Hari ini hujan lebat. Masa awal pagi, nampak macam matahari dah mula menyinar. Ingat akan panas hari ini tetapi matahari acah2 jer rupanya. Dalam pukul 9 pagi, hujan mula renyai2. Jam 10, hujan dah mula lebat. Dan terus lebat sehingga petang. Sekejap2 hujan reda tapi kemudian lebat semula. Tengok kat longkang dapur tu memang air melepasi paling atas longkang. Bila tengok kat kolam ikan, seram pun ada sebab paras air dalam kolam dah sama dengan paras air kat atas tanah. Takut2 ikan keluar aje dari kolam. Nampak ikan2 pun berenang paras paling atas sekali.
Maklang pulak dalam hujan ni mata asyik nak lelap aje. Penangan ubat Zertec yang maklang makan malam tadi. Lepas dah siap bersiram, maklang turun ke bawah. Dah lambat masa tu. Ingat kan darling kepasar beli breakfast tapi hampa, tak ada apa rupanya. Terus mintak bibik rendam mee hoon, dan tumis2 bahan serta amek udang dan sotong segenggam, langsung gode2 jadilah meehoon. Pastu pujuk2 Wan tolong masakkan sup ikan merah yang dah lama maklang nak makan, tapi baru hari ini dapat ikan merahnya..Lepas dah pujuk Wan, maklang naik menjahit. Dan inilah hasilnya jahitan dari pagi sampai ke petang tadi , yg kat lengan aje!. Sebelah bahagian badan maklang jahit sehari semalam dan sebelah lagi was done about 4 months ago! By hook or by crook kena siapkan jugak b4 raya haji ni sebab tuan dia dah tanya...harap2 siaplaa...InsyaAllah...
Ini kat lengan dia
bahagian kat pinggan
close up
tengah badan. Pattern dia maklang ikut kat buku beli masa kat Bali ke kat Jakarta ari tu.Bila dah petang, Hakim komplen kata tak ada apa nak makan. Dia dah lobby atok kata nak makan thosei. Sebab bapa mertua Cik Abang nak pergi, maka darling maklang pun bawak lah kami semua. ( Kalau tak memang tak lepas!). So, kami pergi laa. Nasib baik lah masa tu hujan cuma renyai2 je...Kalau pasal makan, semua nya enjoy! Senyum aje!
Tu atok sebenarnya gelakkan Wan kot, sebab ketawa dia semacam jer tu...ketawa ada makna tu..
Ini rupa orang nak dapat makanan
Macam baik aje...sebenarnya nak suruh Hakim cepat2 makan sebab dia nak jugak tu!
gambar ni Maya suruh ambek..
sejuk2 pun dia boleh nak ais kacang.
Maklang makan thosei sikit, roti canai sekeping, lepas tu share 3 orang sepinggan beriani ayam, buat rasa aje...
mee yang Maya order penuh dengan kulit ayam jer...
Akim kata ni buah kekabu...sedap...Akim suka buah kekabu! Seme gelakkan dia...ni buah kabung lah sayang....:)
Inilah suami ku tercinta dengan posing yang paling anak2 'suka'. Dengan mimik muka, yang anak2 kata...nak menganjing lah tu! ( kat sini kalau menganjing tu makna nya nak ejek2laa..bukan jadik anjing!)Salam persahabatan Dari...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...












