Friday, March 20, 2009

Bali best Part 1

Assalamualaikum...


Best..Best....tu aje yang boleh maklang describe. TQ untuk semua yang mendoakan kami sekeluarga...Kami bercuti selama 7 hari 6 malam di sana...Alhamdulillah...Lama dah berangan nak ke sana, akhirnya doa maklang Allah kabulkan. Booking dah dibuat 2 bulan lepas masa ada offer dulu. Murah aje. Alhamdulillah lepas lah dengan duit2 baki bonus tahun lepas! Syukur...


Kami ke KL petang Khamis, dalam keadaan badan tak berapa sihat ari tu..Tak apa...nak berehat seminggu.

Pagi Jumaat dapat jumpa Kak Nong yang tinggal sebelah rumah. TQ kak Nong for the hadiah dari India...

Pesanan pouch untuk seseorang di KL pun dah di serahkan Alhamdulillah...

+++++++++++






Kami ke airport jam 1 tengahari. Sewa satu Nazaria tak muat, maka maklang dan Along naik bus ke airport. Ada kot 10 kali Cik Abang call tanya status kami kat mana. Risau dia kami naik bas ber2 aje...Kata kat Along, kalau mak ke London entah berapa kali Abah call...terasa I..dikasihi oleh suami tercinta...ha..ha..



Sempat bekal kan salad dan burger untuk makang tengahari..makan masa tunggu flite tu..

























Ini arah tujuan kami..sempat Hakim ambik gambar. Kalau nak ke London, kena kompol duit lagi..entah bilalah agaknya..






Flight petang jam 5. Alhamdulillah tak ada apa2 halangan, semuanya smooth aje. Tiba di Denpasar jam 8. Penat dalam pesawat dengar celoteh Hakim yang tak diam2. Telinga maklang pun terasa lengohnya...









Tiada masalah melalui imigresen.











Bergambar sebaik masuk kat airport di Bali


Kami keluar dari airport mencari seseorang yang dirindui. Tak nampak kelibat. Akhirnya, kami telefon dan dapat tau dia baru aje tiba dan masih menunggu begnya. Kami ke domestic flite area. Maklang rasa sungguh terharu bila melihat anak2 peluk2 kakak yang dah hampir 3 tahun tak berjumpa. Alhamdulillah hasrat untuk bertemu, dikabulkan Allah dan urusan untuk bertemu pun senang disusun. Maka bermulalah percutian kami bersama bekas pembantu rumah kami yang telah berkhidmat mengasuh anak2 kami selama 12 tahun...Happynya semua nya...Alhamdulillah.











Sukanya kakak...tak terhingga...



++++++++

Pagi besok tak ada perancangan. Cik Abang dah book driver dari Internet. Pak Weyan namanya. Memang asli Bali dan beragama Hindu, Kalau tengok rupa dia memang macam orang Melayu kita.













Sempat kami bergambar kat kawasan hotel...


Kami decide nak ke Mengwi. Ada pura ( mereka sebut pugha). Tempat sembahyang orang Hindu.
















Pura di Mengwi

So, nampaklah pura orang Hindu. Rupa2nya hiasan lampu kolam yang atapnya warna hitam tu, adalah atap2 yang digunakan di pura-pura di Bali rupanya. Sekejap aje kat situ, kami bertolak ke Berdegol. Terletak di tanah tinggi. 70km dari Kuta. Sejuk kat situ macam kat Cameron sikit2. Pemandangan memang cantek..Maklang suka. Kat sini ramai jugak Muslim jadi makan tak susah carik!Masjid pun ada untuk solat Zohor. Yang best lagi sebab ada kedai2 jual hadiah2 cenderamata. Harga boleh tahan, tapi kena pandai tawar. Pak Weyan dah warning, kata kalau tawar, kena banyak2..at least 50 %. Maklang tawar sampai dekat 80%..ha..ha..ada yang dapat....Memang harga dia letak was ridiculously high...So, bila rasa2 tak boleh pergi lagi, kita ambik harga last. Banyaklah jugak beli keychain untuk tandamata kawan2 yang dikasihi..he..he..


