Saturday, May 30, 2009

Salam sayang dari Istanbul...

Assalamualaikum...

1 jun 6:16 pagi waktu Istanbul... reporting dari Hotel Grand Medya

He..he...


Tak sangka ada pulak connexion kat sini. Kalau ikut dari program, kami akan tinggal kat hotel lain dan patutnya tak ada chance nak updet... Kat sini dapat free pulak...apalagi...carik lah adaptor utk plug tu ptg semalam. Kenalah 7 lira...he..he..Akim pun senang hati laa...main game aje keje nya...

++++++++++


Semalam kami tiba kat Changi Airport around 7:40 pm kot...Jem punyalah terok! dari rumah Wan at about 5:30pm. Letih dan ngantok kat dalam kereta!

ALhamdulillah the flight was Ok. Cuma kat Changi tu agak kelamkabut sikit kami sebab check in buka at 9:00pm dan lepas tu kami bergegas untuk solat Maghrib dan Isyak. Tempat solat jauh kat ceruk mana. Terasa betapa canggihnya KLIA. Memang betul kata orang hujan emas kat airport orang, airport sendiri jugak yang bestkan...Tabik hormat kat KLIA! Mana2 ada petunjuk arah untuk nak ke bilik solat. Banyak pulak bilik solat dia. Syukur!
( Ialaa..KLIA pun baru lagi as compared to Changi yang dah lama sangat2 jadi takleh lah nak comparekan..he..he...)


Dudy anak Wan Pari sedang mengazankan...Sayu aje kedengaran azan..Ya Allah...betapa besar kurniaan Mu Ya Allah...


+++++

Kami berangkat menaiki pesawat TK 67 jam 11:40 malam.

















Masa di Changi Airport..Banyaknya lah beg tu!



















Sepanjang perjalanan tak dapat tidur sangat. Maklumlah, duduk...manalah can sleep like on the bed. Hakim was so so excited...Mak dia pun sebenarnya..he..he.. Naik kapalterbang baru! yang ada tempat tido tu. Sejak ada pesawat cam tu, nilah 1st time maklang dapat naik! Hakim tak habis2 kata bestnya mak...bestnya kapalterbang ni! Teruja betul dia! Perjalanan mengambil masa around 10.5 hrs and we landed safely kat Airpot Istanbul at 5:30am. Tapi terang betul dah. Dengan badan lesu, tapi seronok, kami melangkah kaki menjejak bumi Turkey buat pertama kalinya...Alhamdulillah, hasrat untuk ke sini yang telah sekian lama tersemat dalam hati ( ada kot dekat 8 tahun sejak tengok gambar kawan baik maklang ke sini, maklang teringin sangat nak tengok bumi Turkey yang indah ini)...Syukur akhirnya diberi kesempatan oleh Allah untuk kemari!



Welcome to Istanbul...





























Ni kat airport..tengah tunggu beg lah ni...


Kat sini yang kelakarnya kalau nak guna trolley angkat barang tu, kita kena masukkan duit kat trolley tu. Alah macam kat supermarket kat Malaysia laa...Kira2 sekali masuk duit tu kenalah RM2.30 sen. Kalau dah 2-3 trolley mau jadi RM 9.oo..Tak ke mahal tu. Tapi kalau ikutkan abang dengan penat tu, kata dia kalau ada taxi, dia nak ambik taxi aje angkut barang yang banyak tu dari tempat beg ke bas. Tergelak Wan! Tapi duit trolley tu kan dapat balik...taklah apa2..

Alhamdulillah tak ada kastam pun yang cek beg2 kami..Syukur sangat2 segala barang yang kami bawa masuk tak kena cek pun. Rezeki tuan punyalah tu! he..he..

+++++++++


Naik bas, as usual la...maklang kena duduk sebelah 'suami' kecik. Tak ada chance nak mengimpit dengan Cik Abang...dia memang pulun habis mak dia kali ini. In fact kat hotel ni pun, dia kata, abah tido sebelah sana, Akim nak tidor sebelah mak! Tau ajelah kalau tido dengan dia, dia tido 360 darjah...terganggu tido mak dia...Tulah dia buah hati mak!


Kami dibawa pusing kota Istanbul dari bahagian Eropah ke bahagian Asia pagi tu. Dek kerana hotel cek in lewat lagi, maka terpaksalah duduk aje round2 dengan bas. Perut dah mula lapar. Kalau kat Malaysia masa tu dah dekat pukul 10.00. Memang ade di kasi makan kat kapalterbang, tapi masa tu pukul 3 pagi kot!

Bandar Istanbul memang cantek. Banyak bangunan lama yang menunjukkan ciri2 Islamnya. Bunga berkembang seolah2 tau yang datang ni orang yang fanatik roses. Rupa2nya Simah kata waktu ini adalah musim ros. Bulan lepas musim tulip. Cuaca memang sedap pagi tu macam ada aircond aje. Sejuk sedap. Kami dibawa ke satu taman atas bukit. Entah apa namanya. Pemandangan indah sekali. Dapat tengok bahagian Asia dan Eropah. Betapa indah cipataan Maha Agung...Syukur sekali lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahaan ciptaan Nya...Amin...

