
  11. salam maklang...

    best nya.. teringin plak nak p sana.. moga2 murah rezeki kami sekeluarga.. Amin..

    ReplyDelete
  12. Mak Lang untung sebab Pak Lang rajin layan shopping!!! Suami saya allergic betul dgn shopping menyopping ni.

    Semoga impian menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  13. Yatt:

    Miss Bali boleh pergi lagi kan..dah dekat tu...terbang sikit lagi, sampai laa...

    Zar:

    Memang unik...nanti cuti2 Bali laa...

    ReplyDelete
  14. Kak yong:

    InsyaAllah ada rezeki..

    Mamamia:

    Alhamdulillah...tapi kalau di Malaysia...pergi shopping sendiri, tapi kat teman orang dia biasa teman, takut isteri dia hilang tak balik2 shopping..ha..ha..

    ReplyDelete
  15. Thanks for visiting Tanah lot Bali

    http://www.tanahlot.net

    ReplyDelete
  16. Tanah Lot really beautiful place in Bali

    http://www.tanahlot.net

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...