Dari Mengwi kami bertolak balik ke Kuta. Kami ke pusat buat batek. Mahal jugak. Datang tengok2 je. Tak beli apa2 pun. Then ke pusat ole2 Khas Bali. Shopping sakan kat sini. Harga lebih kurang dengan kat Berdegol. Tapi maklang jumpa seluar2 3/4 untuk Hakim. Mabuk maklang beli seluar kat situ. Lega...Then kami singgah solat Asar kat kawasan Pasar KumbaSari. Banyak jual bahan. Maklang sempat beli kain 3 potong kot untuk nak buat jubah. Cotton satin. Murah RM7.50/m. He..he..sempat tu...


Senin

Pagi2 kami ke kawasan buat barangan silver...Hmmm...dapat seutas gelang silver pemberian Cik Abang...I pilih2..Cik Abang bayar...bestnya..best...Sayang Cik Abang. Dapat hadiah gelang harga jutaan...ha..ha..jutaan rupiah ajer! ...then ke pusat silver satu lagi. Kat sini harga dia letak gila2 sampai 4 juta, tapi bila dibargain dapat 550K..punyalah banyak beza. Dapatlah I hangkut seutas...

Then kami ke Pasar Sukawati. Macam2 ada kat sini. Harga memang boleh bargain punya..Angah seronok sangat! Then kami makan di Taliwang. Kat sini makanannya halal. Hakim nak makan ayam bakar. Bila tengok ayam kurus2 hmm...macam tak lalu aje...


Lepas dari makan, kami balik.

( maaf gambar tak dapat nak letak sekarang...asik jem aje blogger ni..nanti suruh anak2 yang upload..maklang dah nak masak ni...)..




Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
.

15 comments:

  1. patut la senyap sunyi jer rumah maklang ni....rpa ropa nya pi makan angin...tak ada ole ole untuk saya ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. seronok baca percutian maklang sekeluarga ke bali! Alhamdulillah rezeki dapat ke bali!!!

    ReplyDelete
  3. Haaaa....dah balik dah , bestnya dapat pergi Bali .

    Wah , maklang shopping barangan silver lagi, tak jumpa ke silver brand silversarina...hehehe.

    ReplyDelete
  4. seronok percutian kali ni..
    psstt.. neeza baru tahu Bali tu di Pulau Jawa..
    mati2 ingat kat Sumatera hahahaa!!

    ReplyDelete
  5. mak lang

    patutlah senyap aje.. rupanya ke Bali..

    badan yang lenguh lenguh tu sure dan dioverhaul kan di bali kan.. ehhehe

    ReplyDelete
  6. mak lang gi bali...igt ke mana senyap jer...bestnyer..

    ReplyDelete
  7. Salam Maklang,

    dah balik ye?

    ReplyDelete
  8. seronoknya maklang ke bali..patutla pintu teratak maklang tertutup rapat aje...rupanya tuan rumah tak ada!

    ReplyDelete
  9. best nya jalan jalan.. entah bila lopeh nak ke sana hehe

    ReplyDelete
  10. waaahhh.. seronok gitu pigi bali..!!! cuti kan, jangan tak cuti..!! lerai segala dalam kepala ni..!!

    ReplyDelete
  11. Wah jelesnyer... bila lar sy dpt nak jln2 oversea nih...

    Maklang sihat ke baru balik dari travel ni?

    ReplyDelete
  12. Kak Ezza:

    Alhamdulillah dah kenyang makan angin...sekarang kena sapu minyak angin sebab lengoh2 gara2 banyak berjalan...

    Ole2 tu nanti maklang poskan dengan buku , boleh...Insyaallahlah tu...ada...he..he..

    OO:

    Alhamdulillah..kami seronok bercuti ke sana...:)

    ReplyDelete
  13. Salam maklang...jealous tau maklang dah sampai ke Bali sana. Saya ni baru je sampai ke Medan minggu lepas...seronooooookkkkkkkk!!!

    Bulan Jun nanti ada kawan ajak g Bandung pulak, bajet tak der laaaaa huhuhu :(

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum maklang. waduh... seronoknya bercuti di bali. jauh berjalan luas pandangan kan. bercuti sama famili tentu lagi seronok. kakchik ada juga diajak bercuti tapi ke macau, mgkn dlm bulan 4 nanti. tak taulah nak ikut ke tak. abg ipar dok sibuk booking hotel dah tu.

    ReplyDelete
  15. rina:

    carik2 gak silversarina...mereka kata dia di Malaysia...he..he..

    Neeza:

    Bali tu pulau on its own bukan di Pulau Jawa...one of the pulaus in Indonesia..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...