Dari situ, kami bertolak ke Makam Ayub AnAnsari. Pahlawan Islam yang tewas dimasa peperangan di Turki. Memang ramai pengunjung. Agak hairan ye...Tak ada rasa macam kat kawasan perkuburan langsung. Ada masjid jugak di sini. Kami sempat mencari tempat melepaskan hajat. Mana tidaknya lebih 12 jam sejak last kat airpot. Kat sini nak masuk tandas pun mahal. Sekali masuk kena .75 lira. Kalau kali 2.30 dah berapa tu. Tapi memang bersih tempatnya...Aaah...maklang terpesona sekali melihat orang Turki ni, cantek2...sedap mata memandang...Dan mereka pun heran, tengok orang manalah ni, gelap dan berhidung kemek! he..he...Sambil kami duduk2 makan, ada jugak yang rajin menegur, bertanya adakah kami dari Indonesia atau Malaysia...


Sedap makan roti yang seakan pretzel. Dengan bijan menyaluti nya...Habis jugaklah dalam 6-7 keping agaknya. 2 keping 1.5 lira, tak silap. Tak kisahlah kalau kami di caj melebihi harga. Sebelum perut masing2 masuk angin, biarlah kami isi dengan makanan. Alhamdulillah, lepas dah mengalas perut tu, lega...kepala pun dah tak berangin. Hakim pun dah tak ngengek nak balik hotel aje, dan Maya dah boleh senyum.

Lepas mengalas perut, kami masuk ke masjid untuk beriktikaf sebentar, dan kemudian masuk ke makan Pahlawan Islam Ayub Al Ansari. Alfatihah untuk para syuhada Islam. Kat sini makam mereka berlainan. Batu nisan tinggi sangat melebihi 6 kaki. Mungkin sebab masa2 dulu, orang2 nya besar kot. Warna warni rose yang ditanam, begitu indah sekali. Sudah pasti pohon2 ros dan yang lain tidak henti berzikir pada Allah untuk si syahid!


Dari situ kami bertolak ke restoran Buhara untuk makan tengahari. Kami melalui pasar ikan. cantek2 ikan disusun untuk display. Tak macam kat Malaysia, ikan tu selonggok. Mata maklang tak lepas tengok ros2 merah berkembangan...teringat kat RE maklang yang dah beberapa hari maklang tinggalkan. Turun bas dekat restoran, ada pulak yang menjual buah2an segar. Waktu ini memang baru masuk musim buah. Ceri fresh2 geram nya tengok! Satu kg dekat 8-12 lira tak silap. Kami tak beli pun sebab masa dalam bas sudah dipesan jangan nak beli2 dari street vendor. Pandang ajelah dan dalam hati berkata..kalau dapat makan tu kan ke best...dah Allah Maha Mendengar! Petang tu ada yang datang membawa berjenis buah2an buat kami sekeluarga...Siapa lagi kalau bukan Simah...


Makanan kat restoran tu OKlah. Kenyang perut makan roti macam roti tempayan tu dengan kuah seakan dal yang dah diblend. Mulanya mereka kat sup, kami pun mulalah menghirup sup, rupa2nya kena cecah dengan roti!

Pulang dari situ kami cek in hotel. Tempat ni bukan yang dah diberitahu masa kat Malaysia tempohari. Tapi oklah sebab ada internet free! he..he... Petang lepas dah selesai mandi dan mencuci baju sera bersolat, kami keluar ambil angin dan beli 2 keping kebab! Sedaaaapnya..mesti nak beli lagi ni, nak makan puas2 kebab Turki yang memang maklang suka!


Alhamdulillah Cik Abang dapat contact Simah untuk nak bertemu petang nanti...


+++++++++++++





Pertemuan dengan Simah....memang dah di atur sejak dari Malaysia masa kami mula2 bercadang nak kemari sekitar awal bulan February tak silap. Setelah beberapa kali beremail dan sms akhirnya..ianya menjadi realiti...Alhamdulillah peluk2 cium Cik Milah, kak Elle, Rina dan Mulan berserta buah2 tangannya telah maklang sampaikan...Seronoknya.....


Seronok tengok anak2 Simah yang secantek kedua ibubapa mereka. Terharu maklang bila Hatije peluk maklang sebab dia suka sangat dengan buah tangan dari maklang. Syukur! Tak sangka begitu sekali dia menyukai nya...

Aaah...masa betul2 mencemburui kami. Selama hampir 2 jam, berbual rasanya terlalu pendek! Tiba masa nya untuk kami berpisah. Kami berharap ini bukan pertemuan terakhir. Bercita2 nak datang lagi sekiranya ada rezeki dari ALlah yang mengizinkan dan ingin nak spend lebih masa lagi untuk nak tengok bumi indah ciptaan Allah ini...

Malam tadi kami lepak. Lewat mengerjakan solat Isyak dan Magrib qasar. Mana tidaknya. Maghrib masuk jam 8:30 kat sini, kat Malaysia dah 1 lebih. Tak tertahan dek mata yang dah layu dan badan yang letih!


Moga2 hari ini lebih ceria lagi untuk kami lawati...

