Showing posts with label Angah. Show all posts
Showing posts with label Angah. Show all posts

Wednesday, April 8, 2009

Kesian anak mak no. 2..

Assalamualaikum...


Hmmm...tak aDa apa nak cerita hari ini.


Anak2 yang 2 besar seme tengah periksa. Kesian. Harap cemerlang semuanya...InsyaAllah..


Semalam Angah jatuh waktu turun bas sekolah. Luka2 kaki dan tangan dia. Terkoyak jugak seluar kadet dia. Katanya kepala dia pening masa nak turun bas. Tapi rasanya masa dia turun tu, bas tu tak stop betul lagi. Sebab tu lah dia jatuh. Bila kami sampai aje kat rumah petang tu, dia dah tunggu, tunjuk tapak tangan dan betis dia yang bertampal...Apa nak kata? Salah sendiri jugaklah. Cuma kesian ajelah nengok dia.


Cik Abang dah kasi green light yang kelip2 untuk nak purchase idaman kalbu. Happy nya I...ini kira birthday present untuk diri sendirilaa...Semalam Zura sew cute dah talipon. Seronok dapat cakap dengan dia. Ialah urusan pasal idaman kalbulaaa...Bila agaknya boleh pegang benda tu ye? Belum pun sampai mesin tu, tengahari semalam, anak murid maklang talipon, tanya boleh tak sulamkan nama telekong yang nak letak kat pelantar...he..he..rezeki tu. Tapi tengoklah macamana. Guna pun belum tahu lagi....


Sabar ajelah...


Kat opis, maklang sibuk sekarang. Masih banyak perlu dibuat. Keje kena siap by mid June. Harap tak ada masalah dengan mata kerana membaca specification memang lah membosankan. Tapi maklang cuma menefaatkan untuk belajar dan mengingatkan semula benda2 yang dah lama tak buat ni...

+++++++++


Dalam pada sibuk, sempat jugak maklang luangkan masa menjahit beg ni...yang krim tu aje yang baru buat 2 weekends ago. Yang brown tu jahit just b4 bertolak ke KL nak ke Bali hari tu. Bila Wan tengok berkenan pulak. Sebab tu lah terjadinya yang cream tu. Memang buat tinggi dan besar, senang nak buat isi makanan. Kiranya picnic bag lah tu...he..he...


beg ni besar...muatlah 2-3 lapis tupperware yang besar plus 2-3 botol air















Maklang letakkan tali pengikat atas beg tu supaya barang2 tak jatuh. Kalau letak butang takut tak terlekat sebab basalah barang2 makanan memang sentiasalah banyak bila berjalan...he..he..


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, February 14, 2009

Happy 13th Birthday Angah...

Assalamualaikum...

Hari ini anak maklang terpaling sayang no. 2 punya birthday. Kami cuma beli kek kat kedai Rahsia tu sebab terlupa nak beli bahan kat Kemaman. Oleh itu, pergi aje MM carik kek..Angah as usual happy sampai terover. Sejak pagi dah mintak orang kat rumah ni seme wish Happy Birthday kat dia. Seronok bebenor mek sorang ni..


Mak dan Abah berdoa semuga Angah menjadi seorang anak yang beriman dan beramal soleh dan moga2 menjadi insan yang berguna, dunia dan akhirat...Amin...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG..Jemput datang lagi...:)