Tuesday, March 10, 2009

Puas hati..

Assalamualaikum...

Semalam maklang memang rasa puas hati. Sebab apa tau? Sebab maklang dapat melakukan kerja2 yang memang maklang rancang nak buat semalam. Alhamdulillah semuanya siap..Rasa lega yang teramat...lega selega2nya...

Bukan itu saja, maklang sempat jugak masak lauk kesukaan Cik Abang tercinta. Apa lagi kalau bukan kerabu. Sebenarnya tak ada intention pun nak buat kerabu, tapi bila korek2 peti ais jumpa pulak kacang botol yang macam dah kena frost bite. Tak ingat bila membeli nya, rupa2nya Wan yang bawak dari JB. Apalagi, semua bahan ada, maklang pun campur2 buat kerabu...Eh laku lah pulak. Bukan Cik Abang aje suka, Datok pun berselera makan...Alhamdulillah...


Memang seronok makan ramai2 ni. Berebut2 lauk2. Tengahari tak semeriah malam, sebab entah kenapa malam semalam semua berebut nak makan roti canai lagi.

++++++++++

Pagi semalam, pagi2 lagi maklang dah masak. Senang, sebab dah plan nak menjahit. Nak jugak siapkan apa yang ada sebab dah lewat dari schedule. Bila dah menjahit, sampai tak sempat nak makan roti canai sebab terus aje naik ke atas and tak breakfast lagi. Bibik yang goreng roti canai dari freezer untuk makan pagi. Roti itu Atok bawak dari JB entah beberapa bulan yang lepas. Bila maklang turun about 12 something nak makan, semuanya dah licin. Itulah menjahit sampai tak sedar dah lewat. Itupun Wan suruh turun sebab apa yang maklang jahit asyik salah aje.

Bila dah selesai makan, makan tengahari sekalilah tu, and since dah duduk dapur, maklang pun mulalah menguli tepung untuk nak buat tart. Uli tepung aje, sebab yang nak menjadikan nya biskut, ialah Along dan bibik. Maklang duduk kejap aje kat dapur, tapi adalah dalam 2 jam kot sebab nak membuat kan tart punya pastry pakai acuan tu, bibik tak pandai. Sekerat jalan jugaklah maklang terap doh tu. Hmmm...then untuk sarang semut, Along dan bibik lah punya kerja sementara maklang menjahit kat atas. Rasa macam nak raya pulak sebab ada bau biskut, ada jugak bau dendeng yang bibik tengah goreng serta maklang pulak sibuk kat atas menjahit. Untung Wan tolong2 maklang masa maklang nak menjahit pouches. Kalau tak , mau tak siap lagi agaknya. Memang lah meletihkan dan rasa muka berkilat berminyak aje semalam sebab asyik mengadap mesin aje. Alhamdulillah kaki and belakang ok sebab maklang banyak bergerak dan taklah duduk kat mesin sampai berjam2 tak bergerak.

Cuaca pulak punyalah cantek semalam, Along kata macam duduk kat London...berkabus aje bukit kat depan rumah tu..cantek... Sebab Maulidurrasul pun ye agaknya...tenang se tenangnya...Alhamdulillah...




Ini urap or kerabu yang licin semalam...Alhamdulillah...

Inilah gambar kabus kat depan rumah semalam...
+++++++++
Ni hadiah untuk maklong dari anak2 sedara maklang@ maklong kat JB.


Maklang terima hadiah hari jadi rupa2nya. Busu kata since dah beli, kasi terus aje walau pun dekat 3 bulan lagi harijadi akan tiba...Dan bila dah dapat, maklang bukak ajelaa...Along pulak yang sibuk kata nak guna bekas ni untuk buat lasagna dia...Lupa nak pesan Atok bawakkan lasagna sheets dari JB. Kat Kerteh ni tak ada pulak kedai jual lasagna sheets...


Dan ini pulak kerja Along dan Angah. Mereka buat this blueberry cheesecake all by themselves. Sedap...tapi Akim complain...dia punya biskut tu tak sedap cam mak buat...Along hot ler and terus kata...awak jangan makan eh...ha..ha...First try Long, takkan terus nak perfect...Anyway, thanks buatkan the cheesecake. Kesian kat cheese yang keluar masuk fridge 2-3 kali, tapi tak sempat2 nak dibuat kan jadik cheesecake...ha..ha...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

15 comments:

  1. Salam,

    Cuti-cuti , kumpul ramai-ramai , makan-makan , bestnya :)

    ReplyDelete
  2. Salam Maklang.

    Kerabu nampak sedap, kalau dah licin tu terbukti sedap.

    Kek anak dara Maklang pun nampak sedap, kalau KakChik yang buat mesti tak menjadinya.

    ReplyDelete
  3. Rina:

    Alhamdulillah dah sihat sikit awak ye...

    Aha..cuti2, kumpul ramai2 and makan2 memang best!

    Aishah:

    Tu kena tanya paklang..he.he..

    ReplyDelete
  4. salam m lang,

    kerja sendiri tapi memberi keamanan jiwa, hati puas...itu yg paling elok.

    ReplyDelete
  5. salam mak lang

    sonok kalau anak anak dara ni dah pandai masak.

    Pandai masak satu hal.
    Rajin memasak dua hal.

    ReplyDelete
  6. kak chik:

    sedap tak sedap kena datang rasa laa...he..he..

    cheese cake tu senang sangat nak buatnya...cubalah..ada resepi kat blog masak..

    JahRera:

    memang kak..kalau kerja sendiri memang puas hati...

    ReplyDelete
  7. pB:

    salam..

    memang best kalau anak2 dah pandai masak ni tau..

    order aje..ha..ha...nanti turn pB pulakkan...

    ReplyDelete
  8. Kerabu memang feveret akak jugak...tak kiralah kerabu apa pun...sedapppp

    ReplyDelete
  9. sedapnyer kerabu ngan kek tu...

    ReplyDelete
  10. Untung betul maklang ada anak2 dara yang pandai masak. Anak dara kak nong pandai makan jer.

    Ikut mak dia lah tu...

    ReplyDelete
  11. kak anie:

    Akak sama ngan Abang maklang...tak kira kerabu apa...asal kerabu semua suka..he..he..

    Aina:

    Dah cuba buat lom?

    ReplyDelete
  12. Kak Nong:

    Lama2 pandailah tu...sekarang kan mak dia pandai masak..kalau maklang pun bila wan ada jadik malas nak masak!he..he..

    ReplyDelete
  13. terima kasih kasi hadiah belated wedding anniversary. Cantik. Staff cakap dua aje? hahaha

    easylady

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...