Tuesday, March 31, 2009

Kemaruk...

Assalamualaikum...



Its quite late already. Kalau ikutkan mata memang nak carik bantal aje. Cik Abang dah tidur sejak jam 9 tadi masa maklang masih kat bawah tolong bibik buat roti. Dia penat agaknya sebab seharian meeting. Mana tak letih. Melayan client yang banyak kerenah. Maklang kat opis dah mulai sibuk. Kena check/ read through 1400 or more documents ( entah2 sampai 4000 pages gaknya or maybe more!) within this 3 months. Puas nak bukak mata nak baca those boring specifications. Nak tengok if they are in accordance to the local regulations tak. Pueh laa...


Semalam pulak ke Kuantan. Last meeting untuk projek maklang yang suspended tu. Rasa sedih sangat semalam....Rasanya kompeni ni tak akan terpilih untuk nak buat projek ni lagi, apabila projek ni diteruskan nanti. Ada sedikit masalah...malas nak cerita.

+++++++++++

Pulang ke Kerteh sempat makan tengahari dengan buah hati. Petang masa ambik Maya dari tabilas dan Angah di sekolah kami terus ke MM. Budak2 ni kalau dah dekat tu mulalah nak macam2. Order pizza large 2 and bawak pulang. Sekarang tak payah buat dah, beli lebih murah. Baru RM45 aje. Sekejap aje dah selamat semuanya..

Lepas makan, maklang ke atas. Excited sangat sebab teringin nak lepas kemaruk maklang nak jahit baju gown kembang. Maya pun lama tak pakai baju kembang. Maklang tekap baju lama Along or Angah yang maklang buat lama dulu dan yang agak2 dia muat, dan lukiskan atas kertas. Teringat masa Along kecik2 dulu, hampir setiap minggu berbaju baru sebab mak Along memang suka jahit baju dia. Macam2 pesen...

So, lepas maklang dah potong kain tu, maklang pun jahit tepi and put aside. Tadi pagi lepas masak kejap, sempat maklang jahit bahagian kain dia and buatkan kedut dia. Sempat jahitkan talipinggang and mintak bibik terbalikkan serta gosokkan. Tak sempat buat apa waktu lunch, sebab waktu terlalu pendek. Mana nak solat lagi.


Petang tadi kelamkabut ambik kakak 2 orang yang kepenatan sebab ada kawad . Bila naik kereta tu, dok tutup idung aje. Belacan lebih wangi wei...hampir2 pening. Sambil jalan tu tingkap kete terbuka aje. Nasib baik Angah bawak body spray dia...Lega idung maklang. Detour kejap ke MM lagi. Maklang beli kain2 untuk nak buat gown kembang lagi buat Maya...





Alhamdulillah almost 1/2 jam tadi, siap dah gown yang maklang potong petang semalam. Maya was so excited. Siap pusing2 lagi bila menggayakan nya...Kalau ada masa, besok nak potong lagi..tapi kalau ikut Wan, Rabu is not a good day to potong kain...Maybe I should continue with this RE...mood ilang sebab tuan dia tak kenan pulak...terlalu mewah katanya...Anyway, dah pun start semula yang simple sangat buat dia. Harap2 siaplah cepat, maklang nak lepas kemaruk jahit gown lagi...Tak sabar rasanya...Sekali sekala tukar mood jahit ni memang teruja....he..he..



















Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

12 comments:

  1. salam maklang

    cantiknye RE bunga ros tu..

    ReplyDelete
  2. ye ke ada hari takleh potong kain, apa kesannya. saya ni main belasah je tak kira hari, kadang tu kalau dah tengah mood , jam 3 pagi pun boleh bangun ambil gunting, siap sepasang, baru ngantuk. ketagih. ni tengah berkira-kira ni, siap je hantar thesis, nak gerodak mesin, nak buat baju untuk mak sekali, bestkan.

    ReplyDelete
  3. Tenangkan jiwa sewaktu melaksanakan amanah.

    ReplyDelete
  4. Cantik baju Maya yang maklang jahit tu... Very nice... Bertuah jadi anak maklang.

    ReplyDelete
  5. Mimi pun tengah kemaruk nak baju gown, baru tempah sepasang , boleh nak tumpang tempah gown ...hehehe.

    ReplyDelete
  6. kak yong:

    TQ

    zany:

    he..he...tak tau pulak maklang. Itu kalau Wan laa...tiap kali kalau dia potong kain ari Rabu mesti ada yang tak betul! Kebetulan agaknya..maklang tak kisah main hentam aje...!

    ReplyDelete
  7. Abu Razi:

    InsyaAllah:

    Cat:

    He..he..memang mabuk jahit baju ni tau..pernah sekali dulu jahit baju yang sama tapi warna lain untuk sepupu2 Along yang sama tahun lahir.. Masa tu cuma 1/2 m seorang aje perlu untuk nak buat gown...he..he..

    ReplyDelete
  8. Nampak gaya nya, boleh tambah satu lagi biz Mak Lang ni.... jual girls' gown pulak.

    ReplyDelete
  9. Cantik baju Maya, aaik tukar bidang pulak ke, nanti boleh tempah utk Sarah pulak ya

    ReplyDelete
  10. maklang, mak kita pun pantang potong kain hari rabu!!!

    ReplyDelete
  11. salam,

    I ada tag maklang, kalau lapang jawablah ye :)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...