Ya Allah...terimakaseh atas nikmat Mu Ya Allah...Amin..Amin...Ya Rabbal Alamin...



















canteknya ros...
















tengok tu...mana tak geram...kat sini aje entah berapa puluh keping gambar kena snap!


















macam cerita Hindustan pulak Maya ni...











lagi ros...geramnya...




























Pemandangan 2 benua...masih dibukit nan indah...

































Makan simit kat Makam Ayub Al Ansari




































Masih di Makam Ayub Al Ansari














































Gerai buah.. Tu ceri sedap tu...





















Restoran Buhara 93 untuk makan tengahari...


































































Ni on the way nak ke tempat cari adaptor and then cari kebab sedap tu! Doner Kebab.

























Ni anak dara Simah yang cantek!






















Hakim malu2 ngan Baddin!











Good bye simah and family...Thanks for wanting to meet us here..Sori laa tak ada pun hidang air!















I just love that ceramic tu...cantek!





























Thank you Simah for all the gifts..Buah sedap2...and sejadah tu..macam pucuk dicita..ulam mendatang..maklang bawak sejadah kecil aje...dan baru teringin nak cari yang besar...tau2 Simah kasi hadiah...:)






Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

14 comments:

  1. kalau kat Changi Airport memang ler susah nak cari tempat solat, jauh.

    fyi, Changi Airport Terminal satu memang dah lama, sejak 1981. tapi Changi Terminal 3 baru dua tahun.

    Selamat bercuti and berumrah!

    ReplyDelete
  2. anon:

    tq for the info...memang dah lamakan..masa belajar dulu memang ada naik kat changi,...maklang ni jarang2 naik kat airpot tu..tu yang susah gaknya...

    ReplyDelete
  3. Salam Lina, semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan ziarah dan ke tanah suci. Seronok dapat jumpa simah & family ye...

    Salam kak nong pada Rasulullah...

    ReplyDelete
  4. Salam.
    kakliza doakan semoga maklang n famili gembira dalam percutian dan umrah kali ini..
    kalau tidak keberatan ingin minta tolong sampaikan ucapan "assalamualaikum' kkliza pada Rasulullah SAW...

    ReplyDelete
  5. salam maklang,

    lama kakchik tak jenguk2 maklang. bukan ape... kurang sihat memanjang ditambah dgn sibuk2 keje. alih-alih kakchik datang maklang pulak dah terbang ke istanbul.

    seronoknya tgk gambar2 maklang sekeluarga.

    waaaah... merahnya mawar diaaa...

    semoga maklang sekeluarga berseronok sepanjang bercuti & selamat di sana dan kembali ke malaysia.

    ReplyDelete
  6. waktu tu mmg selalu jam maklang saya sampai rumah jam 8 mlm tu lepas makan2...banyak nya bagasi maklang tak over weight ke?

    alhamdulillah berjumpa juga dgn Zaim family yg comei2 tu eh..

    ReplyDelete
  7. akak.. mcm halil ckp... ni sebab *ur pure hearts* ni yg senang akak lepas kastam senang dgn buah mangga manis tu :0)

    memang saya banyak soalan saya nak tanya akak..tapi memang masa mencemburui kita...tak pa..one other day insyaAllah...

    memang terima kasih sangat la akak atas segalanya.. mulan dan kak rina for the gifts... kak milah n kak elle for the pelukan..memang kuat betul mak lang peluk saya.. memang sedap peluk mak lang! hehehe


    safe journey akak.. salam sayang dari kami disini..

    love
    simah..halil..hatice..baddin

    ReplyDelete
  8. salam, suka tengok Maya, pandai posing dan sweet jer dan salute pada Maklang yang tak tinggal baju kurung walau berada di luar negara. Best nya bunga Ros tu...Selamat menunaikan umrah dan semuga perjalanna selamat dam mudah

    ReplyDelete
  9. hujan emas dinegeri orang, lebih baik takyah hujan kanns.. ehehe, salammms maklang itteww

    ReplyDelete
  10. mak lang...bestnya g istanbul... i've been there almost 20 yrs ago...masa tu kalau tak silap ayasofea under renovation from church to masjid...teringin nak g pulak..insyallah...g umrah sekali...

    ReplyDelete
  11. kak nong:

    TQ kak nong...InsyaAllah setakat ni semua berjalan lancar...InsyaAllah akan sampaikan salam kak nong pada kekasih Allah...

    kak liza:

    TQ kak...dah masuk list tu salam akak tu...

    ReplyDelete
  12. wahhhh... bestnya!!!! tulah, D pun kumpul duit nak gi tengok simah ni! take care andhave a good time, mak lang..

    ReplyDelete
  13. Salam Maklang...alhamdulillah maklang dah selamat sampai...semoga dipermudahkan segala urusan...

    Seronok dpt berjumpa Simah yang peramah tu kan?

    ReplyDelete
  14. Maklang,

    Dah sampai kat Grand Bazaar ker ?

    Mabok shopping nanti tauu.

    Have Fun..


    Jo

    (Hmm nii dah 3 X dah comment,. tapi tak masuk pulak kat comment box nii. Boh anon ajer laa)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...